Sudi Jadi Teman?

Saturday, February 27, 2010

Once Upon A Time

Teringat saya sewaktu mula-mula sampai UPSI. Bagasi saya tertukar dengan seorang budak sabah yang menghala ke Terengganu. Lucu juga fikirkannya sekarang. Saya sangat gelabah time tu. Habis duit yang saya bawa untuk beli baju itu ini untuk saya guna sepanjang bagasi tu tak ada. Saya hanya kenal sorang je, iaitu kawan yang sama sekolah dan sama2 pula masuk ke UPSI.

Hmm, rindunya saya waktu semester 1. Ingin sekali saya kembali ke masa itu untuk menikmati saat2 fresh bergelar seorang mahasiswa. Saya ada kawan-kawan di sekeliling saya. Talk with, laugh with, share with, smile with n sad with. Orang kata masa itu emas. Kalau dah terlajak, sukar untuk berganjak ke belakang semula.

Semester awal2 dulu memang best, tak ada beban, tak ada masalah...sekarang hmmm....double...triple bebanan [huhuhu].

Anyway...seronok bila tgk gambar-gambar time awal semster. Selalu lepak ngan member yang memang kamcing time tu. Everything just perfect.


pic1: Awal sem...Semangat!! [sy mau smgt tu balik]


Pic2: Friend Of Mine...now im alone...[:(]


pic3: Hangout...bestnyer...


pic4: Hmm...susah nak jmpa situasi ini lagi



pic5: Yakin dan Bertenaga

pic6: Tenang dan meyakinkan


pic 7: ne time enjoy2 di Port D.

Hmm...ingin rasanya kembali ke masa itu sekarang.

huhu tak tahu nak tulis pa skg...nnti2 la saya sambung k..

chow..bye.

Friday, February 26, 2010

Oh Cikgu

Guru Dahulu, Guru sekarang VS Murid Dahulu & Murid Sekarang:)
Setelah saya melalui pengalaman bertahun-tahun menjadi murid sejak sekolah rendah ke sekolah Menengah dan sekarang saya sedang dilatih menjadi seorang pendidik.

Masih teringat cikgu saya selalu berkata,,"Cikgu dulu..blablablabla..."...dan disambung.."Murid sekarang blablablabla"..



Dan ketika cikgu saya sedang membebel, timbul satu persoalan dalam diri saya, Apa benar yang diperkatakan oleh cikgu saya tentang keadaan dahulu dan sekarang. Perkara yang saya rasa menimbulkan situasi ini ialah peredaran zaman yang membezakan situasi antara guru dan murid.

Fokus saya ialah, siapa yang harus ikut siapa sebenarnya. Guru sebagai individu yang berpengalaman harus diikut atau murid yang telah berubah zaman harus diikuti perkembangan trend nya.

Saya lebih suka mengatakan jika guru-guru tidak seharusnya mengamalkan sikap "cikgu dahulu...blablabla". Jika murid-murid yang sama ditempatkan ke zaman yang sama dengan guru tersebut, saya percaya situasi memang berubah. Begitu juga halnya jika Guru tersebut diletakkan sebagai murid pada masa kini, sudah tentu situasinya juga berubah.

Pendekatan "cikgu dahulu blablabla"...bukan pendekatan yang bijak. Apatah lagi apabila ianya diceritakan di dalam kelas dan membandingkan dirinya (cikgu) dengan pelajar masa kini.

Adalah tidak adil jika kita meletakkan contoh berdasarkan situasi yang berbeza. Bukan apa, saya hanya melihat banyak guru-guru yang berpengalaman, tetapi masih tidak memahami perubahan semasa sehingga tidak dapat menyesuaikan pendekatan pengajaran mereka dalam bilik darjah.

Hmm...entahla labu.

Chow.

Mengapa Saya Tertarik Dengan Kamu?

Saya hendak berkongsi lagi satu teori yang mungkin boleh menjawab persoalan "Apakah yang membuatkan anda merasa tertarik dengan seseorang"..Mungkin pandangan saya salah tapi..hanya sekadar renungan bersama sahaja..Fikirkan..

Seperti yang kita tahu, muka manusia adalah sama dari segi konsepnya..mata, hidung, mulut, rambut, telinga, gigi dan sebagainya. Namun apa yang uniknya sehingga saya terfikir, apa sebenarnya ciri-ciri yang membuatkan seseorang tertarik atau merasa seseorang itu menarik pada pandangan matanya?..

Saya yakin dan percaya anda sesekali pernah melihat cermin dan berkata..cantik juga ya...ataupun sekali sekala anda melihat gambar anda sendiri dan melihatnya sebagai hensem atau cantik dari satu-satu sudut.
Bagaimana jika saya berkata, wajah anda sebenarnya menentukan sama ada seseorang itu menarik ataupun tidak?..biar saya jelaskan..

Apabila anda melihat seseorang itu menarik dan anda tertarik dengannya dengan sekali pandang..sebenarnya anda sedang melihat kepada variasi muka anda sendiri. Mengapa?..sepanjang hayat anda, berapa kali anda melihat cermin dan menyedari akan kecantikan yang ada pada anda sendiri?...Sejak kecil lagi, anda melihat satu set muka yang menarik pada diri anda. Apabila terdapat persamaan ciri-ciri yang menarik antara wajah anda dan wajah orang yang menarik..maka secara automatik anda tertarik dengan wajah orang itu [walaupun sebenarnya ianya adalah variasi wajah anda sendiri].

Seringkali saya diajukan soalan, antara kebanyakan pasangan, akan ada persamaan di antara wajah mereka. Pasti akan ada yang sama walaupun ianya sukar untuk dijelaskan.

So..bagaimana tanggapan anda sekarang?...

Manusia tidak serumit mana bukan?

Thats All.jumpa lagi:)

Cinta Secara Fiziknya Ialah...

Apa itu Cinta?...Mengapa Cinta?...Bagaimana?..
Hai semua, saya ingin berkongsikan satu pandangan saya mengenai pola minda manusia. Pada pandangan saya semua benda di muka bumi termasuk manusia tidak lari daripada hukum fizik. Maksudnya, akan ada satu rumus matematik yang mampu menguraikan perkara yang kompleks termasuk pemikiran dan minda manusia yang abstrak.

Perkara yang mungkin menarik dan sangat abstrak (pada pandangan umum) ialah perasaan manusia. Bagaimana hendak menghuraikan perasaan manusia secara matematik. Walaupun saya bukan seorang ahli fizik tetapi saya akan cuba kongsikan dan cuba huraikan mengikut pengetahuan semasa sahaja. Dan saya kira manusia tidak serumit mana seperti yang disangkakan. Apa sebenarnya Cinta secara saintifik dan bagaimana ianya berfungsi.

Cinta pandang pertama?...Kebetulan atau Takdir?...tak se 'abstrak' itu. Melainkan ianya merupakan satu reaksi kimia yang dikenali sebagai Phenylethylamine. Apabila kimia ini bertindak, antara yang akan berlaku pada anda ialah berpeluh sejuk, rasa gemuruh, rasa berat dan pening kepala, gerak mata spontan.

Biar saya jelaskan dalam erti kata yang lebih mudah. Kimia "cinta" ini boleh dimanipulasikan. Apabila kita tahu bahawa benda ini adalah Fizik (wujud/konkrit), manipulasi secara matematik boleh dilakukan. Contohnya, saya mendedahkan kepada seorang perempuan kimia ini, seterusnya otak akan bertindakbalas dengan kehadiran kimia tersebut..dan hasilnya..Dia akan jatuh cinta pada anda.

Pernah anda bertemu seseorang dan merasa mesra secara spontan dengan individu tersebut?....atau mungkin anda meraskaan bahawa raut wajahnya menarik, cantik, cute, dan anda tertarik secara natural?...mengapa sesetengah lagu kita rasa menarik?...bagaimana jika ada penjelasan mudah mengenai perkara2 ini?

Menariknya minda manusia bukan. Saya akan jelaskan perkara2 diatas pada post yang akan datang..jumpa lagi semua:)

Thursday, February 25, 2010

Kursus Bahasa Inggeris 3 bulan (Twintech)

Zoom in balik ke masa 3 tahun lepas...:)
Ader program kursus bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh pengetua Twintech [dah lupe namanya]..skg dah Alayarham. Tapi saya respek sbb dia OKU [cacat penglihatan]. Sampai satu tahap, kami diberi ceramah oleh beliau ditemani isterinya yang sangat setia disisinya. Beliau juga membaca menggunakan tangan je [Braile ke tak silap saya]..

So...sepanjang 3 bulan tersebut, banyak yang telah kami lalui...jumpa kawan2 lepasan STPM seluruh sabah kumpul di satu tempat iaitu di Twintech di Kompleks Karamunsing di Sabah [hohoho]

Walaupun bahasa Inggeris tak seterrerr mana, saya gagahkan juga untuk join..[sbb ramai kwn dari sekolah yang sama hahaha]...maka ter register la kami pada bulan januari tahun 2007 hehehe...

sempat pose ketika orang lain sibuk buat persembahan untuk last day:) [miss them]


Ne pun masa final show...saya ada watak..PENGAWAL...ada muka pengawal ke..ish3...:(

Tu dia Pengawal Diraja hehehe....

Memang best n touching time final...yela..dah 3 bulan sama3...then masing2 bawa haluan sendiri. Overall semua sambung study..ada kawan2 lain terus stay sambung belajar kat Twintech tu..Dan sepanjang 3 bulan..macam2 benda telah kami lalui bersama [sob2:(......]...


Adeih..muka budak2 hehehe



Miss Farah [tudung putih baju putih]...our lecturer..dia akan tutup mulut bila ketawa dengan mata sepetnya...wonder where she now...n others..geng sekelas laa...trip p muzium sabah kui2...


Ricky (di jendela) sebenarnya sedang tido kepenatan hahaha...apsal mata saya tutup..ciblai khan btol....

Well...jika saya ada peluang untuk kembali ke masa ini, sudah tentu saya akan mengambil peluang itu huhu. Rindu pada kawan2 nak lepak di tingkat bawah Kompleks..Shopping...masuk karaoke..men game arcade...K-Box..waaaaaaaa...hehehe...ntah mana la korang sekarang...hmm...Rindu p pasar Donggongon beli sayur hehehehe...

Huhuhu...dahla..kang boring lak orang baca....3 bulan...english ada la improve sikit...tapi yang bestnyer...kawan banyak..

K..nak makan...chow...jmpa lagi...

Seketika Di Tempat Orang 2

Salam..saya nak sambung balik cerita saya sebelum ini hehe. Eh..sampai mana dah cerita saya tu...em..

Oh yer..saya stop kat jadi nelayan yer. Maka sepanjang tiga hari tersebut kami telah menjadi nelayan yang tak profesional hehe. Ada jugala benda yang hendak dijadikan lauk nnti hehe..apa?..ikan??..adela beberapa ekor je hahahah...tgklah..



Nasib la ada anak2 ikan ne...kalau tak makan nasi lauk pasir la jawabnya hehehe.

mmmmm...nyam3.....:D

hahaha...pose budak2 ne...

Hohoho...memang best la 3 hari 2 malam kat sana. malam2 kami selalu kejar ketam...kene gigit..mandi2...ngintai (hahaha takdela)...so..kepada mereka2 yang belum pernah ke tempat ini..saya rekemenkan 100%...so far...takde kes takde masalah takde pengacau....best je...Adoih...lama tak p sana..hujung tahun 2010..nanti reunion..p survival balik untuk seminggu yeaaaaaaaaahhhhhhhh...

Tamat. Salam n jumpa lagi semuaaaaaaaaa:)

Wednesday, February 24, 2010

Seketika Di Tempat Orang 1

Hoi...Hoi Ya Hoi...Lama tak update blog..kalau dah mula update ne maksudnya saya takde keje lain nak dibuat [hahahahaha]...keje belambak..tapi malas..so, saya nak teruskan lagi penceritaan mengenai perjalanan ke tempat-tempat yang menarik [saya rasa hehehe].

Maka pada satu ketika dahulu, sebelum saya menjejakkan kaki ke tanah Semenanjung Malaysia ini, saya berkesempatan melalui pengalaman yang best. Kalau nak tahu, teruskan membaca ya. Bagi sesiapa yang tidak pernah pergi ke tempat ini maka biar saya ceritakan hehe.

Gambar di bawah ini ialah pantai Kg. Sarang Kota Belud Sabah [bersih-no pollution at all]

cantiik...nyamaaan....segaarr....kejap2, ada lagi...


Berazamkan semangat hendak meng'enjoy'kan diri selama beberapa hari disana, saya n the geng bertekad akan bertahan di pantai selama 3 hari 2 malam (yeah bebeh..mcm survival plak)..so, kami bawala apa yang patut..berasnyer..kualinyer...mancisnyer..khemahnyer...bajunyer..henset bagi cas penoh..3 hari tu...dan kami mandi di sekolah yang hampir dengan lokasi khemah kami. Pendek cerita, survive la kami selama 3 hari 2 mlm tersebut..tapi tido dengan pasir...dan macam pelarian bosnia la hahaha...overall best..

Ni khemah yang melindungi kami (nasib tak hujan n ribut woo)..



Nak view yang actionnya cute sikit (hahahah)...hah ni tgk....para pelarian menjamah makanan bantuan hahaha...(orang kat dalam khemah tak puas hati...tak diberi lauk..kurang asam hahaha)



Keesokan paginya..kami didatangi oleh member perempuan plak...syok2 tdo..kene sergah dengan dorang hehehe....



Dan Perkara-perkara yang kami lakukan sepanjang masa tersebut ialah menangkap ikan..hehehe...best jadi nelayan kejap...



Adoi...masalah btul internet ne..nantila saya smbung..malas nak edit2...ada benda lagi nak diceritakan tetapi apakan daya...huhu...akur dengan internet yang slow tahap gaban ne...salam n jumpa lagi semua...

Nantikan "Seketika Di Tempat Orang 2"...yeaaaaaaaaahhhhhh...chalo beteh...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...