Sudi Jadi Teman?

Monday, February 14, 2011

Kekasih Baru: Hilangnya Pasti Kuganti

Puas mencari wajah kesayangan hamba. Puas keliling kota Klang, puas keliling pekan Kapar...Puas juga ke geledah ke Tesco dan yang sama waktu dengannya. Akhirnya jodohku bertemu juga. Setelah kehilangan adinda besi yang tertinggal di Tanjong Malim. 

[Kekasih Baru- Dumbell set 10kg X 2 set]

Jenuh cari kat merata Klang. Akhirnya jumpa kat Tesco Shah Alam. Em..pasang target 3 bulan punya diet. Harap boleh capai. Ditambah dengan kerja sebagai cikgu, tak tahu larat ke tak. Nak pasang tempat gantung untuk back punya muscle....terpaksa la guna amatur punya alat..mahal ooo gym kat Kapar...[cisssss]....

Mana nak cari topup plate tu ek?.....nk tmbah g kot...


: Tunggu bila dah stabil pendapatan...nk buat mini gym plak hehehe...

Sunday, February 13, 2011

Saman Cikgu: Cadangan atau Mungkin Idea Radikal!

Mata terbuka luas. Lebih luas sebelum masuk realiti alam sekolah. Bersama pentadbir bersama murid. Melihat karenah orang bawahan sampai atasan. Pelbagai ragam pelbagai cara pembawaan. Ada junior, ada senior . Ada yang boleh tarik tali, ada yang paku besi. Ada sang singa ada sang kancil.

Saman cikgu situ sini. Keluar dalam berita kesan lebam-lebam, kesan calar, kesan tapak tangan, kesan cubit, kesan cuit. Jarang-jarang keluar berita cikgu mengajar 27 waktu [atau lebih] + guru sukan + guru persatuan + guru pengiring + pelajar nakal + PIBG + tanggungjawab suami/isteri + bayar pinjaman + Ko-kurikulum + aktiviti luar lain= Bebanan kerja=Stress. [belum tulis tangga gaji g ne]

Murid-murid dah maju. Akademik maju, ko-kurikulum maju, masalah disiplin pun maju. Aktiviti saman-menyaman pun maju. Ada pihak menuduh cikgu tak buat kerja. Cikgu pula kata murid kurang ajar. Masing-masing dah rasa betul. Kesudahannya pergi mahkamah.

Zaman dah canggih. Pasang CCTV kat setiap kelas. Rakam PNP [audio/video] dan segala aktiviti. Biar ada rujukan. Mungkin boleh jadi:

  1. Dokumentasi
  2. Rujukan semasa guru dan Ibubapa : Jika ada masalah
  3. Cikgu dan murid bermasalah boleh dikenalpasti
  4. Bahan bukti: Kot-kot ada pihak yang putarbelit cerita
  5. Pemerhatian semasa
  6. Penambah baikan
: Masih belajar........

    Thursday, February 10, 2011

    Duduk Pejabat Mengarang Entri Blog

    Sunyi.......

    Melopong menunggu kerja. Bosan. Mungkin perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya. Bukan kerana malas bekerja, tetapi memang tak ada kerja. Jadual Dirombak!....Simple sahaja penerangan guru penolong kanan 1. Maksudnya, minggu ini dapat kelas ganti yang tak kunjung tiba.....

    Petang yang hening....

    Bayangkan segerombolan cikgu mengajar anak muridnya di padang. Berkasut sukan dan berbaju-T. Terserlah pula baju kemeja dan seluar slack guru-guru praktikum yang masih terkial-kial mencari arah...Lucu...

    Minggu yang sangat panjang. Ramah dah habis tegur semuanya. Senyum dah semanis rasa....

    Ehem.....

    : Jadual kelas baru dapat ......

    Singgah Sebentar di Pekan Kapar

    Masuk hari ke empat berada di Kapar. Masih tercari-cari benda yang menarik dekat sini [kecuali gymnasium yang mahal giler]. Pekan ini lah tempat lepak selama 3 bulan 2 minggu aka 14 minggu sepanjang latihan praktikal di SMK Tengku Idris Shah. Kalau di Tanjong Malim ada kedai-kedai "grand" kat sini ada pasaraya Econsave. Saiz bandar lebih kurang sama. Populasinya juga hampir sama. Hmm...mungkin ada tempat yang best tapi belum kitorang jumpa...

    [Not Bad]

    [No Komen]

    [Route ke Campus-Kapar-Klang-Kl-TM=RM24 pergi balik]

    Ada banyak pasar malam disini. Kalau tak silap saya, hari selasa, jumaat dan ahad. Sebijik pasar malam kat TM. Bolehla merayap petang-petang dan menghilangkan bosan. Kena pandai cari hiburan kat tempat orang kankan. Ehem..sampai sini sahaja kot..nak iron baju..nak transform jadi cikgu jap hahaha

    : Housemate sedang masak untuk saya hahaha.....

    Tuesday, February 8, 2011

    Tempat Percutian Terhebatku

    Rindunya
    pada lumpur temanku bermain
    pada paya tempatku bersembunyi
    bersama teman sekampung
    jiran sebelah rumahku

    [hutan belakang rumah]


    Rindunya
    pada embun yang menitis
    membuatku berselubung dalam baju 
    segar sejuk menusuk tulang
    ketika hari senja
    semua berkumpul di beranda
    menikmati kopi dan roti segera

    [Ini daun sayur kacang panjang kasar]


    Rindunya
    pada kebun pada sayur
    yang dibeli dengan penat lelah menjaganya
    tempat lepak bersama adik, bersama nenek

    [ini..erm..lupa namanya]

    Rindunya
    pada suara ayam kesayangan ayah memekik
    mengganggu tidur subuh pagi
    yang terkadang ku lastik ku baling
    disusuli jelingan tajam ayah

    Rindunya
    pada suasana bersih
    tidak tercemar

    : Hatiku tertinggal di kampung la plak hehe...

    Monday, February 7, 2011

    Gym Time Never End

    Dah dekat seminggu kat Kapar. Kat Klang ada pusat sukan tapi tak terjenguk g ada jual dumbell ke tak. Ya, misi mencari dumbell. Nak beli 2 set  60 lbs setiap satu [ada yang menyampah dengar ne hehe].. Harap x mahal . Dumbell first tu pun dah mahal. Dah 2 minggu tak main, asyik push up sit up sahaja. Sampai sekolah tadi tengok otai-otai old timer cikgu sesi pagi. Gerun tengok perut yang maju selangkah ke hadapan. Ish taknak..taknak..sementara masih muda baik besenam sikit-sikit kankan...

    Survey punya survey, jumpa Gymnasium kat Pekan Kapar. Lupa amik snapshot. Kalau x boleh show kat sini dah. Besar juga.

    Bang...sekali masuk berapa?

    8 ringgit sejam...

    Erk?

    Dekat Tanjong Malim yang kecik tu pun 5 ringgit sekali masuk. Tak kira jam tau. Ne dah tahap ultraman, 8 ringgit sejam. Nak apply membership bayar RM160, bulanan RM60. Maksudnya first payment tu dalam 120.00!!. Giler!. Dahla elaun kat sini xd huhuh...

    Kesimpulannya, g K.L cari dumbell. Minggu depan harap ada dah.

    : Ada sesiapa boleh cadang nak cari kat mana di K.L?

    SMK Tengku Idris Kapar Klang: Hari Pertama!!!

    Alkisah....

    Bahuku disentap memutuskan mimpi indah dinihari. Suara-suara mereka yang bersiap memenuhi ruang telinga. Sedikit membuat dahi berkerut. Tanda tak selesa bangun seawal itu. Hari ini hari pertama aku dipanggil...

    "Cikgu zul..."

    Gambar semester 1 di UPSI...


    Ah...ada-ada sahaja mereka mengusik sewaktu kucapai tuala untuk bersiap. Semangat atau rasa terpaksa. Tidak dapat dipastikan kuasa yang mendorong untuk mandi seawal pagi. Kurang dari sejam akan berdepan dengan pengetua sekolah. Sehingga ketika kereta member yang ku tumpang bertolak, tidak dapat dipastikan berapa kali aku menghadap cermin....

    ...........................................

    Tersenyum kecil...

    Ironinya, melihat pelajar duduk menghadap aku. Sebab baru sahaja rasanya berada di tempat mereka. Sekarang aku di depan perhimpunan. Janggal melihat mereka mengangguk mengucapkan "selamat pagi cikgu". Hanya tersenyum mengiyakan. Hari yang sangat panjang. Sebab tidak tahu buat apa-apa. Syukur ada guru praktikal dari UNITAR menyapa. Mereka sampai dua minggu awal.

    Hari paling sukar sudah selesai. Nasib esok siapa tahu....14 minggu masih berbaki...

    : Mengujakan....

    Selamat Berpraktikal Rakan Seperjuangan

    Dup Dap Dup Dap
    Dada Berdebar menyentap
    Aduh luluh hatiku terhentak
    Esok Aku Berentap

    Maram prapu Kapunden Param Skeper
    Muka Pengetua, PKHem berputar
    Apa Komentar
    Apa Aku bergetar
    Lutut longgar

    Harap tidak ditolak surat ini huhu...




    : Malam ini semua orang bertapa.....

    Sunday, February 6, 2011

    Cabar Masa Muda: Sementara Waktu Mengizinkan

    Genap 3 hari 2 malam menetap di Kapar Klang. Esok akan berjumpa dengan mahaguru tuan pengetua SMK Tengku Idris untuk proses melapor diri. Harap semuanya berjalan lancar. Apapun bukan nak bercerita fasal praktikum saya..sebenanrnya hendak bercerita tentang masa yang kita semua ada sekarang. Ya, zaman kegemilangan. Golden Age kata orang putih.

    Mesti ada matlamat hidup kan. Mencapai seberapa banyak kejayaan sementara waktu masih mengizinkan. Mencuba menghadapi risiko yang nyata mengujakan. Mencabar kebarangkalian terhadap semua perkara yang kita tidak pasti. Yang pasti, saya akan cuba semua peluang yang ada. Tidak mahu menyesal di kemudian hari sebab tidak mencuba. Hidup adalah kebarangkalian yang sangat kompleks!!!....Anda dimana?

    [Antara persinggahan dalam perantauan-SMK Tengku Idris Kapar Klang]



    Deretan kedai sebelah sekolah

    Hidup ini sangat best. Orang yang paling sukar untuk dicabar bagi setiap orang adalah Diri Sendiri. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 


    : Warna-warni kehidupan....

    Saturday, February 5, 2011

    4 Hari Yang Indah

    Abadikan masa indahku dalam cerita
    saat ku tersenyum melihat kenakalan rama-rama
    yang mekar


    Abadikan senyumku dalam diamku
    saat sunyi melanda
    ketika tiada lagi tawaku
    mengiyakan 
    menidakkan 
    karenah Mama Kecilku


    Pasti merindu
    mengimbau masa keremajaanku
    berjaya di seru olehmu

    Akan ku kata di kemudian hari
    itu Mama Kecilku
    masih muda dan bercahaya
    kenakalannya tidak dimakan usia

    Sedang ku berdoa agar bertemu
    dengan mama kecil
    yang boleh jadi milikku pula


    : cerita-cerita indah....ditatap di kemudian hari..:)

    Bila Orang Mula Panggil Cikgu

    Cikgu Cikgu Cikgu
    Orang mula gelar cikgu
    rasa janggal rasa keliru
    kerana aku juga masih baru

    Cikgu Cikgu Cikgu
    berseluar pendek pun tersipu
    jalan ke pasar
    jalan ke tamu

    [gambar inteprem kakiku dan kekasihku PC terchenta]

    Cikgu cikgu cikgu
    Tak boleh begini begitu
    nanti pelajar tahu
    nak mengajar apa tu?

    Cikgu cikgu cikgu
    aduh..lekat nama cikgu
    rasa syukur tanpa ragu
    nasib orang belum tahu

    Cikgu cikgu cikgu
    Em...aku tak sesempurna itu
    terkadang tersadung jatuh
    ingat tu..

    huhuhu...

    Friday, February 4, 2011

    Di Malaysia kah Aku?

     Penat seharian berjalan sebagai musafir. Bagai menyelusuri kota Hanoi dan Kolkata. Bingit bahasa-bahasa yang tidak difahami. Terselit juga bahasa inggeris sepatah dua kata yang boleh difahami. Kadang-kadang terlupa saya di Kuala lumpur sebenarnya. Sampai di Klang, saya bagai di bandar Jakarta. 

    "Mas, singgah mas"....

    Pelawaan makan yang ku tolak bukan kerana tidak sudi. Hanya mengejar masa untuk sampai ke Kapar Klang. Sesekali menahan rasa mengantuk dalam bus. Risau jika terlepas perhentian di Kapar nanti.


    Bekas 'shopping' tempat barang over budget nak bawa

    Sang musafir


    Rumahku 4 bulan mendatang...

     Terkadang lalu ingatan di seberang sana...hmm..genap 1 tahun 1 bulan tidak melihat tanah tempat bermain sewaktu kecil dahulu...

     **to be continued**

    : Entri untuk diri sendiri..

    Thursday, February 3, 2011

    Aku Dan Pakis

    Pakisku layu
    Angkara matahari
    syukur hijaunya masih ada
    Syukur segarnya masih ada

    Hidupnya di pinggir
    Orang mencari ketika sudah tiada apa
    sedap sangat bila cukup rasa

    Setidaknya boleh makan lagi

    : Pengalaman hidup merantau: xd lauk cari pakis kat sungai

    Wednesday, February 2, 2011

    Cabaran Hidup Yang Mengajar Erti Hidup

    Setelah sekian lama tidak menaip, akhirnya malam ini tertaip juga. Dah lama tak blogwalk dan ikut perkembangan blog kawan-kawan lain. Sibuk dengan persediaan itu dan ini untuk berpraktikum pada 7hb Feb ini [alamak dah dekat!]. Kadang-kadang perlu lalui kesusahan hidup untuk belajar. Itulah sebaik-baik guru dalam menghadapi cabaran untuk menjadi insan berguna.

    Dari Tanjung Malim ke Klang naik lori merupakan ekspedisi pindah rumah yang sangat memenatkan. Dah lect buang kitorang kat sana, nak tak nak kena terima sahaja. Mula-mula minta kat sekinchan, dapatnya SMK Tengku Idris. Redha je la kan.

    Persoalan memberku: Awak leh tido panas2 gne..?

    Kalau anak murid nampak cikgu mcm ne agak-agak apa respon mereka?. Harap kerjasama yang terbaik dari mereka nanti huhu. Pengalaman berjemur dari jam 7-3 ptg tak akan dilupakan. Setidaknya bila saya melihat semula entri ini, saya boleh citer kat anak-anak lak [cewah].

    Teman Sem 1-kini: Cikgu Nordin Ahmad. roomate se lori ku hehe
    Inilah insan yang sanggup berjemur dengan saya. Tq cikgu Din. 4 bulan mendatang kita hadapi cabaran sekolah tempat mengajar. Tapi, macamana awak leh dapat sekolah pompuan aku tidak? [x puas hati]..

    Ok, sampai disini sahaja. Esok esok sambung ea...


    : Berdoa agar semuanya lancar. Amin.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...