Sudi Jadi Teman?

Thursday, March 31, 2011

Polemik Poco-Poco

Tak Mahu Mengulas..Mari Ikuti Pandangan Dr. Asri..

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tarian poco-poco, yang muncul polemik terbaru, tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam.
Oleh itu kata beliau, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan.
“Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.
Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu ekoran poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian atau pergerakan badan dan kepercayaan umat Islam yang bertentangan dengan akidah.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.
Asri menambah, jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak Islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti “tai-chi, chi-kung, kata taekwondo dan pelbagai lagi.”
“Untuk itu, dengan menghormati Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, saya ingin menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan.
“Adapun, jika dilakukan dengan kepercayaan yang salah atau diiringi perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas, maka kepercayaan dan amalan yang salah itu wajib dibuang, tarian yang memberikan kebaikan kepada kesihatan itu diizinkan,” kata beliau.
Tegas Asri, pada asasnya semua urusan harian dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan kecuali jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut.
“Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan atau dimakruhkan.
“Justeru itu, Nabi s.a.w tidak mengharamkan banyak budaya Arab yang memberikan faedah kepada insan secara langsung atau tidak langsung, antaranya; nyanyian dan gendang semasa perkahwinan,” katanya.
Cuma jelas beliau, jika ada unsur yang tidak baik, Nabi s.a.w menegur atau menapisnya dan sebab itu apabila baginda mendengar wanita menyanyi dengan lirik “di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok.”
“Baginda bersabda 'jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu'. Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah.
“Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar,” kata beliau lagi dalam kenyataannya.
Tambah Asri, Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini dan Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hari raya, baginda menegaskan, “agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan.”
“Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam.
“Apatah lagi kita yang hidup dalam masyarakat yang serba rencam dan pelbagai cabaran ini,” tambah beliau.
Semalam, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, yang telah diputuskan Januari lalu.
Zambry berkata, kerajaan negeri akan menghormati keputusan itu memandangkan satu fatwa berkaitan dengannya telah dikeluarkan.
Maklumat diperoleh dari beberapa blog menunjukkan tarian poco-poco yang menjadi tarikan banyak pihak turut dikenali sebagai pocor-pocor atau pocoh-pocoh disebabkan muzik dan sebagai aktiviti ringan.
Bagaimanapun beberapa tulisan lain pula mendakwa tarian yang datangnya dari Indonesia membawa unsur-unsur mengasyikkan dan ada unsur salib ekoran langkah pergerakan ke kanan-kiri-depan-belakang.

P/S-Kuda kepang, shuffle, Adat merenjis....Fikirkan..

: Sumber

Segar Dari Ladang

Jom Buat Entri Awal Pagi...hehe

Segar dari ladang. Ya, itu tajuk entri kali ini. Siapa yang tidak kenal blogger yang selalu menggunakan perkataan ne. Fresh New Entries kata orang kampung saya. Sekarang berada di Restoran Hasmi [sebab saya tengok wifi free yang bernama Hasmi Restoran Wifi hehe]. Tadi cuba connect guna Wifi. Skali minta password daa...Malas nak minta. Alih alih guna Berukband juga.

Ne dia Gerainya. Singgah la kalau Ke Pekan Kapar. 24 Jam Bro...

Kejap lagi nak ke pasar pagi lak. Nak kejar kerang RM 2.00 sekilo. Nak makan kerang sebesen sebelum ke sekolah petang nanti. Kalau dapat nanti ambil gambar sebijik dua buat modal ngeblog hehe. Azan subuh dah berkumandang di Masjid belakang gerai ne. Nak makan dulu, nasi lemak yang dah diorder nak sejuk...


: Update blog plak kankan...Pesbuk lepas ne hehehe...

Berita Ku Bukan Berita Mu

Saban hari Mendengar berita
Semakin dewasa, semakin suka berita
Ada macam-macam berita
suka
duka
gembira
perli
sindir
tembak
pendek kata
Macham-Macham Ada

Berita itu untuk siapa?
untuk kamu sahaja kah
untuk saya juga?
Untuk mereka?

Ada berita sokoooooooooooong sahaja
Ada berita bangkaaaaaaaaaaaang sahaja
Tiada berita yang untuk semua?
Atau penulis sudah tak ada mata?
tak nampak berita di sebelah sana?

Lama-lama
"Rakyat Jelatah" akan muntah
sebab Berita Mu Bukan Berita Ku


: Dendangkan Lagu "Berita Kepada Kawan"...

Malam Special

Keletak Keletak Keletuk...

Siap wayar ku bentang, Beg sandang di hempas di tepi dinding surau. Jauh di sudut sebelah mikrofon yang Tok Imam selalu guna untuk berkhutbah memberi ceramah atau melaungkan azan tempat melabuhkan punggung malam ini. Janggal dan asing menguasai diri ketika menulis entri malam ini. Pelajar kumpulan nasyid menjadi tanggungjawab untuk dijaga adar tiada apa-apa yang berlaku. Sempat beramah mesra bertegur sapa dan melihat latihan mereka. Semoga berjaya hendaknya..

Perhatikan Kaki Cikgu Philip...X sanggup sertakan  gambar beliau sedang tidur duduk hehe

Bebudak dah tido...hanya 2 orang cikgu jadi jaga. Dah terbiasa lewat tidur. Agak-agak saya buat Vlog kan best. Secara live dari SMK Tengku Idris Shah hehe. Dalam perkiraan jam 5.50 dah gerak ke pasar pagi. Kerang rm 2.00 sekilo sapa taknak hehe.

BTW, sedang merancang untuk menghasilkan vlog tapi tak tahu content yang sesuai. Bunyinya mudah tapi nak melaksanakannya susah. Nak buat entri pun terkapai-kapai. Kadang-kadang tak terpandang kerana ada aktiviti lain. Memang benarlah blog saya ini jadi penghibur di kala boring haha. Nama pon dah When Im Bored....

Vlog, Channel TV sendiri dalam progress...radio online dah berkumandang dengan bantuan rakan lain...Jom sapa nak jadi host TV lak hehe...

: Branding...hmmm.....

Wednesday, March 30, 2011

Aku Perasan..Dia Hanya Terus Menulis

Klik Klik Klik
Berputar ligat mencari idea
terkadang terulang 
terkadang seakan sama
terkadang seakan rentetan idea
dari pembacaan
dari penulisan
dari buah fikiran orang

gambar: Ihsan Google Image

Tak Perlu sebut kenapa
mungkin dia memuji
mungkin dia dipuji
mungkin dia mengata
atau dikata
pokoknya
dia hanya ingin berkata
sebab itu dia mencari sebab untuk bersuara

semua menjadi sebab
untuk nya berkata
kenapa tiada yang buka mata
itu kuncinya

Sayang sekali Aku juga belum tahu memegangnya


 : Vlog....tunggu masanya..banyak perkara harus dicuba hehe...

Saturday, March 26, 2011

Ini Entri Pendapatan Terumpuk

Tuuut...Sari Berita Penting...

Dah lama tak menjenguk pakcik nuffnang. Dah lama tak meninjau blog-blog otai yang tidak putus-putus meningkat dan mencanak naik di arena dunia blogging. Blog ini hahnya dengan kuasa siput berjalan. Pejam celik. Kejap ada kejap takde. Tiba-tiba hati terdetik untuk mengecheck ops sori..memeriksa akaun nuffnang. Wah, da peluang yang diberikan oleh saudara Nuffnang kepada saya laa.....

Best best....walaupun pageview yang kurang dari 20 setiap hari [hahahaha], ada juga menyinggah kat blog cikai ne. Sekarang ne sangat sibuk untuk berpraktikal di SMK Tengku Idris Shah Klang, jadi sy tenang-tenangkan sahaja hati melihat semua ini [cewah]. Nak tengok PV kat bawah...

PV berjuta-juta kan hehehe

Ini lagi terrer



Mungkin ada yang kata, wah menunjuknya beliau hehe. Takde niat pun mcm tu. Dah sebulan tak buat entri sebab sibuk dengan sekolah. Tiba-tiba nampak benda ne. Lagipun bukannya blog popular sangat pun. Mungkin ada kawan-kawan di luar sana ingin bagi pendapat ke nanti kankan...hmm..mungkin perlu penjenamaan semula haha..

btw..entri ini dibuat sewaktu menjalankan latihan kat sekolah. Nasibla ada berukband terhebat. Agak-agak kalau nak buat satu entry sehari ok juga kan....itu pun kalau x clash dengan benda lain..


: Hari sabtu ada mesyuarat PIBG daa....


Thursday, March 24, 2011

Cikgu Jangan Merungut Yer..

1st Day: Em?..SMK Tengku Idris?..
2nd Week: Oh My God
3rd Week: Help Me
4th Week: Emm..Boleh la...
Now: Student saya best tau..blablablabla....walaupun nakal sikit tapi blabla...jom karok kat giant blabla...jom g sekolah ada perjumpaan blablabla...pertandingan blabla...eh ko jadi hakim blablabla...

At the end...I know how to find something for me to smile with:)

....Jom Skodeng...

Time pensyarah datang menyelia..malam tu kitorang balas dendam kat giant. ber karok hehe..







Menggunakan seluruh kudrat untuk menghasilkan banner secara Manual [kat U men print je wacaa..]

Bebudak yang berguru kawad kaki dengan tuan hamba [sekali minta tolong kawan palapes check..tuan hamba punya command salah daa...haha]

Benda Wajib jika berpraktikum di SMK Tengku Idris: Penyejuk tekak...sure hilang suara beb. Sebab suara bebudak ne memang well trained untuk menenggelamkan suara cikgu...tp xp..gua dah biasa haha [btw..x cool la bawa benda ne..kene bawa jg huhu]

Ok la...Sebelum saya terkantoi menulis entri ini...moleklah sy mengundur diri..

Esok-esok ada idea tulis g.

Mode: bilik Guru...psssssssst...












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...