Sudi Jadi Teman?

Wednesday, April 20, 2011

Alien, Illuminati dan Freemason: Mitos, Fakta dan Imaginasi

Heboh dengan penemuan bangkai Alien di Rusia. Asyik-asyik kat Rusia. Cuba la p terhempas kat depan rumah kitorang ne kan best. Macam-macam, Crop Circle la, piring terbang la, konspirasi la. Belum masuk bab-bab citer Illuminati dan Freemason. Kalau nak di cerita lagi mungkin sampai zaman tamadun Maya, Inca hatta ke Firaun pun ada kaitan ketiga-tiga benda ne. Konspirasi kerajaan atau lebih spesifik lagi ketenteraan pun ada juga tau.

Dulu zaman Hitler, mereka menggali kubur firaun kat mesir di Lembah Raja-Raja [Valley of the King ke tak silap hehe]. Sebab dalam tulisan kat dinding bangunan peradaban firaun ada menyatakan wakil tuhan yang datangnya bukan dari bumi. So, mereka mengandaikan bahawa kebijaksanaan mereka membuat piramid dan ketepatan santifik yang boleh disaksikan melalui peradaban firaun bersumberkan daripada wakil tuhan aka alien pada pandangan Hitler. Macam biasa, mereka ingin gunakan sumber ilmu dari alien tersebut untuk menambah kekuatan ketenteraan. kan masa tu perang dingin...

Kita sendiri tak tahu sampai bila la konspirasi seperti ini akan berakhir. Yang pasti semuanya hanya khabar angin. Pernah dengan Chupacabra? itu kat negara barat. Tempat kita ne ada juga macam Jenglot...haa..sapa pernah dengar...

Nak tengok sangat video alien yang keluar kat kosmo tu..Klik kat Sini..

: Realiti atau Fantasi...wah..macam tajuk lagu dah haha..


Friday, April 15, 2011

Eh?, Korang Dapat Mesej Ne Tak?

Baru Je Update entri malam ne tetiba dapat mesej dari alam ghaib hehe. Mesej dari anonymous. Kalau blogger sibuk fasal komen anonymous. Aa..ne dia mesej dari Anon yer..ntah korang dapat ke tak..baruuuuuuuuuu je 3 minit lepas dapat mesej ne..Baca yer..kot-kot dapat hidayah hehe..

"RM0.00 PKR janji beri RM600 pd warga emas. Tp janji PRU2008 Smenanjung BELUM TUNAI: elaun tadikaRM50/anak,ibu tunggal RM1000,org tua RM1000.Jgn ditipu orang luar!"

Sender number: 63660 [nombor berwarna merah ups hehe]


Wah, ajaibnya. Ingatkan dapat sms membunuh. Dulu kan ada khabar angin call dan sms membunuh. Kuus semangat. Macam-macam la sekarang ne haha....

: Angguk-angguk geleng-geleng tepuk dahi...masyyyyyyyarakaaaaaaaaat...

GA Terindah Dari Kapar

Kalau blog-blog kat Internet ne sibuk fasal GA mereka yang macam-macam ada, Aaa ne ada GA yang terhebat saya dapat. Bukan calang-calang wooo. Hehehe. Takpe, disebabkan malam ini tiada sebarang maklumat yang skema-skema dan memboringkan nak di sebarkan,..Malam ini saya mencarut lagi hehe

Kisah satu: Pelajar bernama Afuan kelas 2G.

Afuan: Cikgu, minggu lepas kata nak bawa pergi Makmal?
Cikgu yang Blur-blur: Eh?..bukan semalam dah masuk?
Afuan: Belum..Itu kelas 2E
Cikgu dah garu kepala: Awak bukan 2E?
Afuan: Bukan...

Lagila saya blur. Apekes budak ne melalut tengahari buta ne. Orang baru je habis meeting. Dah membuat onar dalam laluan saya ke bilik guru. 3 hari kemudian baru saya tahu. Ada kembar kat 2E dan 2G. Dua dua kelas saya ajar plak tu. Patutla sorang monyok kena marah, sebab kembarnya kat sebelah pernah x buat tugas dan kena ceramah free. Ingatkan beliau [kwang3]

Kisah 2: See Siew Lin A/p......Erk...

Siasat punya siasat. Oooo dia mix. Ayahnya cina emaknya India. Macam janggal je nengok dia potpet bahasa India. Sumpah muka sebijik cina. Tapi berkulit gelap. Lagila cikgu blur memula tengok. Nasibla tak cakap cina kat dia. Silap haribulan dapat ayyyyyooooooooooooooo.....

GA Student
GA ke tu? haha...Ala mamat ne benda kecik pun nak gegar satu malaya nak bagitau. Tak kisahla kankan. Student I yang bagi. Saya gembira sebab itu penerimaan student terhadap cikgunya [waaa sukanya hati]. Mula-mula masuk kelas..Masyaallah..pasar tani pon kalah woo..Sekarang dah baik-baik, manja-manja kadang-kadang keras kepala. Maka diberilah pilihan nak pelempang kiri ke kanan wooooo..xd gurau je hehe..

Oit, dah la..makin panjang. Nanti mencarut lagi ea...

: Sedikit Penghargaan Membuatkan kita selesa. Hargailah Orang lain:)

Thursday, April 14, 2011

Tahun 2011: Takde Broadband..Wifi Mari..

Dok boring-boring dalam bilik guru tadi, tercapai akhbar bertarikh hari jumaat lepas. Cikgunya takde jadi ku kebas untuk menghilangkan boring yang melanda. Nak buat entri lak kantoi nanti dengan penyelia petang [hahaha]. Maka dipendekkan cerita, mata tertumpu pada tajuk yang memang bersaiz besar dari tajuk-tajuk lain..

Snapshot enpon...:)

Waaaa...Macam nak bersilat dalam bilik guru lihat tajuk berita ini. Kawan dari Sarawak dah tepuk dahi sambil ucap..."Massyyyyyarakaaaaaaaaaaaaat"...

Elok sangat la kalau jadi. Tak perlu la bergantung sangat pada line kura-kura berukband ne. Napa tak hantar Optic Cable. Takpe, Wifi pun bersyukurlah nak..kalau jadi la [dan saya memang maksudkan KALAU JADI]...baca punya baca..tak disertakan nama kampung sekali. Ingatkan kampung purba saya ada dalam list. Kalau ada memang belanja sirap bandung satu bilik guru.....

Ada juga snapshot Manifesto asas kempen di Sarawak, tapi takpela..malas nak layan politikus mondok ne...

: Melalut jap...

Tuesday, April 12, 2011

Kampungku Membangun Setiap Penggal. Tahniah!!

Malaysiaku Gemilang
Membangun dengan Gilang Gemilang 
Setiap kali Pilihan Raya Menjelang

Kampung Purba Ku bercahaya
Dek Projek Lulus Tanpa kertas Kerja
Wah, Petik Jari Semua berubah

Apatah Lagi Bila Kawasanku Kerusi Kosong
Pasti berturap jalan, berlampu elektrik
Ditakuti hantu-hantu pocong

Berita jam 8 jangan cerita
Sayang sarawak hampir setiap masa
yang sebelum ini tiada khabar tiada berita
Aduh, maaf aku bukan rakyat biasa
yang tak faham erti semuanya

Oh ya hampir terlupa
Kampungku tiada talian telefon rupanya
Apakah Aku perlu tunggu penggal seterusnya
Untuk talian sampai ke rumah saya?

Bukan berkata buruk, Oh jangan dulu mengata
Hanya inginkan ketelusan bicara
Agar negara tercinta terpelihara
Dari Gelombang yang berlaku di Arab sana
Sampai Ke Libya


...Being Malaysian...


Monday, April 11, 2011

Kenapa Morse Code Telegraph Masih Penting?

Ya.. Tuan-tuan dan puan-puan,

Untuk tidak membuang masa anda membaca kenapa dan mengapa morse code diperlukan..Mari kita lihat sebabnya..tadaaaaaaaaaa....





Dengar kata user Maxis dan Digi pun sama sahaja masalahnya. Kejap ok, pastu saat-saat genting dia wat hal. Macam nak call je customer service untuk dimarah hehe [sabar-sabar]. Nak panggil Usop Wilca, kita bako je line yang tak ok..kita bako kita bako [tangan pusing-pusing]...

: Emo betul dapat line macam ne hehehe...

PATI atau PTI: Kisah Yang Mengasihankan atau Menjengkelkan

Pati atau PTI. Agak-agak dah jemu sangat dengan istilah ne. Lambakan pati ne penyakit kronik yang sangat menjengkelkan. Tak tahu makna PATI?...Pendatang Asing Tanpa Izin aka yang takda pas masuk ke negara tercinta ne. Nak dijadikan cerita yang ada pas tu pun kadang-kadang sebijik macam ada pas masuk juga.

Mereka dah beranak-pinak. Maksudnya dah berapa tahun perkara ini berlarutan???


Tak nampak sangat dasar kerajaan yang boleh hapuskan mereka ne. Sekejap tenggelam timbul. Kat Sabah jangan cerita. Selusuri lah bandaraya Kota Kinabalu. Kadang-kadang macam kat bandar Manila, kejap lagi kat bandar Jakarta. Jalan lagi dalam 5 minit mesti sampai di Banglore.  Macam kita sedang Melancong yeaahh..Bukan nak salahkan mereka datang menimba rezeki, tapi lihat sahaja senario sebenar di bandar-bandar besar. Masalah sosial yang timbul sangat teruk [geramnya].

Kasihan melihat penduduk tempatan yang berjualan, dah la bayar kat Pegawai Majlis Daerah, lepas tu senang-senang sahaja Pati yang sememangnya licik melarikan diri dari sebarang bentuk percukaian menjadi saingan. Bagai musuh dalam selimut.

Tapi nak highlightkan disini, bukan semuanya tak elok. Ada antara mereka yang benar-benar ingin berusaha dan menghormati negara orang. Bumi tuhan. Rezeki ada dimana-mana.

Mereka yang merasai kesan Pati adalah warganegara [rakyat] yang berada di situasi sebenar, dan bukannya orang yang duduk dalam bilik berhawa dingin sahaja. Ada faham?

: Dasar yang Telus dan Menyeluruh???

Sunday, April 10, 2011

Kepada Siapa Aku Bercerita?

***Sedang duduk dalam bus. Hendak bertolak ke Klang hehe..***

Ada Individu yang berkata, kepada siapa aku bercerita dalam blog?..Soalan cepu emas ea..

Jawapan ringkas sahaja. Kalau tidak kepada para blogger, mungkin kepada non blogger yang membuat search keyword di luar sana. Contohnya, dalam statistik ramai yang mencari menggunakan keyword "bina badan" atau "anugerah berita harian 2011". Jadi mereka-mereka yang mencari maklumat berkemungkinan besar akan menemukan maklumat itu disini. 

Rasanya kalau wat GA atau contest belum ada sambutan kot [dengan tak yakin hahaha]. Tunggulah masa yang sesuai. Masih dalam proses Promosi dan mengarut bila dah takde bende nak dibuat. Contohnya mcm sekarang la..dalam bus jeling kiri kanan sambil menaip hehehe..

: Lambatnya bertolak...dah nak jam 7 ne..sampai Kapar mau jam berapa nanti..


Entri Di Kuala Lumpur

Hingar bingar kenderaan lalu lalang. Diselang selikan dengan bunyi siren polis dan ambulan, entri ini terhasil sewaktu hendak berangkat pulang ke Kapar Klang. Melalui hari-hari yang penuh makna. Mahu sahaja hentikan masa biar berhenti ketika ini.

Semalam sewaktu hendak sampai lewat petang semalam, terlihat adegan seorang lelaki menghempaskan beg ke muka seorang wanita. Agaknya pasangan yang sedang bergaduh. Pemandu bus yang kunaiki hanya menggeleng kepala dan melontarkan komennya kepada penumpang di bahagian hadapan. Aduh, macam-macam ada di Bandar besar ini.

Semalam di sekolah, meleraikan pergaduhan antara pelajar Melayu dan India. Nasib sahaja Ku sempat menyembuyikan hidungku. Kalau tidak, dah ada masuk berita cikgu ditumbuk hidung sehingga patah. Tangan pelajar itu menghayun ke kiri dan ke kanan melewati mukaku yang meleraikan pergaduhan. Syukur masih ada rasa hormat mereka setelah salah seorang ku tarik masuk ke kelas. Muka ku pun tak tercalar dan tersentuh. Syukur....

Melewati bangunan Hentian Pudu Raya yang bakal beroperasi 16 April ini [terpampang pada iklan], terganngu oleh bau ubat luka. Unsur ether/alcohol atau bahan mudah ruap bau nya. Kelihatan seorang lelaki yang berbungkus tangan dan kakinya. Di hadapan tersedia tabung sedekah...

Mendengar laungan Azan dan pada masa yang sama mendengar upacara keagamaan Hindu ketika sampai ke destinasi. Penat dan melalui suasana Bandaraya Kuala Lumpur yang mempunyai pelbagai ragam dan keadaan...

: Teringat suasana kampung yang aman damai..hampir 2 tahun ditinggalkan...

Friday, April 8, 2011

Sains: Melihat kepada Masa Lepas dan Akan Datang

Whoaa..dah mula merapu fasal sains dah hehe....
Mungkin ramai yang tak suka bidang ne. Tapi nak dijadikan cerita dulu ternat nak jadi ahli astronomi. Secara detail lagi, minat pada space. Apakan daya, dapat majoring geografi, pun masih tak membantut niat meneroka sains. Yaa...adik-adik Jom Belajar Sains hehe..

Selalu masuk website NASA. Mendengar perbualan secara langsung dan rakaman video secara langsung dari stesen angkasa lepas. Ada gambar terkini dan penemuan terbaru. Kalau dah masuk perpustakaan, bahagian sains jadi tumpuan utama. Sapa tak nak tahu asal usul alam semesta. Sangat unik. Op Kos ler kita ada agama, tapi tak salah kan tahu benda ne..[ada yang kata saya pengikut Darwinism plak lepas ne]

Perkara yang menarik  ialah hari kemusnahan bumi secara besar-besaran. Mungkin boleh jadi jadi hentaman meteor, atau Solar Eruption. Dan menurut kajian [baca kat buku ea] proses kitaran balik hidupan bumi adalah proses semulajadi. Maksudnya semua hidupan di bumi akan berganti yang baru. Sesuai dengan pengetahuan gama yang ciput je, selepas hari kiamat, tuhan akan ciptakan semula hidupan yang baru [betulkan kalau salah k].

Merapu fasal time and space lak. Albert Einstein kata kata boleh merentasi masa [time travel]. Setahu saya hanya sebutir zarah proton berjaya di transferkan ke tampat lain melalui time machine. Tapi masih dalam lab yang sama hehe. Manusia lama lagi kot. Black hole, sebuah tempat kat angkasa lepas yang menyedut segala yang berada di laluannya termasuk cahaya. Black hole sentiasa bergerak dan andaian ahli astronomi jika black hole merentasi bumi..agak-agak semua penduduk bumi masuk syurga dah...

ET atau hidupan lain. Pemes dengan istilah makhluk asing. Weh, ader ke benda tu. Penemuan terkini, hidupan berbentuk bakteria ditemui pada meteor yang jatuh ke bumi. Dari mana meteor tu. Wallahualam. Tapi bukti itu tanda ada hidupan lain kat tempat lain. Mungkin hanya dalam bentuk mikrooorganisma sahaja atau Wallahualam lah hehe.

Bintang yang korang tengok kat langit tu?...sebenrnya itu bintang masa lalu. Kenapa? sebab cahaya bintang itu telah berjuta-juta tahun untuk sampai ke bumi dan mata kita. Jadi sebenarnya kita sedang melihat masa lalu dan bukan sekarang hehe.

Adoi penat merapu...nak g web Nasa jap...

: X jadi astronomi...jadi astroblogging pun jadi la hehehe

Thursday, April 7, 2011

Bila Cikgu Ditumbuk Hidung

Kasihan cikgu
Bawa pelajar dapat sebuku
singgah ke hidung plak tu
nasibla baik masuk berita darah dah beku

Kasihan cikgu
Ilmu disemai dapat hidung membiru
nasib ada orang lain datang mebantu 
kalau tak aduh
haru biru

Lepas ne ada adegan tuduh menuduh
cikgu kata betul pelajar kata tipu
Ibu bapa datang menyerbu
kalau rasional mesti kita tahu
dia takkan tuduh melulu
kalau tak, dah kene tukar plak cikgu tu
p skolah baru

Tapi tak semua pelajar macam tu:)


Teoh Beng Hock, Sarbani dan SPRM

Semalam dengar ceramah kat dewan sekolah fasal "Anti Rokok" oleh pegawai polis dari Pekan Kapar. Terkejut mendengar berita seorang lagi mangsa bangunan SPRM. Tak pernah g bangunan tu dan tak nak pergi. Kalau minta pandangan orang dulu-dulu sah-sah bangunan tu berpuaka besar huh.

Buka berita, berita penyokong dan berita bukan penyokong hehe. Semua kena baca, sebab Beritaku Bukan Beritamu punya fasal.

Kosmo kata:
"mangsa datang ke SPRM tanpa mendapat arahan daripada SPRM"
"Bangunan SPRM terbabit baru siap dibina dan diguna pakai pada Disember 2010 dan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) termasuk di lokasi mangsa ditemui mat"

Malaysia kini kata:

"Impossible Sarbani could commit suicide, say friends"
"“He also told me that he was going to send a document tomorrow (today). That was it, to send a document,” he added."

Cerita Teoh Beng Hock dah berbelit-belit. Tak pasti mana satu ceritanya kan. Apapun tunggu sahaja la. Yang pasti cerita ini baru permulaan. Akan ada lagi datang menyusul. Macam tak biasa plak.....

: Integriti dah hilang....sekali warganegara [rakyat] pandang serong....hilang kepercayaan

Tuesday, April 5, 2011

Aku Bukan Rakyat Jelatah: Aku Warganegara!!!

Aku Bukan Rakyat "Jelatah"
yang hanya tahu melihat

Aku Warganegara
Yang mampu bersuara

Aku Bukan Rakyat Jelatah
Yang berkata Menjunjung Titah

Aku Warganegara
yang punya maruah

Aku Bukan Rakyat Jelatah
yang angguk kepala

Aku Warganegara
yang berdiri dengan Etika

Aku Bukan Warganegara
Yang hanya menunggu berita

Aku Warganegara
dengan anjakan paradigma

Aku bukan rakyat jelatah
Yang sujud menyembah

Aku Warganegara
Penentu Pemerintah!!!




Cukuplah peristiwa diluar sana
pengajaran buat kita
jadi pedoman bersama
[lirik lagu puisi kitorang hehe]

Bila Pensyarah Tak Datang Menyelia

4/4/`011
Dr Pujaan Hati kata nak sampai
2 jam sebelum kelas bermula
Haru biru dunia
Dia datang tak diduga..

Tak semena-mena...
Persiapan dibuat segala
Jangan kata ABM
RPH pun dah berjela

Sampai ke senja
Menunggu dengan setia
Batang Hidung pun takda rupa
agaknya tersesat entah kemana

Esok entah apa cerita
Masih berbaki sebulan dua
Mudah-mudahan ditempuh segala
Puaskan hati kakitangan sekolah

Hampeh haha...

Kemelut Pendidik Masa Kini:Aduhai Cikgu

Jalan punya jalan dalam dunia cyber, terlihat satu entry daripada satu blog yang saya selalu lawat, iaitu Bangku Kosong, Entry beliau yang betajuk:
 
Terus mata dicuri perhatian, ingatkan dia cerita tentang apa, rupanya ada kisah menarik di dalamnya. Tidak lain tidak bukan kemelut sebagai seorang pedidik dalam konteks negara Malaysia khususnya. Ye la, kalau kat luar sana [negara lain] cikgu ne level pro. Tapi bandingkan kat Malaysia, pemikiran masyarakat...pilihan terakhir tu dah macam sinonim pun ada [guru memang 1st choice saya ea hehe].. 
 
Ya, kadang keluar di akhbar murid dipukul guru, guru kurang ajar, guru ketuk kepala, guru macam-macam. Jarang-jarang kita dengar, Murid x bagi kerjasama, murid kurang ajar, murid x hantar tugasan, murid tunjuk isyarat lucah, murid bising dalam kelas, murid ponteng. Yang keluar kat berita pun kes-kes yang dah besar giler. Sedangkan cikgu baru je tegur pelajar secara tegas...satu malaya dah beritanya...ops hehe  
 
Kalau saya ada upaya , dah saya laksanakan Langkah Ini. At least kita tahu kan cerita sebenarnya. Kita tahu mana yang perlu diperbaiki dan di beri perhatian. Tidak bermakna kita hendak mencari siapa yang bersalah. Cuma sebagai satu rujukan yang sahih.... 

 

 : Go..Go..Go..Cikgu Se-Malaya hehe..


 

Sunday, April 3, 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian : Pesan Aznil Hj Nawawi

Sementara iklan Anugerah Bintang Popular Berita Harian, jom buat entri ringkas. Walaupun kecewa kerana tekaan bagi siapa yang menang bagi kategori-kategori yang dipertaruhkan namun masih bersemangat menulis hehe.

Perasan atau tidak, tertarik dengan pesan Paknil dan Fafau yang agak menarik dan terkesan sebentar tadi.

Paknil: Jangan sebut tentang penaja, tempat ini tidak sesuai. Berterima kasih kepada peminat kerana mereka lah anda disini.

Pendek sahaja kankan. Teringat kat blog tempat saya mencarut tak tentu hala ne hehe. Selalu menjenguk statistik blog. Walaupun tidak se fofular blog yang lain, tapi saya mengesan ada pembaca yang kembali ke blog ini setelah kali pertama masuk. Walaupun jumlahnya sangat sedikit.

Kalau ada Anugerah Pembaca Paling Popular, tentu saya dah pilih hehe [tocey toceyyyyyyyyy:)....]


Buat pembaca Blog ini

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA
KERANA ANDA JUGA SAYA MENULIS

btw...Lisa Surihani menang yeayyyyyyyyy...

Kekuatan Niat dalam Perbuatan [The Secret]

** Di hari ahad yang hening..mari menulis hehe***

Sejak kecil lagi saya dah diajar mengenai niat. Lakukan sesuatu dengan niat yang baik. Merupakan satu langkah yang sangat universal dalam kehidupan sehari-hari. Kita tidak perasan niat sebenarnya dipasang setiap masa dan setiap saat selagi kita ingin melakukan sesuatu atau merancang sesuatu. Menulis blog ini pun disertakan dengan Niat.

Saya terlihat satu movie yang bertajuk The Secret yang menceritakan dari sudut pandangan dunia barat [secara santifik] bagaimana untuk mencapai sesuatu dengan hanya memasang niat dengan betul. Dalam dokumentari selama 87 minit mendedahkan beberapa rahsia mengenai "The Law Of Attraction" berfungsi dan bagaimana kita hendak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

"It states that everything one wants/needs may be accomplished by wishing it and believing in it"

The Secret Has Traveled Trough Centuries To Reach You:)



Bukan hendak mereview secara detail hehe. Movie ini release pada tahun 2006. Tapi agak menarik untuk dinilai bersama. Selepas melihat movie ini pasti anda akan melihat dan menilai segala aktiviti dari sudut yang berbeza.

Apalagi, download. Tambahkan koleksi movie anda. Tidak rugi menontonnya.

: Saya dah tahu rahsianya..Anda x mahu rahsia itu?

Jom Berkarya-Edisi Lagu Homemade

Selamat Berhari Ahad hehe...

Jom mengembangkan segala minat-minat yang ada sementara berkesempatan. Agaknya dah ada beberapa lagu yang dah diupload kat fb. Ne ada satu lagi lagu homemade yang berjaya dihasilkan dalam masa 2 jam. Hanya menggunakan benda basic seperti:
  1. Laptop/pc
  2. speaker/earphone
  3. software
  4. mic
  5. minat 


: Now Eberibadi Can Sing hehe...

Nostalgia Sekolah Menengah

Melihat style budak-budak zaman sekarang, teringat pulak nostalgia sekolah menengah dalam zaman lewat 90-an. Sekarang ne dah macam-macam gaya dah keluar. Mula dari rambut sampai ke hujung kaki. Bukan nak kata style zaman sekolah mengah sekarang tak elok. Jangan samakan zaman kita dengan zaman bebudak sekarang. Sebab semuanya akan kata 'zaman saya la best' hehe. Highlight nya, Nostalgia zaman sekolah menegah. Subjektif gitu hehe...

Kalau sekarang ada shuffle, dulu ada HipHop, kalau sekarang seluar ketat, dulu ada bell bottom, kalau sekarang rambut pacak, dulu rambut belah tengah..haha pendek kata..nostalgia lama

Sekarang dah otw jadi cikgu, lucu pun ada lihat budak-budak sekolah zaman sekarang. Bukan salah mereke sepenuhnya jika budaya jadi macam tu. Masyarakat yang membentuk budaya. Bukan mereka sahaja...

Cinta monyet, ponteng, dikejar cikgu, bawa bekal ke sekolah, lewat datang, denda, awek.....

:  Syukur tidak kecundang pada usia transisi genting...


Saturday, April 2, 2011

Cepatlah Berlalu...

Kadang-kadang ada waktu...
yang kita mahu rasa
biar lama-lama
biar gembira

Sampai waktu

Kita berdoa
agar masa cepat berlalu
biar kita tak ingatpun apa yang berlaku

Sampai ketika

Kita bermula semula dari bawah
mengumpul semangat dan kekuatan
mencari arah

Abstract Matter


Rumus: Guru Praktikal + Hujung Minggu

Yeay...hujung minggu menjelma lagi. Member-memberku sedang berkaraoke meraikannya.  Yang sorang  lagi membalas dendam dengan game PES nya. Seperti mendapat cuti raya lagaknya. Tak hirau dah rumah sebelah nak tido ke nak buat apa. Yang penting hujung minggu is hujung minggu. Otak release dari segala tugas. Biar hanya sekejap, yang penting Hujung Minggu yeah....[mode:bersyukur hehe]...

Esok nak pergi mana?
Tak kisah yang penting berjalan...melihat benda selain Buku RPH dan alat bantu mengajar...


Walaubagaimanapun, esok ada latihan lagu puisi lagi. Komitmen tetap komitmen. Perkara utamakan kita utamakan kankankan hehe.

Hmmm Kerang pantai Remis RM2 sekilo...bakar terus di tepi pantai. Besh2 hehe.

: Gendang Gendut Tali Kecapi, Hujung Minggu Suke Hati:)


Friday, April 1, 2011

Bila Gamers Jadi Guru Muzik

Sibuk Jadi Guru Muzik
Sebelum tu jadi jaga Nasyid

Pertandingan Puisi dan Lagu Peringkat Daerah Klang akan bermula pada 26 April [setakat yang diketahui]. Team SEMENTIS berada di bawah kelolaan cikgu-cikgu Otai dan kitorang..

Kitorang..
Seorang Palapes [Young Officer]..
Seorang lagi Gamers [kaki dok umah]
Entah apa jadinya nanti hehe

Cikgu-cikgu area Klang sedang melatih team pilihan. Kitorang pun akan berusaha.
Ke tahap Maksimum yeah!!!

Dibayangi Mantan YDP PIBG [sokongan gitu]

Latihan Demi Latihan

Dan Latihan lagi

Pendeklamasi Harapan
Komitmen ke tahap maksimum
Amin:)

Blog Penulisan Tun Dr Mahathir Harmful?

Antara blog yang saya selalu baca
Sekali nak masuk hari ini
???

Apa Sudah Jadi?

Baca penulisan dari semua pihak:)

April Fool..Ciss Aku terkena

Teet Teeeet....[bunyi mesej]

SMS1: Saya nak bagitahu sesuatu
REPLY: Apa [dengan segera]

SMS 2: Harap bersedia ya, dah sampai masanya
REPLY: Ish, jangan macam tu. Apa juga..

SMS 3: Minta Maaf ya, Dah sedia?
REPLY: Apa juga

SMS 4: April Fool:)..

**sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Ciss macaman boleh tak ingat..semalam dah ingat..hampeh..sia-sia je takde mood nak makan tadi...

: Berhati-hati dengan gurauan...kalau tanak kene marah..tarik cepat-cepat hehe. [kejap g april fool haram ups hehe]

Terapi Blog dan Gym

Blog dan Gym. Ingatkan nak buat rutin. Lama-lama capek juga. Tapi dua tiga hari semangat kembali muncul. Entah dari mana. Terbaca satu artikel tentang Malek Noor diserang sakit jantung. Gerun juga mendengarnya. Harap semuanya ok...

Malam-malam sebelum melabuhkan tirai molek juga buat blog hehe. Bagi nyamuk-nyamuk kat Klang ne enjoy kat belakang jap.

Emm..masih berkira-kira nak buat Vlog. Tengok-tengok ramai gak yang ada kat 1tube. Nak cuba gak lah hehe. Kot-kot ada benda best. Tengah mencari idea. Hobi dah memang kerja mengedit video. Mungkin boleh buat dengan cara yang paling kreatif, jika masa mengizinkan kankankan...

: Mencari Ilham...zzzzzzzzz.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...