Sudi Jadi Teman?

Tuesday, May 17, 2011

Hari Guru: Angkara Pembaris Kayu

Berakhir sudah sambutan Hari Guru semalam. Ucap selamat kepada guru-guru lama dan bakal Guru. Genap 3 bulan 1 minggu kat SEMENTIS. Macam-macam dilalui. Melihat gelagat guru lama dan baru. Setidaknya masa ini guru melepaskan segala bebanan untuk sebentar kan. Sepanjang 3 bulan juga kerap membawa pembaris kayu 1 meter untuk dwi-fungsi. Alat bantu Mengajar dan untuk melibas kaki yang suka merayau hehe.


Mesti Tonton Show:) Trainee Teachers united
Sempat Men"sumbang"kan suara. Cipta melodi dan lirik dalam masa 2 hari. Syukur guru dan murid suka dan persembahan berjalan dengan lancar. Susah woo amik ati murid ikut sama nyanyi hehe...penuh dewan laung SEMENTIS!!! yeah..hehe..

Dapat la juga ucapan dan buah tangan dari student saya yang nakal giler. Memang darah tinggi dulu memula mengajar. Yang paling tak tahan dapat beg laptop hehe. Ok la tu, boleh guna kalau dah posting nanti. Tak sangka berhasil juga pembaris kayu saya melembutkan hati untuk menerima cikgu baru, kaedah baru dan pembawaan baru:)

Terima Kasih Cikgu. Keranamu Saya adalah Saya Hari Ini:)

Thursday, May 12, 2011

Awas, Cikgu Sebenarnya Alien, UFO dan Extra-Terrestial [ET]

Peringatan: Cikgu sebenarnya bukan berasal dari bumi. Mereka adalah golongan alien dan makhluk dari angkasa lepas. Setakat ini belum diketahui kecenderungan dan tabiat baik dan buruk mereka yang bergelar guru. Walaupun diketahui akan gred keilmuan dan pendidikan mereka, namun keupayaannya masih belum diketahui. Boleh dijangkakan juga bahawa mereka adalah robot yang telah berjaya mengadaptasi mutasi sel sehingga berbentuk daging. Setakat ini juga tidak dapat di kod kan lagi kebarangkalian matematik untuk menentukan tindak tanduk mereka. Harap Maklum.

p/s-Guru juga manusia. Ada baik buruknya. Ada Hati, Ada Perasaan:)


: ndnjuau4e98738dl3k?>>;pd98 [Paham x?..Bahasa alien..maksudnya "Selamat Hari Guru Yang Bakal Datang" hehe]

Wednesday, May 11, 2011

Aku Dah Kata Kita Bukan di Malaysia

Baca-baca berita, ternampak berita kat Berita Harian Online yang bertajuk " Pasar Indonesia-Pakistan". Jemu dah rasanya melihat laporan. Ada yang buta ke sengaja dibutakan. Nak kata dasar dah berbuih mulut berkempen dalam pilihanraya. Tapi hasilnya masih sama. Tak hairan jika ada perubahan besar dalam kecenderungan pilihan rakyat menentukan siapa pemimpin negara.

"Timbul persoalan berhubung peranan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai pentadbir di ibu negara yang dianggap gagal bertindak mengawal keadaan itu, selain peniaga yang diberi lesen tetapu tidak takut kepada undang-undang.
Mengikut undang-undang, mereka yang memajak atau menyewa gerai kepada warga asing boleh dihukum termasuk menarik balik lesen dan menyita perniagaan masing-masing"

Kita sendiri kalau berjalan jauh pun seperti berada di bumi asing.  Bukan nak tuding jari pada mana-mana pihak, tapi persoalannya sampai bila????
 


: Krisis yang bosan

SIAPA NAK JOIN BLOGLIST FALIHINJASMY.BLOGSPOT.COM, SILA ANGKAT TANGAN MACAM SAYE~~~

Ramai yang buat segmen-segmen. Kali ini bloglist plak. Okeh, jom ikut dan suport sesama hehe. Kenapa menarik sampai tetiba terdetik ikut ne. Singgah kat blog Bangku Kosong tadi, dia kata menarik. Haha, memang menarik.


Bro, apapun tengkiu. Sebab nak join bloglist, well known dah sebabnya. Bloglist memang penting. Apatah lagi yang masih baru dan terkial-kial macam saya ne. Tapi takpe..kayuh pelan-pelan. hehe. Berakit-rakit dahulu bersenang-senang kemudian. Sambil menyelam sambil minum air. Eh..sory. Kang disqualified lak men pantun-pantun.

Tag kan 3 Orang. Kawan-kawan baru semua ne. Saya tag.....ehem..senarai teratas:

  1. Nurul Hamimi
  2. M Fizan
  3. Elle Elyssa
  4. Dan kepada semua blogger yang singgah. Jom Gegar blog Tuan punya Segmen yeah hehe.

: Tengkiu.Roger n out.

Tuesday, May 10, 2011

Bujang Tapi Anak Ramai..Agak-agak Macamana Tu?

Hampir tamat sesi praktikal sekolah SMK Tengku Idris Shah. Bujang tapi anak dah ramai. Cikgunya masih bujang, anak muridnya memang ramai kankankan hehe. Berbaki kurang dari 10 hari bekerja kat sekolah ne. Teringat waktu first datang dulu memang tak dapat dibayangkan. Macam-macam ada. Kelas terakhir 2E tadi sempat ambil gambar sikit. Minggu depan ada 2 kelas g yang bakal ditinggalkan. Gambar-gambar ini sahaja jadi kenangan nanti kelak. Simpan dalam blog la kan senang hehe...


Semua Hero...tak ada perempuan.

Budak-budak nakal. Tapi masih respek. Bulatkan mata, perati keliling...automatik diam hehe
Nampak tak pembaris panjang saya tu? Agak-agak untuk apa?

Tu la dia berakhir kisah saya dengan kelas 2E. Ada yang kene libas, ada yang kene cubit, ada yang kene sergah dan ada juga yang kene bagi kerja rumah bertimbun sebab tak siapkan kerja. Ikhlaskan sahaja kan hehe. Paling suka bila saya buat kuiz. Mak oi..berebut angkat tangan. Sebab saya tayang angpau hahaha. 

Pesan Tuan Pengetua 1st day masuk lapor diri "Sesiapa yang boleh kawal kelas di sekolah ini..dia layak menjadi seorang guru". Amacam. Boleh bayang tak maksud tuan pengetua kitorang yang cool tu? Alhamdulillah, saya berjaya rapatkn jurang dengan murid hasil bimbingan cikgu-cikgu disini yang sporting tahap gaban lah...


: Tersenyum simpul melihat karenah murid..agaknya aku pon mcm tu dulu kot hihihi

Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru

Jom reramai ikut segmen dari ar-rifke.com. Traffic memang banyak dari blog dia. Dan banyak kali juga membaca secara silent kat blog/website ne. Tengkiu bro atas tips yang diberikan. Macam biasa nak ikut segmen orang lain kena ikut syarat-syaratnya. Tujuannya nak bantu blogger baru.

1st, kena cerita fasal berapa lama dah blogging. Tengok tarikh post pertama saya, waktu itulah blog ini ter muncul [hehe] dalam alam maya. Tapi aktifnya mula pertengahan tahun 2010. Ala, tengok je kat entri terbanyak dalam sebulan. Tu la dia hehe..

2nd, Kenapa suka blogging?. Nak jawab jujur ke tipu-tipu ne hehe. Sebenarnya, blog baik dalam dua cara. Pertama, kita kena membaca dahulu sebelum menulis. Maksudnya, segala ilmu tu kita yang baca/dapat. Yang kedua, sebagai tempat untuk berlatih menulis [boleh terima x alasan tu?], dan melontarkan idea yang kita ada. Sharing is caring...kankan..

Blog Mengenai Apa?. Personal dan Profesional.

Harapan?. Tak perlu jadi superstar blog, ataupun Orang Kaya Baru Blog. Cukuplah kita puas hati dengan apa yang kita buat..btol x? Nak tambah kenalan dan ilmu melalui alam maya...tepuk dada tanya selera. Jangan caci maki dalam alam maya sudah. Tak elok tau hehe..

Tertarik? Menarik? Nak Ikut Serta?..Klik Sini Ok:)

 Saya hadiahkan buah ini kepada Bro ar-rifke dan Pembaca..cukup x?


Sunday, May 8, 2011

Kerana Taat Setia Seorang Lelaki Pada Ibunya

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

Yusuf Islam: Your Mother song

Sedangkan darjat Ibu tinggi disisi-Nya
Hargai ketika masih ada
Doakan yang telah pergi
Amin.

Saturday, May 7, 2011

Umur-Umur Kahwin???

Kahwin, kahwin, kahwin. Ada cikgu tanya tadi.. Dah kahwin blom?..Erk..Umur sekarang dalam 16 eheh..salah..Sekarang ialah masa berkahwin-kahwin bagi umur batch kitorang [haha ye ker?]. Ramai dah kahwin. Pompuan khususnya. Belum habis praktikal sebagai guru dah kahwin dah. Tanya-tanya khabar, alamak anak dah ada. Belum masuk lagi kes-kes tag gambar persandingan kat FB. Tup-tup kuar gambar berinai jari.

Terpulang lah pada pendirian masing-masing. Jangan "terkahwin" dah ler hehe. Tapi dah jadi macam trend sekarang. Kahwin dulu nikah kemudian. Korang musti faham punya la maksud tersiratnya. Kalau tak, check balik dah akil baligh belum haha..takde gurau je..tamo melucah lak...ehemm...

Capai impian dan cita-cita tu dulu. Ada cita yang boleh dicapai waktu bujang je. Ada juga cita yang dicapai waktu dah kahwin jer. Tepuk dompet tanya duit hihihi. Waktu bujang hanya sekali, waktu kahwin berkali-kali [pompuan..gurau je k hehe]

Adoi..penat....[ayat kesimpulan]..

: Kahwin?? Apa benda tu?

Friday, May 6, 2011

Kerang Terbaik Dunia

Ya, kerang terbaik di dunia ada di dapur kitorang sekarang hehe. Teringat waktu mula-mula sampai Kapar, seminggu straight makan kerang. Bertimbun kulit kerang terpaksa dibuang tiap-tiap petang. Tadi member pergi pasar pagi lagi membeli kerang. Tinggal 2 minggu lagi bertugas di SMKTIS, maka menghentam la kerang ne habis-habisan.

Yummy...Fresh..Resipi=api+air+halia+bawang=Fresh..
Harga=RM2 sekilo. Kadang jatuh p RM 1ringgit lebih je. Kalau kat tempat lain, jangan mimpi nak beli murah. Mencanak naik p RM7 keatas. Tu pun tak fresh dah. Yang ne rebus time hidup Ok. So, kepada rakyat Malaysia di luar sana, di sini ada kerang bertaraf dunia. Mai datang sini...

: Cepat-cepat tulis entri...nnti tebako plak kerang tu...

Wacana Pengenalan Bersama Bro Wacana






Di pagi Jumaat yang indah dan permai. Terbuka hati untuk menambah lagi kenalan blogger. Kali ini dari Bro Wacanaku yang selalu berada di top list blog kat dashboard. Tambah beliau, ini untuk membentuk gagasan yang kukuh antara penulis [blogger].

1st, syaratnya kena terangkan perihal blog. Greatzulfiqar nama blog ni. Kenapa bunyi macam masuk bakul angkat sendiri [haha]. Sebenarnya, itu hanya psikologi sahaja. Bayangkan sahaja jika bukan diri kita sendiri yang merasakan kita ne baik..dah tu siapa lagi kalau bukan bermula dari diri sendiri kan. Nak letak Badzulfiqar...ish..tamo hehe. Moral of the story, 1st hargai diri sendiri okeh..

Entri?..Nak kata ilmiah tak juga sebab kadang-kadang terjiwang ups..terselit juga tentang aktiviti yang kearah peribadi. Pendek kata bercampur gaul la blog ini. Tapi bersifat fikir dan tulis dengan segera. Macam Mee Magee. Keep It Fresh. Keep It Original [kecuali entri yang dinyatakan sumbernya]

Blog ini dihantui dengan mambang kuning. Di setiap akhir entri ada buah oren. Sebab suka warna oren. Yang sakit mata sila pakai spek warna hitam supaya warna tak menyerlah dan menyelamatkan mata anda.

: Sapa nak buah ne angkat tangan pusing2 [demam hantu kak Limah]...

Thursday, May 5, 2011

Blogger.FM?...Giler ke?

Dah hampir tamat waktu praktikal kat SMK Tengku Idris Shah Kapar Klang yang tercinta ini. Dah plan untuk buat benda lain. Dulu sebelum praktikal, ada buat radio online untuk kolej. Terfikir nak buat radio plak untuk blogger hehe. Sesuai tak. Tak pun Talk Show secara live. Hihihi...tapi internet kena laju..problem jugak tu. At least idea dah ada. Ada rezeki dapat la buat. Banyak host radio dan tv yang percuma diluar sana.

Nak buat antenna J-pole homemade untuk broadcast fm mode bagi radio local range dalam 5 kilometer persegi. Study2 kat youtube dah dapat dah tekniknya. Cuma masa tak ada. Dalam masa terdekat mungkin akan gerak buat. Testing mode..

Idea..idea..idea..jangan matikan....1st radio online: TamanYouFM, 2nd: KharFM..3rd..emm mybe bloggerFM???

: Idea Berkobar.......zzzzzzzz

Wednesday, May 4, 2011

Dengan Kuasa Blog Akan Menghukum Mu

Terbaca post member dekat FB mengenai kebebasan media di Malaysia.


"Malaysia jatuh ke tangga 143 - indeks kebebasan media... Malaysia menduduki tangga 143 daripda 196 negara yang disenaraikan sebagai negara yang mempunyai media masa yang bebas. Kajian ini dibuat oleh Freedom House"
 Nak lihat bukti kebebasan media Malaysia senang sahaja. Masuk ke blog-blog yang dianggap sebagai threat oleh sesetengah golongan. Ada yang kena block, ada yang kena hack, ada yang hilang terus. Youtube laman video yang paling popular dan kontrovesi dengan pendedahan-pendedahan berani, pun sama gak. Ada yang kena block dan hilang terus.

Ingat kata PM, blogger seharusnya berganding bahu dan beretika dalam penulisan. Pengalaman sendiri juga menyatakan bahawa pembaca lebih suka dengan blog yang bersifat berani dan terbuka...
Kebebasan media atau Mencegah implikasi negatif....renungkan okeh.
: Bebas sangat pun tak elok juga kankan....

Kalau Aku Ada Lima

Haha. Melalut malam-malam buta ne. Kalau aku ada 5 orang dalam dunia, pasti sahaja ada yang marah. Sebab setiap peluang saya akan gunakan sehabis mungkin. Nak jadi body builder [perasan], nak jadi artis [pun perasan juga], nak jadi komposer filem dan lagu [kes yang sama juga okeh], nak jadi cendekiawan, nak jadi astronaut, nak jadi suami yang baik....ops dah...hehe...

Btw, sewaktu menghilangkan penat lelah berjalan 3 kali transit bas untuk sampai ke Kapar, terstay berhenti sebentar kat stesen bas Klang. Snap gambar yang menarik...







Terus teringat anak-anak muda yang tewas dalam percaturan hidup. Bersyukur dapat melalui semuanya sehingga saat ini. Dah tu yang sebok nak bagi tengok gambar apesal..kankan...hmm..daripada gambar tulisan tak senonoh dan tak elok kat jalan-jalan Kuala Lumpur, baik g amik gambar comel ne. Kalau lalu di lorong kotaraya Kuala Lumpur, apala agaknya yang pelukis-pelukis jalanan tu usahakan..bersekolah ka...merempit ka...conteng-conteng dinding secara illegal...takde kerja lain dah ke...

: Edisi Bersamamu...insaf jap..syukur kepada tuhan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...