Sudi Jadi Teman?

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya 2011: Special Entry Subuh Ini

Salam.
Pagi ini mesti semua sedang sibuk bersiap untuk menyambut raya. Saya pula sedang sibuk menaip buat entri ini. So, direct to da point, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang sedang membaca entri ini. Maaf zahir batin yer..kot-kot ada penulisan yang mengganggu pembaca sepanjang keterlibatan saya dalam blog aka penulisan internet.

Syukur Alhamdulillah, tinggal sejam g akan menamatkan syif sebagai security Kolej Kediaman UPSI untuk sebelah malam. Siang nanti ketika semua orang meraikan hari raya, mungkin saya sedang tidur merehatkan mata yang dah mengantuk sekarang ini. Syukur, semua ini akan menjadi ilmu dan guru yang sangat bermakna dalam mengajar erti hidup di tempat orang [sedey gitu

Laptop, Kopi Kapal Api dan blog sebagai teman...extra cap bagus hehe

syif bermula di malam raya..orang bertakbir..aku meronda hehe

cuba teka ini gelas ke berape ne?
Takbir dari corong radio tepi laptop tak berhenti-henti takbir sejak awal malam semalam sehingga sekarang ini. Akhir kata, Happy Raya Day 2011 kepada semua umat Islam di Malaysia. Raya tu raya juga, jangan lupa ada orang yang tak mampu pun nak sambut raya. Bukan saya, nuu kat negara afrika tu ada yang berpuasa berbulan tanpa raya...syukur kan kita di Malaysia masih mampu berbelanja lebih hari ini..

Itu sahaja, mata dah berpasir.....layan lagu DJ Dave sat...hmmm

satu hari di hari raya...aku menangis tanda gembira..lalala...

Monday, August 29, 2011

Cities XL 2011 Updated Gameplay

Emm...sapa-sapa tak tengok g cerita sebelum ne..Tengok kat entri sebelum ini ya. Ini update game yang saya sebok main sekarang hehe...meh tengok screenshot sahaja ok...

Hohoho....dah pasang Electricity sendiri..

Perumahan biasa...pekerja kelas bawah...medium density..

View dari rooftop

View dari bukit yang terdekat....

View jam 6.00 petang

View Jam 8 malam..

Population 37k, pengangguran<2%, City clean income around 21k, Traffic dense...macam-macam lagi la hehehe..

Itu sahaja...babai...

~gamers mode activated~

Sunday, August 28, 2011

Game Peneman Raya: 4 Jam Gameplay+Tutorial

Haha..untuk 1st time cerita tentang game. Ada download game untuk bekalan sebagai Pak Guard di malam raya nanti. Dah ler dapat syif malam. Dah testing main game tu. Best...Cities XL 2011 namanya. Sebelum ne dah pernah main Sim City 4, tapi agak "kureng" la...Aaa sapa2 amik bidang geografi penduduk or geografi bandar...meh main game ne.. Boleh apply la teori korang kat sini...Yang amik ekonomi pun boleh test power korang punya teori haha....

Bawah ne Trailer...dari youtube ea..


Setelah belajar tutorial dekat2 sejam juga...baru la tekan butang play...terkial-kial....in-game ada butang untuk amik gambar...Eh.. ne bukan macam dalam pesbuk tau...lagi complicated....hehe..tapi laaaaagi seronok main...sebab variable untuk ekonomi, social management dan blablabla[ bnyak g haha] sangat kompleks...

Dah...meh tengok bandar gua yang diberi nama..."Taman Langit" hahaha.....jejeeeeng...

Satelite View ok...Penempatan berpusat haha...

Antara Hotel Terawal...2nd class...3 bintang la kot..

Middle Class punyer Perumahan ne...

Ne jalan slalu jammed woo...susah tol nak urus...

Postcard View....

Masih macam pekan g...populasi dalam 20k...
Haa...best kankankan...Tu baru 4 ke 5 jam main tau...boring2 sambung main la ne nanti...Dah..nanti kite update bandar ne yer haha....

Terhibur juga time raya walau sensorang nanti kankankan...

Friday, August 26, 2011

Sikap Sukar Kikis: Jangan Jadi Pak Turut Sahaja

Salam Jumaat...Readers and Bloggers..

Syawal tinggal 4 hari sahaja lagi huhu. Suasana raya makin terasa. Ramadhan pula semakin menjauh pergi. Persiapan amacam? Ne gembira syawal menjelang ke sedih ramadhan dah nak habis? Harapnya semua mendapat manfaat ramadhan kali ini la hendaknya kankan...

btw, bukan itu yang nak mention hari ini. Nak berkata tentang pak turut yang menjadi penyakit berjangkit. Bahkan di kalangan blogger. Apatah lagi blogger punya kuasa untuk menulis dan menyebarkan maklumat.

Nak je rasanya p bubuh komen bertanya tentang kesahihan maklumat yang disebarkan. Apatah lagi soal agama. Astaghfirullahalazim. Jumpa maklumat yang berdasarkan sebar-menyebar. Alaa..macam surat berantai gitu. Pastu kat ending dia.."SILA SEBARKAN JIKA ANDA SAYANGKAN AGAMA ANDA"....tertanggungkah dosa orang-orang yang anda sebarkan itu nanti? Sendiri pun tak pasti lagi dari dalil mana, hadis mana, surah mana yang menyatakan tentang sesuatu? Selepas itu bersungguh-sungguh pula dalam mempertahan dan menyebarkannya???

Bukan apa, sendiri pun kurang pengetahuan agama. Tapi, kalau kita sebar benda yang tak pasti..agak-agak membantu tak dalam kemajuan agama dan bangsa? Perbalahan sesama sendiri dan lebih teruk lagi melibatkan agama lain. Hanya kerana ada pihak meyakini perkara yang dia sendiri tak ketahui dan menyebarkan kepada orang lain...

Maaflah kalau entri ini mengganggu. Tapi hanya sekadar mengingatkan....Yang lain korang fikirkanlah sendiri..

Peringatan untuk diri sendiri juga...


Wednesday, August 24, 2011

Modal Raya Tersimple Di Dunia

Nak beraya? Ada di Perantauan? Tak ada Member? atau Nak beraya dengan cara paling simple/senang?. Mudah sahaja.Yaa..anda dengan modal RM 10..pergi ke kedai dan cari barang ini...




Cari lah lampu lip lap haha. Ader la jugak suasana rayanya walaupun dalam bilik sensorang. ish3...nasib baik ada member sorang jadi pakguard nnti raya ne. Bolehla nangis berjemaah dalam pondok guard tu hehe..

sedey ne semua balik cuti....

Tuesday, August 23, 2011

Forgiveness: Does not Change Past; Its Brighten Future

Kadang-kadang sukar,
Untuk meminta maaf
Salah besar,
Salah kecil,

Kadang-kadang
Ego menguasai emosi
Ego perempuan
Ego lelaki,

Kalau kita bersalah dengan Manusia,
Dosa itu tertanggung selagi tiada kemaafan

Manusia,
adik,
abang,
akak,
kawan,
housemate,
emak,
abah,
jiran..

sangat tertarik dengan iklan digi..jom nontonnya boleh ya..


~"Maaf" tidak ekslusif di hari tertentu sahaja~

Sky View UPSI

Cer citer..cer citer...tengok gambar je la. Jalan mesti amik gambar ish3....Gambar sewaktu berbuka puasa bersama Naib Canselor UPSI...

Menu?..not bad..syukur sy ada di Malaysia...kat Somalia nuu..ada yang starving to death..

Bangunan Canselori

Malim Sarjana

Sejuuk je nak dekat maghrib kan kan...
Habis Citer~

Dah alumni tp masih sebok kat UPSI hahaha...

Monday, August 22, 2011

Cerita ini Aku yang Tengok

Ramadhan semakin menjauh pergi, Syawal semakin tiba...ish3..napa aku sedey ne..

Alah bisa tegal biasa. Ne raya ke-5 tanpa menyambutnya.....:) [sesaje letak smiley]

Si baju hijau..sedang berjuang..di perbatasan, peluru tak bermata..isk3..

Saturday, August 20, 2011

Malam Ini Hujan Turun.......

Lama dah tak update blog. Asyik dengan kerja-kerja lain. Dah reda dah ikut segmen blogger. Tengkiu support blog ini hehe. Nak cerita apa juga ne. Blur tengah malam buta. Esok hari sabtu. Hujung minggu tanpa plan untuk membuat sebarang aktiviti. Ne yang buat saya nak balik kampung ne huhuhuhu [sedih sorang2]...

Layan lagu Datuk sheila Majid. Antara Anyer dan Jakarta. Suara power music retro. Pelajar-pelajar junior dah mula balik kampung. Tinggal student Sabah Sarawak g yang ada di Kolej nanti. Termasuklah gua yang bakal beraya sebagai sa-orang Pak Guard. Dulu kat asrama slalu kutuk pakgad. Tuhan nak buka mata saya jadi pakguard kot hehe. Syukur ada juga kerja sambilan walaupun waktu raya [bunyik sadis gitu kankan].

Saya ne menulis mesti nak bubuh gambar haha. Nak bubuh la walaupun takda kaitan dengan tajuk...

Dah lama tinggalkan beliau kt kampung...dah mati ke? Besar sudah ke? Masih hidup ke? Ntah...

sempat snap gambar di luar plaza lowyat..cantik..so bubuh la..

minggu lepas pes taim masuk pudu berbuka di aras 4. Dah macam LCCT airport dah..tapi lenggang..pesal eh?
Malam ini hujan kejap-kejap turun kejap-kejap berenti. Mak aih...nak suruh saya tido ke suruh saya main game sampai pagi ne ish3...nanti2 la sambung hehe...nak dengar lagu raya la malam ne..kut2 tenang hihi..

baalik kampoong..Oo.oo Baliik kampung: Sudirman:p

Saturday, August 13, 2011

Blogging Sambil Ber Dee Jay

Salam.

Akhirnya, setelah mencuba mencuba dan mencuba, akhirnya wujud juga blog yang di "embed" dengan stesen radio sendiri!!!. Ya, anda sebagai blogger dan dee jay dalam waktu yang sama. Menarik bukan.?

RadioBlog ini saya buat sebagai testing subject sahaja. Saya sasarkan penghuni pelajar di UPSI. Kolej kediaman   KHAR [Kolej Harun Aminurrashid]. Masih baru dan masih dalam fasa percubaan sebenarnya. Best, bole muatkan berita, radio, pengumuman, sebarang update mengenai kawasan anda dan boleh embedkan TV sendiri melalui livestream. Semuanya menggunakan sumber percuma!!!!...dan tak ada iklan nuffnang hihihihi...hanya suka-suka sahaja...

Meh. tengok Screenshot:


>>>Nak Masuk ke Laman blog ini Kat Sini<<<

So, bolehla wujudkan komuniti anda sendiri lepas ini. Kot-kot nak pilihanraya ke hehe. Boleh sebar dah propaganda tu.

Ok, itu sahaja. Babai:)

Nak seribu daya, taknak seribu dalih

Wednesday, August 10, 2011

JOM HEBOH BLOG BARU !!

Salam.
Meh ikut segmen Blog Bangku Kosong plak. Syarat wajib, follower kurang dari 500. Aaa..ini dia blognya [wahaha]. Memang kurang sangat-sangat [bunyik dhaif]. Dah tu, kene tampal gambar ne plak:

Patriotik bebeno..bulan kemerdekaan ek..

Mak aih, 2 segmen dah hari ini. Bila nak buat entri untuk enjin carian google ni hehehe. Nak buat radioblog jap. Anyway, terima kasih Bangku Kosong kerana peluang seperti ini. TQ.

~radio+blog=radioblog~

Jom tambahkan FOLLOWER

Hati tetiba join segmen. Banyak orang buat segmen tapi tak terdaya nak ikut. Kali ini paksakan diri ikut [bukan terpaksa ikut]. Kali ini dari Blog Mr. Aril. Beliau suh bubuh gambaq ne:


Pengisian adalah bebas haa...takde benda kot nak isik. Hari-hari aku isik dalam blog ne hehe. Takde, gurau je. Kang disqualified. Ya, kepada bloggers yang terbaca entri ini, jom join untuk kepentingan bersama gak. Wallaweh, tengkiu.


~erk..dh cukup syarat ke ne~

Orang Lain dapat Bonus, Engkau?

Hahaha. Nada protes. Tanam anggur macam saya op kos ler takde bonus. Hanya penjawat awam sahaja yang dapat. Napa tak bagi semua. Bank in kat tiap-tiap warganegara Malaysia [tak termasuk warganegara jadi-jadian yer]. Eheh, cakap fasal Bonus, meh tengok apa yang orang carik...


Dah, kemain lagi mencari bonus. Yang salah landing kat sini boleh check berita tu Kat Sini ea. Itu saja. Tengkiu hehe.

~bila la nak dapat bonus ne huhu~

Gaya Mutu Keunggulan: Ini Bukan Iklan Rokok


Bermain setting camera je hehe. Baru nak belajar huhuhu...

kantoi minyak wangi murah hahaha...

Monday, August 8, 2011

RM2 Bilion: Bonus Penjawat Awam Sempena Hari Raya


Kerajaan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya ini.
Golongan pesara juga akan dibayar RM500.
Pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan Ogos iaitu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri menambah, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan.
” Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” kata Najib.   
Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.


~Ada Orang Guling-guling baca artikel ini hehe~

Cinta Muka Buku: Najwa Latif In Da House

Pernah dengar nama Najwa Latif? Gadis yang berjaya tarik perhatian ramai di youtube. Berjalan-jalan lepas habiskan filem Senario Ops Pocot dari Radiogempak. Memula ntah macamana tersadai kat blog Cik Epal, baca-punya baca terjumpa plak blog Najwa Latif [waaa dia juga blogger:p]. Sebelum terjumpa blog dia, 4 jam sebelumnya memang layan lagu Cinta Muka Buku. Best melodi, sempoi je. Hilang tensen dengar lagu tu hehe. Serius weh hehe. Apa? x kenal?????

Cik Najwa..jangan marah naa..sy google image ne hihi..
Tu la dia orangnya. Suka tengok penampilan dia. Harapnya kekal macam tu. Jangan macammmm..eheh..takde2 gurau je..Highlightnya, saya cuma nak kongsi lagu beliau sahaja. Best juga layan dikala bosan. Lagu catchy sket [kat telinga saya la].


Meh layan lagu Cinta Muka Buku by Najwa Latif:)

~minum teh di pagi buta~

Sunday, August 7, 2011

Hidayah: Mencemburui Cinta Hakiki

Alhamdulillah. Dapat selesaikan puasa dengan Izin Nya hari ini. Bosan tak ada kerja, langsung mencari cerita untuk dibaca. Terjumpa artikel yang bercerita tentang hidayah Allah. Bila seorang manusia akan tinggalkan semuanya demi cinta hakiki. Artis Malaysia Shahir dikatakan bersara dari dunia seni kerana mahu bergiat dalam dakwah.

Ramai dah artis yang berubah. Dari penyanyi rock sehingga ke penyanyi dangdut. Bila tuhan campakkan hidayah, mereka langsung berubah dan meninggalkan amalam yang terdahulu walaupun ianya bidang glamour dan dipenuhi ruang untuk menjadi hartawan.



Kekuatan itu lah yang hendak dicari sebenarnya. Hidup secara sederhana dan bersyariat. Mencari jaminan di akhirat sana. Beruntung la mereka yang mendapat hidayah, kekuatan untuk mendekatkan diri kepada Pencipta. Beruntung sungguh hati mereka yang merasakan nikmat hubungannya dengan yang Esa. Teringat lirik lagu nasyid "Manusia akan sibuk dengan dirinya, sungguhpun dunia dalam genggamannya". Rasa kecintaan terhadap Allah...subhanallah [berdoa agar dikurnia].

Mari bersama mencari redha Nya. Semoga saya sendiri dapat perbaiki hubungan dengan tuhan. Insyaallah.

koreksi diri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...