Sudi Jadi Teman?

Saturday, December 17, 2011

Suasana Kampung

Masih lagi bercerita fasal kampung. Walaupun signal broadband hanya di tahap gprs [boleh bayang tak haha]..masih lagi boleh update blog. Tengok berita pon dalam henset sahaja. Langgan RSS feed. Nasib la tak besar sangat size...

Tadi p jenguk nenek. Ada kat kebun. Depan ada sawah. Then, ada budak-budak bergelumang dengan lumpur mengekori traktor membajak. Motif? Mencari Katak Batik dan belut..haha...teringat zaman bebudak dulu...ada snap gambar tapi tak sempat share..tak dapat share..camner nak share..gprs..aduss..ne pon dah terkial ne..

Hujan-hujan-hujan. Kesannya Makan-makan-makan n tido. Mode ular sawa...

Nak p pekan pun rasa sangat malas. Jauh, nek kereta dah 1 jam...kang duit pon guna lagi.

hmmm.....

Thursday, December 15, 2011

Cuti means Cuti

Masih menikmati suasana kampung yang terperosok di pantai barat utara Sabah ne. Belum habis buah mempelam saya cecah garam. Bunyi ayam, itik, katak, cengkerik,nyamuk dan bunyi-bunyi alien yang tak ada di kawasan membangun..

Oh jap, check coverage..*118# tekan dial...

Gprs [yes]
3G [No]
HSDPA [No]

Astaga....

Terjumpa aluminium paper, cari tudung periuk, lekat dengan buluh, pacak depan rumah. Malam-malam modem broadband kelip kelip mencari signal haha..

Emm..macamana nak upload gambar ne. Kot-kot ada yang nak tengok orang kampung pelihara "vavi" haha..gurau--gurau [btw memang ada zaman 90-an dulu...merata haha]...

Ehem..nantila test upload gambar yang dah dikecikkan. Entah boleh tidak line ciput tahap gaban ne upload. Sebelum signal hilang ditiup angin, maka saya publishkan entri ini. Sekian terima Kasih.


.......

Tuesday, December 13, 2011

Home Sweet Home: GPRS Connection

Alhamdulillah akhirnya sampai juga di rumah yang tercinta. Bertolak seawal jam 8 pagi dari Tanjung Malim dan sampai di rumah pada jam 10 malam memang memenatkan. Kalau diikutkan mau je rasanya ikut pintu suka hati doraemon kan senang. Dah ler lebih muatan kat LCCT tadi. Lebih 10 kilogram woo...

Test punyer test dapat juga internet connection tapi menggunakan sambungan tercanggih dunia. GPRS! yaa...mungkin kalau ada nasib yang lebih baik, angin akan membawakan talian edge ke laman rumah gitu haha

At least tak terputus hubungan dengan dunia maya. Woooiii aku masih di interneeeeeeeet gituuuuuuuu hehe..

Alamak, macamana nak upload gambar update ne guna GPRS. Tunggu berejam la jawabnya. Adoi..penat.

Hendak Online seribu daya hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...