Sudi Jadi Teman?

Saturday, January 28, 2012

Di Bumi Asing

Assalamuaikum

Sementara menunggu untuk sampai destinasi, sempat rasanya menulis sekerat dua perenggan kat blog ne...



Penat betul rasanya 2,3 hari ini. Ulang-alik dari Kota Belud ke daerah Pitas 4 hari ini sangat memenatkan. Alhamdulillah, rasa syukur juga bila dapat penempatan bertugas sebagai guru di SMK PITAS 2. Cuma,rumah yang diberikan tiada api dan air. Terpaksalah menempuh perjalanan sejauh hampir 130 km 4 hari ini...SESB dah selesai..sekarang urus air guna inisiatif sendiri..beli tangki 400gelen dan pam..



Isnin dah mula bertugas. Harap pelajar dapat terima kaedah yang saya gunakan nanti. No idea. So far pengetua yang cool dan penolong kanan n kerani banyak membantu..nasib baik laluan ke sekolah kira dah baik..kalau mcm member kat pulau sugut naik bot 2 jam amacam..bot seminggu sekali je sampai..



Nasib baik ada 3g. Tak perlu la saya matikan broadband ne. Kot-kot saya mau design web sekolah nanti..perlu internet juga kat rumah walaupun sekah ada wifi (dan mini gymnasium hehe)..kira dah ok walaupun sekolah masuk kawasan pedalaman sikit...berbeza suasana dengan sekolah dahulu di Kapar Klang yang terletak di pinggir pekan..



Ok lah...setakat itu sahaja la.penat dah asyik duduk lama2 ne hehe...chow and babai...
Published with Blogger-droid v1.6.5

Saturday, January 21, 2012

Blogger-droid On The Go

Hmmm..nak cuba microblogging lak..kot-kot tetiba terjumpa benda baik kan boleh terus goreng. Lebih-lebih lagi da musim dekat nak mengundi ne..tetiba terserempak dengan jemaah menteri haha..



Hmm...ada blogger dari pitas? Minggu depan insyaallah akan lapor diri di Pejabat Pelajaran Daerah Pitas. Zero..langsung tak pernah survey pun sebelum ne. Mungkin yang maha Esa mau saya buka mata lagi luas kot..



Ada artis meninggal dunia meh? Izwan Pilus? Check di internet tak sure g sebabnya tapi ada yang tulis fasal jangkitan paru-paru.. Wallahualam..kalau betul..sejenak sedekahkan Al-Fatihah buat arwah...




Lama dah tak blogwalking...lama-lama bersawang blog ne..ntah..mengarut ke kerjanya hari-hari kankankan hehe..



Ok..nak chaw..sehingga gua mengarut lagi..tata..
Published with Blogger-droid v1.6.5

Thursday, January 19, 2012

Kampung: Lumpur,Katak,Ular dan Belut

Hmm..lama tak menulis blog. Tetiba kampung dapat line HSDPA dari Celcom. Pelik bin Ajaib. Saya cuba On Off enset berulang kali..eheh..betul la dah ada talian internet [berukband]...Ish3..ne yang nak buat radio online ne semula..kot-kot radio kampung lak...hehehe..tak payah g bandar g cari talian...

Oh..merujuk kepada tajuk post diatas....aritu sempat amik gambar unik. Ekspresi zaman kegemilangan kanak-kanak di zaman 90-an gitu ..







Overall story: Misi mencari katak dan belut..kekadang jumpa ular....beginila kecik-kecik dulu....terasa nak p terjun tapi kang drebar traktor tu kata kurang siuman lak kalau dah tua-tua bangka p join bebudak tu hehe..

Masih terkejut dengan kehadiran internet sehingga tiada idea nak bubuh mende dalam blog. sebelum ne berlambak..adess....

......:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...