Musim cuti sekolah digunakan sepenuhnya oleh masyarakat kampung untuk mengadakan pesta kaamatan. Pada asalnya, tarikh bagi pesta kaamatan sebenar adalah pada 31 mei setiap tahun. Masyarakat dahulunya yang masih terikat dengan animism memuja semangat padi agar tanaman musim seterusnya lebih banyak. Konsep yang sama iuga digunakan untuk musim gawai untuk masyarakat iban di sarawak. Cumanya, pesta kaamatan ini diraikan oleh masyarakat kadazan-dusun di sabah.
So, sekarang ini rata-rata masyarakat sudah beragama Islam,Kristian dan sebagainya. Pesta kaamatan masa kini lebih kepada penerusan adat dan tradisi semata-mata tanpa melibatkan iktikad lain. Ada lagi seorang dua kot yang masih mengamalkan animism, tapi untuk berjumpa dengan orang seperti itu sangat sukar.
Jangan salah sangka, arak bukanlah simbolik bagi pesta ini. Secara dasarnya, agama melarang minuman arak. Tetapi, jika ada yang meminumnya dari kalangan umat kristian atau islam umpamanya. Itu atas dasar individu,bukannya atas dasar agama. Crystal clear right hehe.
Nanti-nanti update la gambar pesta. Ingat mahu buat vlog, tapi tak cukup kuota broadband. Macam-macam acara dibuat. Sukaneka persembahan dan sebagainya. Esok-esok dah nak kena print tiket bertuah pulak ne. Hadiah utama seperti basikal..kampung sebelah ada yang bagi handphone..siapa tak mauu weh hehe..
Nanti cuba cari acara yang bersifat tradisional untuk dipaparkan. Bukan mudah mahu melihat acara tradisional kaamatan lagi..so, update coming soon...