Sudi Jadi Teman?

Tuesday, May 21, 2013

Home » , , » Berkat Anak

Berkat Anak

Sering saya dengar, anak merupakan rezeki kepada keluarga. Adanya anak maka bertambah-tambahlah rezeki yang datang ke dalam keluarga seseorang. Ibu bapa mana yang tak gembira dikurniakan anak. Kecuali mereka yang suka membuang anak luar nikah. Saya kira tuhan telah mencabut sesuatu dari hati mereka sehingga tergamak dalam melakukan perbuatan seperti itu.

Saya teringat satu peristiwa dimana saya dimasukkan ke dalam wad kecemasan aka ICU (I see u..). Jam 5 pagi, seorang ibu muda membawa anaknya ke hospital. Sekali imbas saya tahu anak itu sudah tiada. Mulutnya hitam juga badannya. Doktor kata, anak itu telah meninggal hampir sejam atau lebih. Sayu hati melihat ibu muda itu meletakkan alat kejutan elektrik selama hampir sejam walaupun doktor sudah sahkan bahawa anaknya telah lama meninggal. Ibu itu berkeras anaknya sedang tidur.

Hidup seorang, tiada apa-apa. Hanya motor kapcai. Lalu berkahwin, rezeki terbuka lagi. Sudah ada kereta kancil. Anak bertambah lagi, kereta bertukar menjadi lebih besar sikit. Begitulah anak dan keluarga membawa rezeki dalam kehidupan. Mak yang selalu berpesan, anak membuka rezeki. Contohnya ada merata-rata.

Kadang kadang tidak perasan,bahawa jika kita seorang, belum tentu kita mendapat rezeki kereta umpamanya. Yang kita tahu kita berusaha untuk mendapatkan kereta. Bukankah niat berusaha itu punca kepada rezeki kereta. Siapa yang meletakkan niat berusaha ke dalam hati nurani kita sehingga mampu melepasi cabaran untuk memilikinya...Allahuakhbar..

Semoga tuhan kurniakan rezeki untuk kita semua. Amin.

Comments
0 Comments

0 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...