"Tok moh...apakah penyakit saya ini"
"Ooo..ini sakit buatan orang...dia tak jauh ne,kira saudara dekat juga ne. Rasanya kamu ada buat orang sakit hati sebelum ini?
Ini adalah senario biasa yang melanda jiwa masyarakat. Bila berdepan dengan situasi yang tidak diketahui, kita (masyarakat nusantara) selalu merujuk kepada kaedah alternatif- bomoh dan sebagainya. Bomoh atau yang sama waktu dengannya pula akan menjawab segala pertanyaan secara general-jawapan yang menduga pelbagai kemungkinan daripada pesakitnya.
Rasulullah s.a.w juga mengamalkan perubatan dan doa. Tetapi setakat yang saya ketahui, bahan yang digunakan boleh menyembuhkan penyakit dan doa kepada Allah s.w.t. contohnya madu, susu dan sebagainya. Berbeza dengan bomoh yang menggulingkan telur,air jampi (kecuali air bacaan doa-yaasin dsb. Bagi masyarakat Islam), bahkan ada kaedah yang tak masuk akal langsung pun ada.
Ini adalah situasi fobia. Fobia ini mendorong kepada perkara di luar logik akal pun boleh jadi. Masyarakat yang dari kecil sudah diasuh dengan kepercayaan karut menjadikan ianya sukar dikikis. Berbeza dengan kaedah barat, jarang istilah bomoh digunakan (walaupun adanya voodoo dari pengaruh afrika).
Saya tidak menolak wujudnya makhluk ghaib. Kerana itu juga menjadi dasar dalam keimanan Islam. Tetapi masyarakat harus bijak menilai. Dahulu bayi demam dikatakan disampuk syaitan, sekarang adanya panadol, nampaknya syaitan itu tak mampu melawan antibiotik lagaknya. See what I see there?
Seeloknya, bagi orang Islam, lebih baik minta doa daripada seorang ustaz yang kita tahu akan kekuatan syariatnya. Terzahir dari perbuatan amalannya dan pekertinya. Dengan harapan doa kita makbul. Jika air dibacakan doa sekalipun, hendak diingat bukan air itu menjadi penyebab, tetapi atas izin-Nya juga.
Wallahualam. Rujuk dengan pendapat ulama lebih baik. Banyak sumber dalam talian.