Mungkin,..teori yang paling hebat sepanjang zaman ialah teori evolusi Darwin. Entah, tak berapa ingat tajuk movie yang mengisahkan kehidupan encik darwin dan kemunculan darwinism yang dipeloporinya itu (creation?..the creation?..tak sure sangat dah).
Tetapi ramai di kalangan pemikir barat sudah lama menerima konsep ini. Daripada individu yang kurang terlibat dalam agama sehinggalah kepada orang yang kuat beragama. Sedikit sebanyak menerima, atau setidaknya bersetuju dengan sebahagian kecil daripada teori darwinism ini.
Mungkinkah ini adalah apa yang telah dikatakan sebagai fitnah besar-besaran yang berlaku di akhir zaman. Saya tidak menyatakan bahawa hanya agama Islam yang terlibat, bahlan agama yang lain juga. Ini kerana teori ini menolak sepenuhnya konsep ketuhanan yang menjadi tunjang kepada agama-agama utama dunia.
Masalahnya ialah, sains dan teknologi telah menjadi asas ilmu (khususnya dunia barat) dan ianya mengalami percanggahan yang banyak dalam serba serbi agama.
Syukur Alhamdulillah, dalam siaran astro oasis..Dr.Zakir dalam program dare to ask berkata..hampir 80 peratus daripada penemuan sains masa kini tidak bercanggah,bahkan membuktikan ayat Al-Quran. Baki selebihnya dalam kategori tidak salah dan tidak betul...tetapi sebagai muslim wajib meyakini segala yang tertulis itu benar.
Semoga kita semua terhindar daripada fitnah yang telah disebutkan dalam hadis hadis dan riwayat yang banyak..mohon perlindungan Allah s.w.t