Sudi Jadi Teman?

Thursday, May 16, 2013

Nature Of Thing

Mungkin,..teori yang paling hebat sepanjang zaman ialah teori evolusi Darwin. Entah, tak berapa ingat tajuk movie yang mengisahkan kehidupan encik darwin dan kemunculan darwinism yang dipeloporinya itu (creation?..the creation?..tak sure sangat dah).

Tetapi ramai di kalangan pemikir barat sudah lama menerima konsep ini. Daripada individu yang kurang terlibat dalam agama sehinggalah kepada orang yang kuat beragama. Sedikit sebanyak menerima, atau setidaknya bersetuju dengan sebahagian kecil daripada teori darwinism ini.

Mungkinkah ini adalah apa yang telah dikatakan sebagai fitnah besar-besaran yang berlaku di akhir zaman. Saya tidak menyatakan bahawa hanya agama Islam yang terlibat, bahlan agama yang lain juga. Ini kerana teori ini menolak sepenuhnya konsep ketuhanan yang menjadi tunjang kepada agama-agama utama dunia.

Masalahnya ialah, sains dan teknologi telah menjadi asas ilmu (khususnya dunia barat) dan ianya mengalami percanggahan yang banyak dalam serba serbi agama.

Syukur Alhamdulillah, dalam siaran astro oasis..Dr.Zakir dalam program dare to ask berkata..hampir 80 peratus daripada penemuan sains masa kini tidak bercanggah,bahkan membuktikan ayat Al-Quran. Baki selebihnya dalam kategori tidak salah dan tidak betul...tetapi sebagai muslim wajib meyakini segala yang tertulis itu benar.

Semoga kita semua terhindar daripada fitnah yang telah disebutkan dalam hadis hadis dan riwayat yang banyak..mohon perlindungan Allah s.w.t

Monday, April 22, 2013

Spot The Beauty

Well, 1st of all, jangan kuning. Ni gambar belalang okeh. Gambar entrance setelah lama tak update blog. Saja nak acah mereka yang ada menatang dslr haha...

Fyi, update dari phone. Nak cuba kot2 dapat update dlm hutan belantara. Test dulu update, kalau ok confirm update merata dunia. Kadang kadang jumpa alien dapat amik gambar tapi tidak dapat share.

Berkurun tidak update blog. Tah apa cerita dah member blog ne. Tu je la kot. Assalammualaikum:-P

Sunday, July 22, 2012

Rintihan Ramadhan

Tuhan...
Telah ku sering terdengar
tentang kebesaran Bulan Ramadhan
Didalam
alquran dan sabda junjungan
hanya aku yg sering melupakannya

Dibulan yg mulia ini
Laut penganmpunanMu tiada bertepi
Rahmat dan nikmatMu tiada terbilang
Syurga terbuka dengan seluasnya

Tuhan kusedari, kelemahan diri ini
Yang tidak istiqomah dalam beribadah
Ramadhan berlalu....ibadah pun berkurangan
Begitulah diriku yang sering kelalaian..
Semoga di Ramadhan kali ini..
Dapat ku perbaiki..kelemahan diri
Akan ku cuba mendidik nafsuku....
Agar subur kehambaanku terhadapMu

Lailatul Qadar akan menjelma
buat mereka yang menunggunya
Para malaikat merendahkan sayapnya
Meratakan rezeki untuk semua

Bimbinglah aku menuju jalanMu
Tingkatkan iman dan ketaqwaanku.....
Agar baktiku tetap padaMu
Biar pun Ramadhan telah berlalu

Rintihan Ramadan by Mawaddah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...