Sudi Jadi Teman?

Saturday, August 22, 2009

Life's Circle:The Worl Isn't Fair Enough Actually

Saya jejalan pg pasar malam kat Tanjong Malim tadi. Punyala sesak sebab ada bazar ramadhan kat jalan on de way ke pekan. sempat gunting rambut dan membeli belah kat pasaraya Grand Union. Tengah tunggu kawan keluar dari pasaraya, saya terjumpa dengan seekor kucing:). Ya, subjek post kali ini tentang kucing..ape?...leceh ke saya cerita tentang kucing huhu...baca sampai habis dulu..

Kasihan sungguh kucing tu, dah tak bertuan dan merayau-rayau di kawasan yang dia tak tahu. Live on its own. Kalau dilanggar kereta, orang sekadar campak mayatnya ke tepi. Dia mengiau meminta makanan, orang akan berkata "syuhhh!..pergi engkau kucing kurap!". Orang berselisih kadang-kadang ditepis, disepak, dikasari, dimaki hamun dan dipandang dengan pandangan yang hina, jijik dan mengotorkan orang.

Saya berfikir sejenak, apa salah makhluk ini sampai macam ini nasibnya. Saya selalu mendengar, tuan kucing membuang kucing di pasar, pekan, tempat pembuangan sampah, kawasan perumahan dan sebagainya. Aduh kasihan sungguh dengan kucing tadi. Saya hanya mampu melihat apabila kucing itu cepat-cepat beredar meninggalkan saya. Hmm..takut saya pukul agaknya...simple je pertemuan saya dengan kucing tadi. Tetapi cukup untuk membuatkan saya berfikir, saya bersyukur dengan kehidupan saya. Kat bawah ni gambar yang saya sempat rakam tadi:


saya cepat-cepat kearah tong sampah untuk tangkap gambar kucing ni. takut dia lari, so dapatla view dari belakang. kasihannya melihat dia menguis mencari makanan. saya teraba-raba mencari makanan tapi saya tak beli sebelumnya.

Si kucing segera beredar menyedari kehadiran saya di belakang. Sangat berwaspada melihat saya disitu. puas saya memenggilnya, agaknya pernah dikasari orang. sebab tu langsung tak mendekati saya.

Kucing menghilangkan diri menyelamatkan diri yang terancam. Yang tinggal hanya kesibukan manusia-manusia yang kadangkala tak sedar akan kewujudan makhluk kecil yang teraniaya...(huhuhu...)

Beberapa minit kemudian, saya beredar meninggalkan pasar malam menuju ke kolej kediaman. Dimanala agaknya kucing tu sekarang...tidur, makan, selamatka dia, hmmm..dahla kereta banyak tadi..tuhan sahaja yang tahu.

P/S-Save The Animal, Save The World.

Peace.

Thursday, August 20, 2009

Antara Video Yang Saya Belajar Edit Huhuu..

Salam, harini saya dah upload dah video yang saya belajar edit waktu cuti sem lepas. Tujuan post yang ni bertujuan ingin mencari member yang mempunyai minat yang sama, dapat juga tukar trick dan tips. Video kat bawah ni saya capture guna camera hp je. Tak dapat beli camcoder, effectnya pun tak seberapa. Tapi basicnya saya tahu, macamana mahu buat effect jumper, effect lightsaber, energy ball dan macam-macam lagilah (hehe temberang sket). So, kawan2..jom la sama2 belajar editing video ni..beeest...boleh guna dalam banyak sektor, pendidikan ke, business ke, ceramah ke, nak minta undi ke. Enjoy.:)~

***ni adik paling bongsu ni..susahnya nak buat dia act!***


Wednesday, August 19, 2009

Takutnya: Antara Sains Tabii dan Rekaan Minda


Masyarakat Malaysia umumnya mempunyai kepercayaan tersendiri. "HANTU", "SEMANGAT", "SANTAU" dan bermacam-macam lagi. Awak semua pasti pernah terdengar dai keluarga, rakan-rakan, dalam tv, atau juga dari pelbagai sumber-sumber yang menyatakan tentang hantu dan sebagainya.

Dalam masyarakat kami suku kaum dusun sangat mempercayai kewujudan semangat ini. Ada yang memuja pokok (ade lagi kat kampung saya), dan bermacam-macam lagi. Hari ini saya nak cerita tentang istilah "santau" @ guna-guna@kepandaian. Terdapat satu kes dimana kemaluan (sorry) seseorang itu melekat di dahinya, ada yang hilang tak nampak, dan macam2 lagi.

Saya mahu ajak kawan2 berfikir sekejap. cuba renungkan "Santau Malaysia hanya untuk orang Malaysia". Amacam, percaya tak anda?..mari saya buktikan:

  1. Mengikut catatan sejarah, residen jeneral British (Birch) pernah disantau oleh Maharaja Lela dalam komplot membunuh penjajah asing itu namun tak menjadi.
  2. Pelancong asing tidak kisah sangat tentang kewujdan santau (in case kalau dorang wat kajian)
  3. semua kejadian yang tidak dapat dijelaskan oleh unit perubatan serta merta akan dikaitkan dengan aktiviti buatan orang-hakikatnya, terdapat banyak penyakit baru yang belum dirungkai oleh sains.
  4. Kejadian pelik dan aneh juga dikaitkan dengan kewujudan roh2
  5. Sepanjang zaman, santau (juga dikenali sebagai voodo di barat) tidak pernah mencatat sebarang fakta kukuh
  6. pada zaman dahulu, kecacatan genetik pada kelahiran anak juga dikaitkan dengan bermacam benda
So, amacam kawan2. Memang makhluk seperti jin dan syaitan wujud, tetapi ianya bukan seperti dalam keadaan yang digambarkan oleh minda manusia yang tiada asas sains. Yang lainnya hanya tokok tambah dan imaginasi manusia apabila tidak dapat merungkai sesuatu perkara/kejadian/peristiwa.

Sudah tentu kita mesti percaya kepada benda ghaib, tetapi jangan sampai mencorakkan cara pemikiran kita ke tahap yang serius sehingga mempengaruhi cara hidup, keluarga, masyarakat, wang ringgit dan cara menilai serta membuat keputusan.

Hanya satu pandangan dari saya

jumpa lagi semua:)~


Tuesday, August 18, 2009

Serlahkan Kreativiti

Saya ada kawan, sekolah, kampus, di kampung, di internet selain kawan-kawan di sekitar saya. Antara banyak-banyak hobi mereka, saya lebih suka berkecimpung dalam proses mengedit gambar dan video. Alasannya mudah. Ianya cantik (hehe). Lagi-lagi pemandangan alam sekitar. Sebab tu amik kos geografi dalam pendidikan. Tambahan pula, tak ramai guru-guru yang mempunyai addedvalue. So, kemahiranlah sebenarnya yang membezakan individu. Bukan ape, saja nak kongsi gambar yang saya rasa menarik. Dah takde tempat nak bagi inteprem, kat blog pun boleh juga, manatahu ada yang suka tengok. Enjoy pic kat bawah:)~


Pic1-Time cuti sem, tak sengaja tergambar kucing ni..bila tengok 2 3 kali..cantik lak...dah edit2, siapla gambar c ungau (maksudnya kucing dalam bahasa dusun)

Pic2-Tengah syok2 gambar anak kucing tu, lalu la mak kucing...dengan pandangan bengis memandang kearahku...dengan bantuan photoshop dan touch up sikit...tadaa...Mak Kucing Yang Ganazz hehe

Pic3

Pic4

Amacam. Kedua-dua gambar diatas best kan. Gambar ni saya amik time kawan saya ni sedang menanam kelapa sawit beliau. Panas2 terik petang tu..ternampak rimbunan pokok renek..saya close up la camera hp..dengan bantuan photoshop..dah jadi best...

Saya pun tengah belajar edit video. Nak belajar effect, sound, compositing, 3d effect dengan software video editing. Kalau ada kengkawan yang teringin belajar atau nak kongsi tips sony vegas pro 8 or 9...gtau je..saya lagi suka belajar dengan korang..

nak tengok video yang saya berjaya edit..jangan risau, Klik sahaja DISINI:)~

Monday, August 17, 2009

My Tribal Root

Post kali ini saya nak cerita tentang "tribe"...Mytribe hehe. Ramai yang tak tahu or tak pernah tgk so saya terfikir nak postkan dalam ni. Cerita ni tentang adat resam orang pedalaman sabah, khususnya bangsa saya kot, kadazandusun. Waktu cuti sem lepas, saya berkesempatan p tengok cousin2 saya berkahwin-kahwin ni..dapatla tangkap gambar-gambar kahwin, nak bagi tengok korang costum kahwin Dusun dari suku Tindal..kat bawah ni gambarnya.

Cousin 1:Pure Costum Dusun wedding
Cousin 2:Mixed wedding Costum (Dusun+Iban)
Ni gambar kat hp kawan saya..time pesta kaamatan. Costum ni digunakan sewaktu "Unduk Ngadau" @ratu cantik dijalankan. Costum ni dah bercampuraduk dengan pakaian suku dusun yang lain..amatur sangat la gambar kawan saya ni hehe..

Sebenarnya saya lebih suka bercerita tentang adat resam yang pure ancient punya tribe. Tapi tak dapat lak gambar2nya. Nak bagi korang tengok yang asli punya tapi rasanya susah nak jumpa coz orang-orang lama dah takde lagi. yang ada hanya generasi baru yang dah berubah llifestyle nya. Nanti kalau dapat nanti saya bg tgk juga k.

Cya:)~

Thursday, August 13, 2009

Hutan Yang Hilang

Salam..
Sebelum ni saya ada postkan mengenai banjaran Crocker. Sebenarnya ada lagi sambungannya, banyak benda menarik berlaku dalam hutan tu. Dahla saya ni gemar dok dalam hutan, best:)..ntah wujud lagi ke tak benda ni 20 tahun akan datang. korang lagi suka kalau tengok gambar kot.

Gambar Sungai..ntah pe nama sungai tu tak tau..
ni baru sekor...banyak lagi keliling saya time ne..tak dapat amik semua gambar...
Ni macam kat Havannah woo..cuba tgk kabus tu...sejuk watu pagi..ni on de way masuk dalam hutan...

Tapi yang mengurangkan kadar ke "best" an waktu ialah saya dengan cousin je yang ikut. Yang lain sume orang tua yang bercadang nak tangkap ikan. So..tak dapat tumpu sangat la nak enjoy coz dah kami berdua je...kalau ramai dapat juga pakat ramai2 nak singgah man2, naik pokok ke, daki bukit ke, berkayak ke dalam hutan tu hehehe....

P/S= Kepada sapa2 yang nak tengok..jom ikut saya balik kampung hujung sem ni hehehe...rasa pacat melekat kat belakang badan hehe..

jumpa lagi:)~

Wednesday, July 29, 2009

Nibiru Planet: Propaganda atau Fakta

Mungkin ada yang pernah dengar dan saya percaya ramai yang belum pernah mendengar nama planet ini. semester 2 pengajian saya di U, saya mendapat tahu tentang berita ini melalui laman youtube. Waktu itu tengah search cheatcode untuk game, tapi saya jumpa benda lain. Pihak NASA dikatakan menyembunyikan fakta ini tetapi disembunyikan atas perlindungan daripada organisasi terbesar dunia (Illuminati tak silap saya), agar tidak mendedahkannya kepada umum. Sebabnya fakta-fakta (walaupun fakta ini masih saya ragui) yang ditunjukkan boleh membuatkan satu dunia ini panik dan tak terkawal. Antara yang saya maksudkan ialah:

  1. Planet Nibiru merupakan sistem solar yang lain dan tidak dinyatakan dalam peta sistem solar yang wujud
  2. Sistem solar sedia ada sekarang berada di ambang maut
  3. Perlanggaran sistem solar planet nibiru dengan sistem solar bima sakti (matahari dan 9 buah planet) iaitu sistem solar kita akan berlaku pada tarikh 12.12.2012
  4. perlanggaran ini juga dinyatakan dalam ramalan masyarakat Maya-masyarakat kuno pada tarikh sama
  5. Planet bumi merupakan benda pertama yang akan berlanggar
  6. Pernah dinyatakan dalam berita tempatan mengenai sikap sekumpulan orang barat yang mengumpul dan bersedia (seolah-olah bersedia terhadap sesuatu)
  7. Dikaitkan dengan perubahan pelik alam semesta (maksud saya kejadian gerhana, perubahan iklim dan kejadian yang berkait dengan alam)
  8. Pihak Nasa pernah menghantar roket berisi bom (dalam bentuk hidrogen dan helium) ke marikh untuk mempercepat proses perlangaran (seperti yang didakwa di kebanyakan video planet nibiru di youtube)
  9. Perlanggaran ini juga dikaitkan dengan pergerakan kegiatan kumpulan Freemason dan Illuminati
Berikut adalah contoh gambar yang saya maksudkan:

Persoalannya, betul ataupun tidak terpulang kepada kawan-kawan untuk menilai. kalau nak tahu dengan lebih lanjut, tanya pakcik google dan pasti ada banyak jawapan darinya. Lihat kat youtube untuk mendapat gambarannya. Saya hanya mahu membuka minda kengkawan semua. Jumpa lagi semuaaaa:)

Monday, July 27, 2009

Jom Kengkawan Renungkan "Future" Bumi Kita Ni..

Salam..nak gtau kengkawan satu benda yang menarik g hari ini. Waktu kat dewan kuliah Sejarah 1800-1900 jam 2-4 tadi, saya sempat meng "on" kan handset dan membaca berita. Selain terkejut dengan pemergian artis tanahair, Yasmin, saya sempat tengok berita kat kosmo. Tajuk dia mcm ni

"Kawasan ais hilang di laut Chukchi"

Wow!..boleh jadi sumber asigment ni hehe. Takla..apa yang saya nak kongsi ialah kita ni banyak benda yang sebenarnya kita tak tau pun!!!. Dalam berita tu ada menyatakan tentang pencairan ais. LEBIH SATU JUTA KILOMETER AIS CAIR PADA MUSIM PANAS 2007!!. Agak2 satu juta km tu berapa besarnya ya...Malaysia tak besar mana pun huhuhu. Sebelum tu cuba kengkawan tengok gambar kat bawah ni. Yang berwarna putih tu ais..n then hilang dah sekarang,...

(sumber: http://www.kosmo.com.my)
Malaysia ni kecik je...tak sampai sejuta km pun. Antara kesan-kesan benda ni nanti terhadap seluruh sistem kat bumi ni boleh dilihat di bawah:
  1. Pulau-pulau macam Singapura boleh hilang
  2. Ribut taufan (tempat yang ok pun boleh ada)
  3. Tsunami
  4. Perubahan pola iklim dunia
  5. Yang pasti sangat bahaya bagi kehidupan
Betapa hebat manusia ni membuat aktiviti yang boleh mengancam habitatnya sendiri. Agaknya berapa tahun lagi kita kat dunia yang ada sekarang sebelum musnah oleh kita sendiri. Bayangkan sahaja 8jutan tan karbon dioksida dibebaskan ke atmosfera setiap tahun. huhu...fakta yang menakutkan bukan. So..sama2 la kita sayangi alam sekitar ye...jumpa lagi awak semua:)

Kampung Saya Di Bawah Banjaran Crocker


sewaktu cuti semster lepas (sebulan lepas..agak2 la), saya balik ke kampung dan berkesempatan ikut keluarga pakcik saya ke banjaran CROCKER (bangga wei..). Naik turun bukit dalam 3km baru sampai kat sungai tu. Mereka bercadang nak tangkap ikan atau dalam bahasa Dusun "mingrapug". saya sendiri pun tak tau apa teknik tu. Apa yang paling best tentang journey ini ialah suasananya. Memang best+penat+lapar+excited.

Saya akan kongsikan pada awak semua apa yang saya jumpa kat hutan tebal tu, antaranya ialah:
  1. lipan sebesar ibu jari orang dewasa (ewww)
  2. Ikan sungai yang saya tak pernah tengok (ajaib weh)
  3. jenis2 flora yang baru
  4. Syampoo (akar kayu menjalar yang digunakan oleh makcik saya sbg syampoo-berbuih banyak)
  5. Buah Anggur (pakcik kata jangan makan, racun)
  6. Batu sungai yang tersangat la besar
  7. Nasib takde jumpa bunian...puteri bunian ke huhu
Dapat saya simpulkan bahawa ianya best. Ada ura-ura nak jadikan tempat pelancongan. Time dalam hutan tu saya tengok je dorang tangkap ikan. Saya tak pandai teknik dulu-dulu tu (hehehe). Cuba korang bayangkan dorang tangkap guna kain...dapat imagine tak?..Apa-apa pun, time makan sangat best. Saya hampir habiskan 3 pinggan nasi dan hampir2 melanyak orang lain punya nasi. Ada banyak lagi yang saya nak tulis ni tapi tak sempat..nak g discuss g ni kat kampus. See u next time, with other intersting event from me:)

Sunday, July 26, 2009

Hai Untuk Semua


salam:)...
sekarang jam 4.09 minit pagi..dan tetiba plak nak buat blog. punya leceh daftar itu ini baru dapat menulis kat blog ni. ok, sebelum tu biar saya jelaskan gambar kat sebelah ni dulu..aaaa...ni la saya...gambar time kuliah ni..takut disoal lecture..masih budak baru kat U masa ni..fuh..punya skema kan hehehe..

Boring melanda dan menyerang ni...otak pun blur dek tak tido g dari tadi...


Ok lah. Kepada kengkawan di luar sana, jom kita berkenal-kenalan. saya dah lost contact ngan member. dah 3 tahun kat U baru tergerak hati nak buat blog. Harap dapat scan dorang kat blogspot ni. Kepada bakal kawan-kawan baru, jom jadi teman baru saya. Banyak benda nak share ni....dan banyak benda saya tak tahu sebab tak concern dengan laman-laman macam blog ni. Anyway, salam sahabat dari saya:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...