Sudi Jadi Teman?

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Bulan Bertuah


Bulan ramadhan bulan bertuah
Bulan ibadah bulan mujahadah
Bulan rahmat bulan maghfiroh
Bulan Al-Qur'an dan lailatul qadar

Besarkan ramadhan dengan puasa
Diwaktu malamnya tambahkan ibadah
Bacalah Al-Qur'an banyakkanlah sedekah
Teraweh kerjakanlah walaupun sunnah



Pelihara mata jagalah telinga
Kawallah lidah dari yang sia-sia
Fikirkanlah yang mendatangkan faedah
Hubungkan hatimu dengan Allah

Zikir, shalawat, do'a panjatkan
Pahala ramadhan dilipat gandakan
Jangan lupakan jangan lalaikan
Ramadhan tiba setahun sekali

Bulan ramadhan bayarlah fitrah
Untuk membersihkan hati dan diri
Sebagai bantuan kepada yang susah
Agar mereka gembira di hari raya

Allahu ya Allah...
KepadaMu kami beriman
KarenaMu kami berpuasa
Di bulan ini bulan yang mulia

Kami mohon rahmatMu ya Allah...
KeampunanMu wahai Tuhan...

Banyakkan i'tikaf di sepuluh hari terakhir
Lailatul qadar berlaku di malam itu
Kita kan mendapat pahala yang besar
Seperti beribadah seribu bulan 

Lagu Nasyid Mawaddah: Ramadhan Bulan Bertuah

 
Ya Allah, campakkan lah rasa kehambaan ke dalam hatiku sepertimana Engkau letakkan dalam hati orang-orang yang soleh. Amin Ya Rabbal Alamin.

Friday, July 29, 2011

Bola Singapura: Taktik Murahan Paling Menjadi

Ada tengok Malaysia lawan Singapura? Keputusan 1-1 dengan agregat yang memihak Singapura. Harimau Malaya? Hilang belang..Betul ke? Corak perlawanan Ok? Puas hati tak..Adoih, banyak betul persoalan. Tapi sah-sah Malaysia dah tertutup pintu ke perlawanan seterusnya. Ok dah tu, kemajuan dah nampak. Cuma, taktikal Singapura semalam agak meng "hot" kan penyokong Malaysia. Best actor dan Best Director.

Agak-agak korang jadi Singaporean, boleh bangga ke menang semalam? Boleh jawab kan. Siapa lebih bangga semalam.? Penyokong Malaysia ke Singapore? Nampak tak banner "No Foreigner" tu...Kalau Singaporean tak sedar tu memang tak tahulah. Siapa injured banyak? Bangganya dengan kemenangan begitu kankankan hehehe...

Rasanya kita tahu siapa yang menang di hati peminat dan siapa yang menang secara murahan kan. Dah tu nak salahkan siapa. Datuk K. Rajagobal? Defend? Apek sah-sah jadi artis dah semalam. Ingat dorang tak main betul-betul ke? Sesaje lepaskan perut buncit tu depan tiang gol? Rasanya korang tau kan...

Pergerakan bijak Qui Li memang mudah bolos defend Harimau Malaya
Tahniah Malaysia. Tahniah Datuk K. Rajagobal. Tahniah Harimau Malaya. Tahniah Penyokong. Memang terbaiklah. Jangan putus asa. Belajar lagi. Bukankah Malaysia Boleh!!!!

**Woi..Laser siapa tu semalam....[psst boleh jadi sabotaj..boleh jadi pengkhianat sendiri..jagan tuduh sembarangan tau]**

perut qui li juga yang dibahas hahaha..ups..sory2 hehe

Thursday, July 28, 2011

Entri Khas Konvokesyen UPSI kali ke-13

Penat. Sangat Penat dalam waktu yang sama sangat gembira:)....Rasanya antara waktu yang paling bermakna buat saya sebagai seorang anak dan seorang pelajar. Alhamdulillah, dengan izinnya saya berjaya mendapatkan segulung Ijazah semalam. Disaksikan oleh kedua orang tua. Tiada siapa yang lebih saya ingat sewaktu melangkah menerima Ijazah. Saya berdoa semoga mereka berdua dapat melihat dengan jelas langkahku diatas pentas. Waktu itu adalah untuk mereka. Walaupun kejayaan ini sangat sedikit, namun dalam hati kecil ingin membuatkan mereka merasa terbalas penat lelah melayan karenah dan mendidikku sehingga ketika saya menulis entri ini. Syukur Alhamdulillah:)

Hati Mereka Yang Ingin Ku Jaga Selalu..Amin:)
Pakaikan Ayah Jubah..Semoga Ini dapat Hiburkan Hatinya:)...
Kehadiran Kakak dan Nenek Tercinta..Tengkiu Datang...
Cuba Teka Saya Fikir Tentang Apa heee...
Its Your Day Father..U R The One Deserve This...
My Great and Glorious Mom:)
My Super Big Bro...btw..he was really funny yo..
Jika ini kejayaan pertama..Insyaallah..seterusnya akan mensul..
This is all I Care about..
Alhamdulillah. Saat memeluk ayahku dan berkata terima kasih di telinganya sangat bermakna buat diri ini. Saat mencium tangan emak, renungan kesyukuran membuatkan ingin sahaja keluar air mata. Syukur atas segala limpah dan kurnia-Nya. Semoga saya terus diberi kesempatan untuk berbakti kepada keduanya.

Kepada keluarga yang tidak dapat hadir, ini juga kejayaan kamu semua. Tanpa keluarga mungkin saya tidak mampu mencapai semua ini. Kepada adik-adik yang terbaca entri ini, jadikanlah sebagai semangat untuk berjaya. We all Great:)...success start when u believe in yourself...

Sampai disini sahaja. Esok-esok buat entri lagi. Tak sempat buat entri bola. Tak sempat baca entri kawan-kawan lain. Diharapkan entri ini tidak mengganggu orang lain. Saja buat untuk tatapan di kemudian hari.

c u later k:)...muah [untuk ibu dan ayah saya ok hehe]

Tadah Tangan Penuh Kesyukuran..Alhamdulillah..

Wednesday, July 27, 2011

Kesyukuran Terhadap Nikmat Nya

Aku tersenyum gembira
bersyukur atas segala nikmatnya
walaupun banyak dosa
serta melanggar larangannya
masih punya kesempatan seperti ini

Melihat kedua orang tua
tidur
kepenatan agaknya
sayugia hati mengarang disisi keduanya

Esok bergraduasi
depan mata keduanya
Ini untuk penat lelah ayah
Ini untuk perit Ibu yang tak lelah menjaga

Syukur Alhamdulillah
Syukur Alhamdulillah
Syukur Alhamdulillah

...Tinta hati seorang anak...

Tuesday, July 26, 2011

Tips: Nota Exam untuk Peperiksaan Akhir

Kepada Adik-adik diluar sana yang sedang menghadapi peperiksaan akhir atau exam, tentu sekali perlukan Nota yang terbaik, kreatif dan berkesan. Tips nota exam ini memang dah lama praktik dan berjaya memberikan input yang lebih berkesan. Tak kiralah adik-adik mungkin menghadapi peperiksaan awal tahun, pertengahan or akhir atau PMR, SPM dan STPM. Tips ne memang saya turunkan dari pengalaman sendiri okeh?

Kepala serabut? Macamana nak hafal fakta ne? Isi penting ne dah bertimbun-timbun. Boleh ingat ke nanti. Fikir sampai nak pecah kepala woo...

Pernah hafal Nota sampai mcm ne???

Relax alright:). Ikuti langkah ini. Buat mengikut tertib boleh?
  1. G jumpa ayah dan emak. Direct minta restu exam korang
  2. G jumpa cikgu, Direct minta restu cikgu korang
  3. Usaha banyak-banyak. Tuhan kata nasib sesuatu kaum itu tak berubah selagi mereka tidak mengubahnya sendiri. Pastu baiki solat. Minta lah kepada Pencipta keputusan yang terbaik untuk diri.
Dah semua tu baru buat langkah ini. Cari benda ini okeh?---------Klik kat Sini>>

 Dah nampak dah? tu la dia buku ajaib yang membantu saya dalam alam persekolahan. Tulis semua fakta yang cikgu korang highlightkan. Kalau boleh buat dalam ayat sendiri. Pandai-pandai lah nak buat akronim ke, sinonim ke Liza Hanim ke eheheh...pendek kata. BUAT.

Langkah terakhir. Bawalah kemana sahaja. Letak dalam poket. Tak berat. Ringan je. Ada masa sikiiiiiiit je pun buka dan baca. Dulu saya bawa 5 buku tu untuk 5 subjek. Bayangkan boleh muat isi penting dalam 1 buku mikro tu. P memancing, p dating, p sawah, p kebun, p piknik, p skodeng. BAWALAH dan BACALAH. Insyaallah...percayalah Tuhan akan balas usaha kita dengan hasil yang setimpal. Yakin tu..

Ok, itu sahaja tips yang boleh dikongsikan. Nak maju nak mundur. Semua itu pilihan anda.


Aku buat tuisyen Online juga ne baru tahu hihihi

Monday, July 25, 2011

Permainan Online: Game Interaktif dan sosial di Internet

Permainan game secara Online yang bergenre Interaktif atau sosial memang banyak di Internet. Banyak juga jumpa game yang memang betul-betul free. Apa yang perlu dibuat, pemain hanya perlu mendownload game launcher. Game Sosial ini selalunya bersifat "explore". Maksudnya pemain akan bersosial dengan pemain lain dalam dunia maya. Best kan hehe. Dah cuba main beberapa game yang agak popular di internet. Lama-kelamaan bosan juga. mungkin dah umur meningkat, selera game tu dah hilang kut haha.

Di bawah ne adalah list game yang pernah penulis cuba. Semuanya seakan sama. Nak cuba, cuba tengok kat list di bawah ne ok.

  1. Imvu
  2. Secondlife
  3. Activeworld
Tu je la yang pernah dicuba. Memang best la. Kalau dah boring tahap cipan bleh la register dan download game launcher nya. Tapi kadang-kadang mengarut juga player dalam game-game tu. Sebab dah namanya game sosial interaktif. Boleh buat apa sahaja.

**boringnya dok overtime kat pejabat***

Dah tak ingat username dan password akaun game huhuhu..

Menjelang Puasa: Patung Model Dah Pakai Baju Raya

Baru balik dari Pasaraya Billion. Sambil mata berputar ligat mencari barang..terkejut melihat patung-patung pasaraya dah pakai baju raya. Puunya advance jualan. Tak pose lagi pun dah pakai baju raya. Entah murah ke tidak. Ada hajat nak beli baik beli sekarang sebelum harganya melonjak naik lebih tinggi kankan...

Malas lak nak snap gambar. Kang ditegur haha. Jatuh saham gua broo..Btw, lama sangat dah rasanya tak pakai baju raya. 5 tahun dah guhuhu.. Raya pertama g solat sunat, jamah sikit makanan dan blah. Siapala sangat saudara kat sini. Ada pun kawan-kawan kat kolej sahaja. Jenguk bilik sebelah, bagi salam..senyum sikit pastu sambung tido ke, main game ke...Sedara jauh nuu kat Ipoh..Malas nak g..

Minggu depan dah puasa, bazar-ayam golek-satay-air tebu-char kue teow-........best2:)

Puasa: Makan, minum, buat dosa, hati, nafsu, mata, telinga, solat, ibadah sunat...jom bersedia...

Suka Tak Semestinya Cinta

Aku Suka
Mungkin berbual dengannya
Mungkin berkawan dengannya
Mungkin bersama dengannya
Mungkin melihat matanya
Mungkin melihat tingkahnya
Mungkin melihat lucunya
Mungkin melihat diamnya
Mungkin melihat liriknya
Mungkin melihat Imannya
Mungkin mendengar Tawanya
Siapa dia
Boleh jadi siapa sahaja
yang Aku suka



Aku Cinta
Bila mengenal hati budinya
Mengenal Imannya
Mengenal perinya
Mengenal baiknya
Menerima buruknya
Menyelami hakikatnya

Beza dua kata
Aku Suka
Aku cinta

 Mencari cinta Hakiki dari Nya
Bagaimana Jika Allah Mencintai Kita?
"Aku mencintaimu kerana Imanmu..SubhanAllah"

Sunday, July 24, 2011

Epad: Tablet PC Murah. Alternatif Bagi Ipad

Pernah tengok Ipad? Best kan. Macam-macam boleh buat. Bagaimana dengan Epad atau Tablet PC yang berenjinkan Android? Hmm..macam pernah dengar kan. Epad atau Mid Tablet Pc seperti yang saya dah cari kat google merupakan alternatif murah bagi Ipad. Huhu sapa tak nak Ipad. Gadget terhebat tu sekarang wuwuwuuu...

Harga dalam talian lebih kurang RM400-500. Ada yang 7 inch skrin dan kalau tak silap saya ada yang 10 Inch. Tapi, memang tak setanding Ipad. Bateri hanya tahan 3-5 jam. Baik beli mini laptop. Tapi kalau ada yang nak bagi free boleh jer haha. Antara lain yang best tentang epad ne iaitu dilengkapi dengan wifi. Samsung Galaxy Tab siap leh guna sim card g. Epad ne xda function tu.



Dengar kata kalau nak surf sahaja ok ler. Tapi kalau dah tahap buka game racing2 tu ada yang kata crash. Terkensel nak beli. Baik beli HDD 1 tera kat pesta convo nanti lagi berbaloi-baloi. Sekilas pandang memang Epad ne best. Kalau ada duit nak bazir RM500, sila la membeli...

Detail dari Sumber Internet:

CPU ARM 9 platfrom, VIA WM8505, 533MHz Operating System Google Android 1.7 Memory 256M DDRII Storage Device 2GB Flash HDD(standard; optional up to 32GB) LCD Screen 7" Touch screen, 800*480 pixels LAN/WIFI 10/100M Ethernet Access,802.11b/g Camera 1.3 mega pixel camera Keyboard soft keyboard Touch Operation Full-size touch operation,sliding menus,icons USB Port 2 x USB port (via the external usb pot) Card Port SD CARD(512MB-8GB) Sound Effect Build-in stereo speaker,microphone Jacks MIC in & Headphone out Battery 2400mAH Working time 3hours(standby time 7 hours) Accessory AC adapter, user's manual, extrenal RJ45/USBpot,packing box Softwares Fring,QQ,MSN,Youtube,Google Map,Document to go,Multimedia Player,Email,Es File Explore,Application Store size size: 22.9x15.6x6.8cm weight 0.9KG

Sikit g nak terbeli. Fuh, tunggu gaji sendiri kuar..kilang Ipad tu saya beli..

Membuat New Page Apabila Klik Pada Link

Adoi..banyak betul benda baru belajar ne. Baru je buat testing tadi. Banyak betul dah terlepas. Bukannya duduk 24 jam belajar. Dah nak guna baru terkial-kial haha. Bagaimana untuk membuat tab baru atau "open new tab" apabila satu-satu link kita di klik?. Tu la dia betapa simplenya benda ne tapi susah sangat nak paham haha. Akhirnya jumpa kat web www.ciktom.com.

Antara faedahnya, pembaca tak perlu klik button back untuk kembali ke blog kita. Sebabnya link itu akan dibuka pada tab yang baru. Adess. Aku je yang tak buat dari dulu haha.

Selamat mencuba kepada yang tak tahu. Kalau tak faham juga meh gtau..kot-kot saya bolah bina ayat mudah untuk korang faham hehehe


riang-ria gumbira dari gym..adess

The Road Not Taken


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference. 

-Robert Frost-
Yes..Its significant to us..a choices..

Download Lagu Percuma: Laman Free Download

Saya selalu mendownload lagu. Masalahnya bila saya hendak mendownload lagu, susah untuk mencari website yang mudah untuk download. Paling tak pun mesti klik dua tiga kali untuk sampai ke download link yang akan memuat turun lagu yang hendak kita download. Bagi yang tak pernah sampai ke website ini, cubalah masuk ke sini. Memang mudah dan koleksi lagu memang banyak. Dari bahasa melayu ke bahasa alien semua ada haha..


Untuk Menuju ke laman ini, Klik Sahaja Disini:)

Ok, selamat menghabiskan lagu-lagu di web ini secara percuma. Download sampai habis broadband tu pun takpe. Tak ada yang marah. Insyaallah:)

Benda yang paling best adalah benda yang disertai perkataan "Free" haha

Aku Hamba

Aku selalu membuat dosa..

Sering melakukan kesalahan..

Sekalipun aku sudah pun mencuba

Untuk menolaknya wahai Tuhan

Dengan rahmat-Mu Engkau

ampunkanlah...

Seluruh dosa-dosaku

Jangan biarkan, aku terumbang-ambing

Dan tenggelam dengan dosa

Aku inikan hamba-Mu

Aku adalah boneka...

Yang engkau biarkan aku

Tanpa pimpinan, aku akan tersesat jalan

Kalau Engkau biarkan aku

Dengan dosa dan noda

Kalau Engkau tinggalkan aku

Dengan kesalahan

Segala yang kumiliki
Tiada erti apa-apa.

wahai tuhan yang membolak-balikkan hati
kuatkan lah hatiku agar keyakinanku tak berubah
aku aku sentiasa tabah
-Mawaddah-

Saturday, July 23, 2011

Pesta Durian Peringkat Negeri

Baru balik dari pesta durian. Penat. Sebelum tido [haha] buat entri sket. Masih kenyang durian ne. Dah berus gigi tapi masih bau durian ntah kat mana. Satu badan kot. Pesta Durian peringkat Negeri Perak tadi memang best. Ada Mr. Os jadi pengacara Perak.FM. Tapi sayang, sangat panas. Khemah pon kecik je. Tapi tak kisah sebab motif nak makan durian free sebanyak yang mungkin haha...nah amek gamba ne lagi best...

Hantu-Hantu Durian mai dari Tanjung Malim haha...




Kelihatan kelibat seorang blogger cikgu Hafizan mengopek durian dengan bersungguh-sungguh...


Baru sederet..ada g lori nak sampai...

Menganalisis perjalanan terdekat kearah longgok durian...

Contoh ketamakan 1

Contoh ketamakan 2 haha

Antara yang memeriahkan Majlis...Skim Pelajar Kolej Harun UPSI

Itu lah wakil-wakil kitorang dalam usaha melenyapkan durian sebanyak yang mungkin. Panas-panas gitu pon masih melantak durian. Satu tong sampah besar sisa kitorang buang tadi. Agak-agak bape bijik ar...Juga disertai bebudak dari UTP [universiti teknologi Petronas ek?]

ok..nak rest. petang karang nak tengok bola. Eh? jam bape ek? tak tahu apa-apa lagi..camna nak buat entri bola nanti..oh tidaaaaaaaaak....

apesal gumbira semacam ek..feeling-feeling ne huhu..jatuh cinta ngan durian?

Friday, July 22, 2011

Demam Bola Demam Durian

Musim durian sudah sampai yea2 hehe. Tak tahu kat kawasan lain, tapi kat Perak ne memang dah start aura bahang panas demam durian. Demam bola lagi memanaskan suasana. Tawar punya tawar boleh dapat durian harga RM20 dalam separuh harga. Esok team Malaysia lawan Singapore. Esok juga ada Pesta makan durian peringkat negeri hehe...nak demam mai datang sini...

Chelsea, Liverpool, Arsenal memang dah tewaskan Malaysia. Kalah memang kalah tapi peningkatan tu korang leh nilaikan. At least tak se gabra bila dijaringkan gol dari pihak lawan. Search utube jumpa dokumentary arwah Mokhtar Dahari @ Supermokh. Digeruni di Asia weh...tendang bola leh injured golkeeper tu...

Tunggu dan lihat esok. Demam durian pun takper tengok bola. Turun mesti turun. Korang tau tak penyokong berperanan dalam perlawanan...ke nak sarung jersi Singapore?..orang kita kan macam tu..sikit-sikit tabik orang luar..ups..dah hehe..

...Hantu Durian...

Nak Share..Erm..

Nak share gambar cicak bleh
hahaha


Lens Camera N95 8mp...
DSLR tunggu minggu depan

bubuh gambaq besaq-besaq:)

Thursday, July 21, 2011

Waa..Nak Balik Kampung

Tengok-tengok belek-belek gambar dalam HP
terlihat gambar rumah
teringat kat kampung
Nak buat sambal
nak makan pucuk ubi
nak duduk tepi beranda waktu hujan
2 tahun dah huhu....

Meow....:)
Mangsa curi telur...cik Angsa...
Pernah nampak ulat sagu?..Ne la makhluknya bila dah complete...ada kat belakang rumah..
Eheh..siapa nak baca ne?
rupanya aku sendiri huhu
Hujan Emas negeri Orang kankan..
hmm...baik tdo..

kroihkroih..zzzz...

Tuesday, July 19, 2011

Virus Facebook Berleluasa

Tengah bermain facebook
tiba-tiba keluar popup chat
Eheh..apa benda ne
pandai main spiking-spiking plak
mimpi ape mamat ne tetiba chat ngan gua

Dah 3 kali kluar..nasib tak dilayan
Hati-hati dengan popup ini
gatai tangan klik
memang jahanam la facebook
Ada benda pelik-pelik jangan layan
nanti akan merebak ke friendlist anda

sekian harap maklum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...