Sudi Jadi Teman?

Friday, December 31, 2010

Tahun Baru: 2011 Countdown

Akhirnya, ada juga ruang untuk menulis semula. Eh, hari ini 31/12/2010 kan?. Maknanya esok dah tahun baru, lembaran baru dan yang pasti kelaziman bagi semua orang ialah "azam baru". Jadi, apa azam baru anda? Malam ini pasti ada countdown bagi tahun 2011. Jangankan bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, ceruk-ceruk kampung pun akan ada golongan yang menyambut dan mengira countdown ke tahun baru 2011. 





Tak kira bagaimana persepsi anda terhadap sambutan countdown ini, apa yang diharapkan adalah usaha saling memahami antara satu sama lain. Tak gitu? Ada golongan yang sambut dan ada yang tidak menyambutnya. Perkara yang dielakkan adalah benda-benda buruk seperti aktiviti yang tidak berfaedah dan seumpamanya. Eh..eh..kata azam baru? Tapi kalau buat benda-benda tak senonoh apa keees?

: Malam ne makan bersama rakan sekerja...work as a family...Anda dimana malam ini?


Sinaran Laser Piala AFF

Masih terasa hangat kemenangan Malaysia dalam perlawanan bola baru-baru ini. Walaubagaimanapun, masih banyak yang perlu diperbaiki. Khususnya etika penonton. Laser-laser ne melambangkan kelas minda penonton Malaysia. Ya, kita kata tidak semua tetapi apa kata mereka yang berada di luar sana khususnya penyokong Indonesia. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Yang pasti bukan Ultraman yang bersalah hehe


Hehehe. Ya, lawak. Tapi harus kita fikirkan bahawa semangat penyokong Indonesia juga sama membara seperti Malaysia. Harus ada sikap saling menghormati antara keduanya.

: Semua orang cuti, kami tak cuti waaaaaa....:(

Tuesday, December 28, 2010

Jika Mereka Perhati Betul-Betul

Sedarlah, Buka mata
Bila Aku bagi engkau Ilham, Engkau juga Ilham bagiku

Sedarlah, Buka Hati
Tak Perlu menembak mengata sesama
Kita ini sama sahaja

Sedarlah, Buka Jiwa
Kita Saling bantu membantu
Walau bukan dengan kata

Sedarlah, Buka Minda
Tiada Tinggi Tiada rendah
Itu Tuhan punya Kuasa

Berfikirlah
Kerana lidi serumpun lebih utuh
berbanding yang satu sahaja

: You are my neighbour. Share the same world-Maher Zain.:)

Sunday, December 26, 2010

Syabas Malaysia: Jangan Pandang yang Elok Sahaja

Syabas Malaysia
Separuh kaki sudah melangkah
Merangkul gelaran menang bertuah

Sinaran laser masih mencela
tanda ada penyokong tak cukup mata
Masih guna akal kepala lututnya

Bayangkan jika hero kita pula ditembaknya
Apa pula laporan Akhbar dan berita?

Banyak cacat banyak cela
Jika Indonesia jaringnya pertama
jumlah 3-0 memang bertukar rupa
Hilang energi hilang percaturan
hilang strateginya

Bukan cukup mudah untuk berkata
ya mereka sudah meningkat permainannya

Apapun syabas dan tahniah
penyokong memang kenduri tak sudah
Coach senyum sampai ke telinga

Syabas dan Tahniah
Dari si kaki bangku
Harap pernyataan ini bermakna buatmu.


: Terhibur tak sudah....:)

Kenapa Saya Suka Oh! Media Network


 Terbaca Oh! Media dekat facebook. Ada contest yang melibatkan blog. Apalagi, jom kawan-kawan kita ramaikan pula Oh! Media punya contest. Manatahu rezeki ada dari Oh! Media plak. Apatah lagi blogger baru macam saya, selain berkongsi idea, kita bekerjasama pula dalam pelbagai aktiviti dalam dunia maya. Seperti biasa, akan ada perkara yang diperlukan untuk kita menjawabnya.


Dah kot. Oh! Media je tak perasan saya ikut hehehe...

2. 5 Point kenapa anda menggemari Oh! Media Fanpage di Facebook

Jawapan: Perhatikan betul-betul k
  • Berani
  • Versatil
  • Terkini
  • Bersahaja
  • Ringkas dan Padat
  • Dan yang utama, Oh! Media membiarkan pembaca yang tentukan kebenaran/kesahihan/kecondongan idea/ berbanding terus memberi kesimpulannya sendiri


3. Link ke Fanpage Facebook Oh! Media

4. Gambar yang menarik perhatian ialah:
Extra: Blogger Addict tersengih hehehe



: Sedar..jauh sekali dari Oh! Media huhu...xpa..chayok-chayok...

Oh Presma, Kusangka Hero Hindustan, Rupanya Penyokong Nike

Tuan-tuan dan puan-puan, abang-abang dan akak-akak, adik-adik sekalian. Ada baca akhbar tak? Kalau tak, meh baca kat sini k. Siapa Presma ne? Presma adalah Pengusaha Restoran Muslim Malaysia. Kalau masih lagi tak faham, bahasa pasarnya ialah kedai mamak. Ada baca entri fasal Kedai Mamak sebelum ne? Dari tadi tengahari nak tulis entri ne tapi tak ada masa. Sekarang baru dapat masa membebel fasal ne hehe.

Macamana dengan mamak supporter macam saya ne? macamana?? macamana??? hehehe. Apapun, kenaikan harga pada Presma pun sama seperti barang-barang yang lain. Alah, sebut la apa sekalipun. Mesti mereka cuba link kan kepada KENAIKAN HARGA MINYAK. Yeah, capital and bold cenggitu!

Muka Tak Setuju Sangat!!


Memang mulut muncung macam lintah la mereka yang guna alasan ne. Kalau gaji naik tak apa juga kankan. Setakat elaun RM500 tu nak buat apa [tak bersyukur betul pernyataan ini hehehe]. Tapi, kesan kenaikan harga minyak tu bukan sebulan dua btul tak? Kompem naik sampai next pilihan raya [ups terlepas]...

Bukan apa ya tuan-tuan dan puan-puan. Kita adalah pengguna dan kita juga mempunyai hak yang tersendiri. Saya masih menunggu gelombang dari kuasa pengguna ne meruntuhkan niat sesetengah pemberi perkhidmatan menaikkan harga sewenang-wenangnya.

: Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh....hidup pengguna yeah!!

Saturday, December 25, 2010

Realiti Si Ayah

UPSI kembali ceria
Semester baru sudah terasa
Freshie, junior  Sabah Sarawak pun sudah tiba,

Tersentuh melihat si ayah
Duduk temankan anaknya
Makan yang entah keberapa kalinya
untuk hari ini sahaja
 
 

Hatiku terdetik
Mesti sangat penat si Ayah
entah berapa wang sudah dikeluar belanja

Tampak ceria si anak
bajunya putih melepak
bersinar seperti tawanya

Tak seperti si ayah
Baju lusuh entah berapa lama tak bertukar rupa
Namun setia melayan karenah
menemani si anak hingga ke anak tangga
menara gading

Terkedu ku sebentar
Sungguh pun dulu saya kesini sendiri sahaja
namun dapat kubayangkan
penat lelah si ayah
jika aku di tempatnya

Semoga si Ayah dan si Anak mendapat apa yang dicita


: terserempak si anak dan si ayah waktu balik dari kolej tadi...**bahagiakan mereka..

Saya Blogger Sabah!

Blog Pilihan Malaysia telah mencadangkan pembahagian blogger ikut negeri. So senang la nanti nak kenal antara blogger mahupun pembaca di luar sana yang ingin tahu tentang seorang penulis blog. Tak lah mereka tertanya-tanya empunya badan.

Berikut merupakan Prasyarat yang telah ditetapkan oleh BPM:

Nama: Panggil Orange or Quezu White hehe..

Status: Scan jap...er..bujang hehe

Cara Hubungi: email/facebook: shadowpiqa@yahoo.com

Daerah: Kota Belud

Tempat Tinggal: Kg. Rosok

Apa Yang Menarik?;

Tamu Besar. Pernah dengar x?....Menarik memang sangat menarik. Ada lumba lembu, ada kraftangan, ada show, ada macam-macam. Tamu=pasar. Pendek kata ianya pasar yang diadakan secara besar-besaran setiap tahun.

"The best time to view Kota Belud's striking cultural potpourri is during the grand Tamu Besar. It is Sabah's biggest open-air market where farmers, fishermen and vendors offer their best produce and wares for sale to the public. The grand Tamu Besar is an annual event."

Inteprem gambaq hehe

image: sabah.net.my

Image: http://mastraveller.com


Nak tahu lebih lanjut tengok kat >>>sini<<<< 

Sebenarnya kaedah ini sangat bagus sebab kita boleh perkenalkan keunikan tempat masing-masing. Nak geledah tempat-tempat yang menarik di negeri-negeri lain lepas ne hehe. Ok, setakat disitu sahaja. Lepas ne nak sambung kerja balik. 

Sebelum tu, kawan-kawan lain yang nak join sila ke >>Link Ini<< 

: Pelajar Sabah Sarawak dah nak sampai di UPSI. Sekali dengan family, kena urus penginapan mereka....

Gym Life: Besi Pertama

Teringat lagi mula-mula main gym/besi. Punya semangat nak pergi beli di kedai. Sasaran pertama ialah Dumbell. Setelah beberapa minggu pergi main gym dekat campus, maka terbeli lah saya sebijik dumbell yang sangat berat bagi saya. Mestilah berat, pes taim kan. Beli punya main mahal [mahal sebab xd duit hehe]. Agak-agak dalam 30 ringgit macam tu. Saya membawa balik dumbell tersebut dengan azam yang sangat kuat. Selain buat push up dan sit up, bolehla main bicep,tricep guna dumbell tu. Nak tengok dumbell pertama-tama dalam arena menyihatkan badan?





Waaah..12lbs bersamaan dengan 6 kilogram hehehe. Dijadikan cerita sangatlah berat menatang ne sehinggakan lenguh-lenguh tangan. Padahal rep hanya 8x dengan jumlah 4 set. Pastu kompem dah tak larat. Bila tengok balik dumbell ajaib ne memang kelakar.

Jadi, kepada rakan-rakan di luar sana. Berminat, buatlah dari sekarang. Lagi awal lagi bagus tau. Jangankan saya, Sazali yang badan Hulkhogan tu pun mula dari dumbell kecik, dari bawah dulu. Jangan segan jangan silu. Untuk kesihatan juga tahu. Kalau ada orang tegur secara pedas, buat dunno jer. Bukan badan dia pun kankankan.

Apa salahnya bermain gym dan berblogging ye tak hehehe...

: Tahan Hati, Tahan Semangat!

Friday, December 24, 2010

Menang Sebelum Menang : Motivasi atau Satu Bebanan

Tahniah buat skuad kebangsaan Malaysia yang bakal berentap dengan skuad pilihan Indonesia yang bakal berlangsung sedikit masa lagi. Perlawanan bolasepak antara dua pasukan ini sememangnya sangat menarik dari semua segi. Apatah lagi dengan hubungan 'dingin' antara kedua wilayah nusantara ini membuatkan perlawanan ini juga diberi perhatian istimewa dari penyokong kedua pihak.

Sembang-sembang bersama rakan mengenai perlawanan ini menimbulkan satu persoalan "Menang Sebelum Menang". Lantas saya bertanya lebih lanjut apakah maksud pernyataan rakan-rakan saya tadi. Dapat kita perhatikan corak dan laporan media mengenai perlawanan tersebut antaranya:

Laporan Kosmo:





Laporan Metro:





Persoalan seterusnya timbul. apakah keadaan-keadaan seperti ini akan sedikit sebanyak memberikan kesan kepada motivasi kepada pemain dan penyokong atau menjadi satu bebanan kepada pemain dan harapan yang menggunung di kalangan peminat bolasepak tempatan.

Bersama-sama kita nantikan perlawanan ini berlangsung dengan jayanya mengikut segala perancangan yang telah digariskan oleh banyak pihak. 

Chayok-chayok Malaysian:)

: Bersaing secara Sihat!

Jom Sertai Bloglist Siti Safiyyah

Rupanya ramai juga yang buat segmen-segmen yang pelbagai bentuk. Kali ini jumpa segmen untuk senarai bloglist lak. Sememangnya cara ini sangat familiar digunakan [mengikut pembacaan saya selama berblogging] selain beberapa lagi cara yang lain. Eh, ok apa kankan. Ini merupakan win-win situation btol x kawan-kawan? [x dgr bunyik orang sokong pun hehe].

Seperti biasa tuan punya blog akan mengenakan beberapa syarat tapi tak lah sesukar mana. Korang semua bleh ikut rasanya. Berikut merupakan soalan yang menjadi prasayarat untuk join segmen ini:

  1. Dari mana anda kenal blog Siti Safiyyah- Terbaca kat entry yang dikeluarkan oleh saudara Azman Roslan
  2. Apa yang best tentang blog Siti Safiyyah yang patut dikekalkan- Bahasa yang mudah dan bersahaja:)
  3. Apa yang paling tak best tentang blog Siti Safiyyah yang patut diperbaiki- warna latar dan tulisan [biar dua-dua jelas]
  4. Ucapan korang buat tuan punye blog Siti Safiyyah- Salam perkenalan dari saya. Tq bagi peluang ya.


: Bekerjasama dan sentiasa mencuba.....Kawan2 lain nak join..klik kat >>SINI<<

Info Bina Badan: Berita Gembira Yang Sepatutnya Aku Tak Risau

Serius nak buat badan muda-muda ne, sementara blom berkahwin-kahwin hehe. Jadi perkara yang menjadi perhatian adalah berat badan!!. Bila orang menurun, secara overallnya semua orang akan gembira. Lagi-lagi pompuan [ops]. Tapi bagi saya penurunan itu sangat tidak best huaaaaaaa...sebab lari dari target. Musti ada target weh...Walaupun penurunan masih lagi tidak disahkan secara rasmi oleh alat penimbang, tapi apsal badan macam makin kecik je huhuhu....

Okeh, kepada mereka-mereka yang berada di luar sana, mari letakkan target sasaran badan lak. Malam ne nak cari blog yang bagi tips bidang ne plak. Dah la saya baru jer berjinak-jinak dengan besi ne. Susah juga tak ada rujukan nanti. Kang buat semberono jadi ahli sumo last-last. eeiii...tamo2...

Dah siap entri pendek ini. petang ne kena OT lagi nampaknya.......

: nofollow dofollow?.....she loves me, she loves me not, she loves me, she loves me not..she....

200 Blog!






: Join lagi hehehe....kita meriahkan segmen ini [klik pada tajuk untuk mengetahuinya]

Thursday, December 23, 2010

Segmen: Jom Berkenalan



Sibuk menulis waktu demam sampai lupa perhati tag dari kawan-kawan blogger yang lain. Bila check kat shoutmix rupanya ada tag dari DeQdeq. Baca punya baca, segmen ini asalnya dari blogger Luqman Hakim. Terima Kasih atas tag saudari DeQdeq dan salam perkenalan dari saya ea. Seperti segmen-segmen yang pernah saya join, segmen ini memerlukan saya untuk menjawab beberapa persoalan.

-Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)

Single, lambat g kot nak berkahwen-kahwen ne...cukupkan Ilmu di dada dulu

-Ceritakan tentang diri anda  (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)

Asal Sabah. Masih belajar lagi kat UPSI. Ambil major Geografi Minor Sejarah. Last sem. Pasne nak g praktikum kat Klang. Insyallah jadi cikgu dalam masa terdekat. 

-Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)..

 Blog ini merupakan pandangan, pengalaman, ilmu, dan komentar mengenai segala apa yang berlaku di sekitar saya. Ringkasnya, ini merupakan blog peribadi so kalau peribadi paham-paham la kan hehe. Pendapat kita tak semestinya sama. Uniknya manusia adalah pada perbezaan mereka. Tak macam tu?....

-Apa pandangan anda tentang dunia blog?

Blog ne macam internet. Ada baik ada buruk. Terpulang la nak yang mana satu. Anda menentukan siapa anda nak jadi apa sekalipun betul?...tapi berpada-pada la kan. Yang baik kita sebarkan, yang buruk kita hindarkan.

-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
Buat je jangan ragu. Jangan putus asa. Memang ada Edisi sindir-menyindir nasihat menasihati. Tapi, selagi itu merupakan penulisan ikhlas anda, tak ada yang perlu dirisaukan. Tulislah semahunya. Selamat berblogging k.

-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..

Seperti yang saya katakan, uniknya blog ialah pada pandangan mereka. Pandangan saya tak semestinya sama dengan yang lain. Di situlah terletaknya keunikan blog-blog di merata dunia ne hehe.

-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?

Sampai saya rasa dah smpai masanya [bila la tu?]. Akan sentiasa menulis kot. Cita-cita...erm...biar orang yang baca penulisan saya senyum dan bersikap sederhana dalam semua perkara.  

4 blogger yang anda harus lawat..ialah:

1-Sujana Kondorid
2-Fiffy_Saqura
3-Nad
4-Gamaan


: Siap juga:)

Hijab And Its Consequences

Video Describes Bet



Think...

Video Seks Ariel: Perlukah Aksi Peribadi Dirakam

Trend pasangan masakini adalah merakam segala aksi peribadi mereka dan disimpan dalam bentuk softcopy. Apatah lagi dengan kemudahan alat perakam yang ada pada pelbagai alat seperti telefon bimbit dan sebagainya. Tidak dinafikan semua individu akan ada alasan yang tersendiri mengapa rakaman tersebut bernilai bagi mereka. Itu hak masing-masing kan. Rakaman seks video Ariel Peterpan adalah contoh terbaik rakaman peribadi yang tiba-tiba jadi 'bualan hangat' seluruh media.

Apakah sebenarnya keperluan rakaman peribadi tersebut. Perkara ini patut difikirkan bagi pasangan yang mempunyai niat untuk merakam aksi peribadi mereka. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu mempunyai pengaruh seperti artis, orang kenamaan dan sebagainya. Soal keselamatan file peribadi perlu difikirkan kerana kebocoran maklumat bermaksud "keuntungan" bagi pihak yang lain.

Rumus Jatuhkan Diri Sendiri= Aksi+Rakam+ 'tersebar'= Ber tau buat.


Tak kira seberapa baik hubungan anda dengan orang di sekitar anda, harus dipertimbangkan bahawa terdapat percentage di mana orang tersebut akan menjatuhkan anda bila ada peluang untuknya melakukan perkara yang berada di luar dugaan anda. Ya, memang benar jika kita berkata kita harus berbaik sangka sesama tetapi bak kata orang 'rambut sama hitam hati lain-lain'.

Kesimpulannya, tepuk dada tanya iman. Sejauhmana kepentingan rakaman tersebut akan membawa bersama persoalan sejauhmana keselamatan file tersebut sebelum ianya jadi 'pisang panas'. Jika anda bukan artis sekalipun, mahukah rakaman peribadi anda di 'bluetooth' dari henset ke henset yang lain?



: Berani Rakam Berani Tanggung

Indonesia vs Malaysia: Bola Sebagai Sebab

Jarang-jarang kita lihat pertemuan antara Malaysia dan Indonesia melibatkan bola di peringkat akhir. Apatah lagi, hanya tinggal beberapa hari sahaja perlawanan antara dua pasukan tersebut berlangsung di Stadium Nasional. Saya bukan kaki bola. Tapi atas dasar rasa kerakyatan Kewarganegaraan sebagai Malaysian, saya menunggu perlawanan ini seperti Malaysia melawan vietnam dan pasukan lain dalam game kali ini.

Tertarik dengan petikan daripada Utusan Malaysia Online yang berbunyi:

''Berasaskan pengalaman pada enam tahun lalu ketika kedua-dua pasukan bertemu, pemisahan penyokong antara kedua-dua pasukan harus dilakukan."

 Timbul persoalan, Bila agaknya rasa was-was antara dua benua ini akan hilang. Bukan mahu katakan tugas kita blogger sebagai seorang yang berlagak baik tapi bukankah lebih baik jika ada peringatan sesama sendiri. 

Saya percaya ramai di luar sana yang inginkan kedamaian antara kedua negara berbanding pertelingkahan yang bakal membinasakan. Saya juga percaya bahawa perlawanan ini sangat menarik minat penyokong antara kedua pihak. Cuma, perkara yang diharapkan adalah kerjasama penyokong dan semangat persaingan secara sihat dikalangan pemain dan penyokong sendiri.

Tidak sabar menunggu perlawanan tersebut. Semoga Malaysia tidak menghampakan harapan penyokong bola tempatan yang semakin hilang.

: Bola Itu Bulat

Wednesday, December 22, 2010

Special Menu untuk Hari Ini

Penat Aku Penat
Boss pula potpet tak henti-henti bercakap

Penat Aku Penat
Over Time dah 4 minggu..Adeih tak larat

Penat Aku Penat
Kunci Punya Fasal Aku Terjerat

Penat Aku Penat
Nasib Baik Ada Karipap

Karipap Special Edition hehehe


Penat Aku Penat
Jam Dila siapa yang rembat

Penat Aku Penat
Birthday Aku Walter yang suap

Penat Aku Penat
Esok lagi ramai yang menginap

Penat Aku Penat
Entri baru Tiada Kelibat

Penat Aku Penat
Masalah Blok 2 tak siap-siap

Penat Aku Penat
Waka Eh Eh aku macam nak Lipat

Penat Aku Penat
Bersyukur sekarang Aku Rehat

: Sungguh ne...

Tuesday, December 21, 2010

Main Gym Dengan Hantu

Lama dah tak main gym ramai-ramai. Sebab tu tajuknya main gym dengan hantu. Sebab main sorang-sorang hehe. Nak main chest? sendiri la jawabnya. Agak-agak la berapa kilo nak angkat kalau sorang. Naya nanti tak dapat sangkut kat tempatnya. Kalau sebelum ne ramai-ramai main memang best. Dah cuti semester ne, UPSI macam bandar tinggal. Gym lagi la tak ada orang. Saya nak tunjuk satu bilik idaman saya suatu hari nanti. Terdapat satu slot dalam rumah saya bakal dihuni oleh adinda-adinda besiku seperti dibawah...

Ribu riban harga menatang ne. Tp xpa..tunggu kedatanganku hehe


Ada hantu kat kerusi tu tengah pumping bicep dia..nampak x?

Inilah Gym kat UPSI ne....bersyukurlah ada gym kankan hehe

: masih rasa penat guhuhuhu...

Tak Ada Blend Whey Protein, Goreng Pisang Ok Aper?

Sebelum pergi Gym. Buat entri pendek hehe. Dah lama tidak membeli whey. Guna telur, ikan dan blablabla protein yang sedia ada dalam makanan sehari-hari. Baru lepas kerja. Memang sangat penat dan sangat tekanan. Tapi syukur, semangat nak pergi bersenam membesarkan menyihatkan badan masih ada walaupun terpaksa bonceng motor lagi.

Blogging ne macam main gym juga kata sorang blogger yang tak asing lagi. Yang familiar mesti tahu kan. Tidak terus naik atas, pelan-pelan lagi berkesan. Tak payah amik steroid, ambil sahaja whey biasa. Lambat laun timbul juga muscle tu. Dulu 86 kilo, sekarang 68 kilo. Dulu ada banyak berlipat, sekarang dah hilang. syukur lah nak hehe.

Pisang ada protein tau. Pisang+goreng x pasti lak.


Dah pekena pisang plak sblm p gym. Antara tips otai gym tu. Pisang tanpa goreng la. pisang ne aku sambar kat tepi jalan on the way balik menulis entri ini hehe.

: jangan main gym perut kosong....

Monday, December 20, 2010

Kenanganku Sebagai Blogger


KENANGANKU SEBAGAI BLOGGER

1. Tarikh Lahir Blog Anda
 
26/7/2009- Masih baru dalam dunia blog:)
2. Punca Kelahiran Blog Anda

Boring. Takde benda nak dibuat. Idea kadang-kadang ada. Tapi tak tahu nak salur kat mana. So, nampak blog ne medium yang sangat sesuai sebarkan berkongsi idea, ilmu, pandangan dan pengalaman.

3. Orang Pertama Jadi Follower Anda

Jap saya tengok..mm ne dia..Fiffy Saqura. Adik angkat saya time sekolah menengah.

4. Entri Pertama Anda Sebagai Blogger

Entri pertama= Hai Untuk Semua [lawak pun ada bila tengok balik]

5. Blogger Pertama Yang Anda Jumpa


6. Blog Yang Anda Minat

Tiada yang sangat spesifik. Mana yang menarik, saya minat la tu hehe

7. Kenangan Manis

Bila saya harus membaca untuk mendapatkan maklumat. Maklumat kena sahih sumbernya.

8. Kenangan Pahit

Bila melihat kontrovesi antara bloger atau pembaca

9. Impian Terhadap Blog Anda

Part ne susah jawab ne hehe. Besar tu besar juga la. Motifnya nak buka mata pembaca luas-luas dengan perkara yang berlaku. Jangan tengok sebelah mata sahaja. Jadilah orang yang pandai tapis maklumat. Supaya pemikiran juga tidak skeptical [sempit]. Mudah-mudahan idea yang disampaikan boleh membuatkan pembaca bersikap bersederhana dalam semua keadaan.


: TQ Bro Ben...ada jugak idea nak buat entry hehehe....

Internet Sebagai Media

Internet Internet Internet
Kesan negatif positif dipandang bak sekelumit

Internet Internet Internet
Engkau bebas bertingkah seperti monyet
Meluah manis Ditelan pahit

Yang pakai penapis, syukur tak jadi senget
Yang bogel takda cover fuh..merengit

Ooo mak kau menjerit
Hati-hati katamu perit
terlajak kata ditariknya sungguh sulit

Ada Degree, ada PHD
menilai membaca berhati-hati

Yang pandai terima berkata...tengkiu beri saya sedar
selebihnya...akan berkata..Kurang Ajar...

***sebagai peringatan sahaja***


:  Pembaca dan penulis harus ada etika....

Join Gengblogger

Setelah sekian lama memerhati, akhirnya join juga gengblogger ne. Jenuh cari tutorial. Dahla tak tahu nak ping entry [dasar noob]. Tapi tak apa. Saya teruskan juga walaupun akan mengambil masa yang lama sikit. Biasala budak baru hehe. Selain orang lain baca entry saya, saya pun boleh baca entry orang lain yang berkenan dihatiku. Kot-kot ada idea bernas pula dijana oleh penulisan blogger-blogger yang bijaksana.

Gengblogger. Komuniti Blogger Anda. Itulah sedikit daripada intro dalam Gengblogger ini. Kita tengok dan lihat hasilnya. Berjayakah entriku menembusi pasaran blog? huhu...banyak lagi yang perlu dipelajari. Kayuh pelan-pelan naa...
 
Apapun, ikhlaskan hati berblogging..jangan kalut-kalut..


: Sila beri tunjuk ajar...

Nokia Apps Yang Best

Bagi pengguna Nokia, banyak benda yang boleh tanam kat enset korang tu. Saya nak bagitahu satu benda yang best dan selalu saya guna [masih ada kat enset saya] sekarang. Benda ne dah lama ada. Mungkin ada yang perasan ada yang belum guna. So, saya bagi tunjuk ea. Nama application tu ialah Nimbuzz. Nak tengok? ada kat bawah ne...





So, apa kelebihan beliau ne?... Kata developer nya. 
  • Be online available on the go
  • Chat with your friends
  • Start an online buddy call
  • Send text messages
  • Send Photo, Video and Files
Selalu guna kat pejabat time edisi memonteng. Sapa-sapa enset guna wifi, ini sangat baik untuk anda hehe. Nak tahu labih lanjut, sila jangan malu-malu ke website mereka>>>>http://www.nimbuzz.com/en/mobile/


:Psssssst........ Dalam opis, jangan lupa silentkan..kang boss perasan

Senyum: Selamat Pagi Malaysia

Selamat pagi Malaysia. Senyum:) Ingat lagu Malique ft Najwa dalam lagu mereka bertajuk Senyum. Entri fresh di Hari Isnin. Senyum la kat teman sepejabat tu. Stress memanjang?, rest sebentar dan senyum. Mesti hilang stress.

Yakiiin je dia senyum kankankan hehe


Dalam Islam, senyum itu sedekah. Senyumlah seikhlasnya. Dalam kajian saintifik, senyum itu ada banyak faedahnya. Tuhan tak cipta sia-sia. Antara kebaikannya adalah:

  • Membuat hubungan lebih ceria, segar dan ianya menggambarkan emosi positif
  • Menghindarkan sifat yang bersifat negatif-was-was/kritikan/emosi negatif
  • Mengurangkan Stress
  • Merupakan tindakan berjangkit. Senyumlah dan orang di sekitar anda akan senyum semula kepada anda
Jadi, tunggu apa lagi. Take time and smile. Tidak rugi untuk anda dan orang di sekitar anda.

Kekasih Gelapku

Pandang-pandang Jeling
kiri kanan ku berpaling

Isterimu Kulihat Menjeling
Girlfriendmu juga mengerling

Diam-diam ubi Berisi
Tiap malam tiap peluang kulihat Bertukar ganti

Jangan kata di Kuala Lumpur
Di kampung-kampung pun bertempur

Ha Ha Ha Esok pagi engkau bercerita padaku
Tak Sedar kah pasanganmu Selingkuh






: selamatkan aku dari mendapat pasangan seperti ini...Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...