Sudi Jadi Teman?

Sunday, July 22, 2012

Rintihan Ramadhan

Tuhan...
Telah ku sering terdengar
tentang kebesaran Bulan Ramadhan
Didalam
alquran dan sabda junjungan
hanya aku yg sering melupakannya

Dibulan yg mulia ini
Laut penganmpunanMu tiada bertepi
Rahmat dan nikmatMu tiada terbilang
Syurga terbuka dengan seluasnya

Tuhan kusedari, kelemahan diri ini
Yang tidak istiqomah dalam beribadah
Ramadhan berlalu....ibadah pun berkurangan
Begitulah diriku yang sering kelalaian..
Semoga di Ramadhan kali ini..
Dapat ku perbaiki..kelemahan diri
Akan ku cuba mendidik nafsuku....
Agar subur kehambaanku terhadapMu

Lailatul Qadar akan menjelma
buat mereka yang menunggunya
Para malaikat merendahkan sayapnya
Meratakan rezeki untuk semua

Bimbinglah aku menuju jalanMu
Tingkatkan iman dan ketaqwaanku.....
Agar baktiku tetap padaMu
Biar pun Ramadhan telah berlalu

Rintihan Ramadan by Mawaddah

Sunday, February 19, 2012

Cuit-Cuit Hati Romantik Lelaki

Well....[hehe]..
Jommm ushaaaa kata apek dalam filem hantu apa eh..tak ingat...usha gambar ne..


"A Little Thing Called Love"

Filem Thai ne sekali pandang macam tak beest je. Sekali dah tengok 15 minit pertama...dah tanak tutup pc dah hehe..ish ish ish...

Cerita fasal cerita cinta si heroin ne yang kaw-kaw. 3 tahun dia tarik perhatian lelaki ne. Pendek kata best la. Nanti saya hurai panjang-panjang karang ada yang muntah darah tengok tulisan jiwang dalam blog ne hehe. Saya rekemen you ol tengok ne. Jangan risau, tak ada censored pun. Sesuai untuk tontonan Umum. Tak ada adegan mata keranjang hehe...gurau..serius..ok je filem ne..

Semalam-semalam-semalam tengok berita. Ada komentar daripada ust Asri ke tak silap tentang Etika penulisan hukum hakam dalam agama. Jangan main sebar je. Ops..tak payah sentuh...walau ISA dah mansuh hehe..

Eh..berapa dah entri fasal cerita romantik ne...hehe...

:p

[buah limau hilang dah sebab tenet slow]

Tuesday, February 14, 2012

Teknologi Dolu-Dolu

Belek-belek...
Jumpa Teknologi awal...:P

Disket Yang Pertama saya guna...canggih tu..
Tempat cucuk disket kat pc pun dah dimansuh...

Part lawak bila saya tanya member dolu-dolu masa buta it kaw-kaw punya..
....errr...macamana awak masukkan gambar muka dalam disket tuh???....

Member tak tau nak jawab macamana...haha...bila ingat balik..aduh..sadisnya ketika itu...:p

Monday, February 13, 2012

Show Off-Kesan Khas Video

Waktu cuti-cuti tanam anggur selama beberapa bulan, sempat menggodek software After Effect. Ala..software untuk buat-buat kesan khas kat video tu..dapat la belajar teknik cikai..nak show off la ne kononnya...tapi gambo je la..tak larat nak upload kalau tenet sucks slow ne...

Video Action...tambah sound FX..cool dah..

Adegan letupan..bang bang boom...sapa nak tanam bom di kg sendiri silakan..tapi better buat FX je..masuk jail kang susah hehe

Mesti ada logo...kuikui..prasantan..

waca...jadi catwoman pasne...adik gua la..hehe

meh buat ju on..versi bahasa ibunda hehe
Kalau nak tengok yang dah upload pun ada juga..paham ke nanti..saya buat dalam bahasa kadazan dusun kehehe....

Saya budak baru belajar...jangan lupa lihat pada resolusi yang tinggi..upload yang kecil sahaja sebab lama nak upload nanti..sooo....enjoy hehe..

ok.babai.:)

Sunday, February 12, 2012

Who Want To Be My Valentine?

Ehmm...Sementara menunggu dan menghabiskan masa hujung minggu di hujung peta sabah ne, moleknya kiranya sementara internet masih ok saya mengarang blog...Facebook dah mula sibuk fasal valentine, twitter pun sat g mula la tu. Valentine itu, valentine ini, haram halal, boleh tak boleh, mengandung, buang anak..eheh..dah terlajak ne sorry..sorry..

[baru je google nak tahu bila tarikh valentine..14 Feb..Adesss hahaha]
Valentine Day or Hari Kekasih...Masih ingat lagi sambutan valentine waktu sekolah menengah...alaa..waktu cinta itu buatkan dunia bagai kita yang punya kankan...jangan main-main weh..cinta mati woo...kalau masih berhingus pun cantik dipandang kalau dah terkena ne..valentine muuuuuuuuuusti sambut....

****************************************************************

Ramai la yang sambut valentine..ada yang sambut sederhana ada yang sambut kaw-kaw. Yang bijak fikir, terlepaslah dari membinasakan diri sendiri. Yang terjerat, Confirm la valentine sampai tua dengan kekasih pujaan hati kan...best tu..hidup dengan pilihan hati juga [x termasuk kekasih yang hilang selepas valentine hehe]...:p

***********************************************************************************

Sampai Universiti. Wah, valentine lagi kaw-kaw. Definisi Aras tinggi!!!!. Valentine juga la...beli bunga, bawa p makan, camping dan macam-macam lagi. Ada yang sambut secara berhemah dan ada yang sambut secara hardcore mode. Ada yang dapat coklat, patung, kad ucapan..hmmmm [mata jadi mata watak anime-bersinar-sinar]

***********************************************************************************

Masuk alam pekerjaan, valentine??? menatang apa tuh?...Syukur tidak terjerat dengan penangan valentine waktu dulu-dulu. Persepsi yang berbeza terhadap valentine bila dah besar-besar ne...Tanggungjawab...besarnya sedang menunggu untuk diselesaikan:)...

Im Sorry...Already pick my partner for this Valentine...My Mom and My Dad...No valentine for me for the moment...Its Their valentine..not Mine...:) My valentine not remain just for one day..its a lifetime valentine...and the rest...Allah yang tentukan kankan...Insyaallah...




Wednesday, February 8, 2012

Cikgu Baru

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya dapat juga mengata menulis semula di blog ini. Ingatkan tak nak idup lagi blog ne hehe..susah weh sekolah pedalaman ne..dapat line edge sahaja..nak tal nak kene beli streamyx la kalau nak laju tahap gaban..

Al-kisah, mula la bertugas kat hujung peta sabah ne. SMK Pitas II. Taip je kat google. Dekat 200km kot dari rumah. Tapi hari jumaat mesti dapat balik punya la. Ada member dapat kat pulau..tapi elaun dapat P3 wooooooooooooo...[ gapo dio p3 tu?]..check kat SBPA hehe..

Macam-macam dugaan. Tak sampai seminggu dah kena sabar budak-budak gaduh..besar-besar plak badan tu. Macam kecut otot yang saya bina dari Gymnasium UPSI haha. Sabooo je la. Buat muka pro, tak gelabah dan slowtalk..ok ler budak tu..

Dapat pula rumah tak ada api tak ada air. Sabooo je la. Tuhan suruh saya berkomunikasi dengan ramai orang. Tu la hikmahnya. Pusing-pusing di PPD, SESB [sabah electric] dapat la api. Tu pun pasang sendiri fius. Memercik api waktu pasang fius. Syukur masih selamat :p

Air takdok plak! beli tangki 400 gelen. Dapat tingkat 3 pulak flat tu. Beli lagi pam electrik untuk tarik air tu naik atas. Nampakla hos canggih tu menjalar sampai tingkat tiga. Dugaaaaaaaaaaaaan..syukur sekarang boleh mandi dengan aman....

Haih, macam-macam ada. Macam cerita filem pun ada. Boleh pecah panggung kalau dibuat cerita filem ne hehe...

So, RPH dah setel...aman sedikit rasanya untuk malam ini. Dah mula suka dengan kelas. Feel susah nak cerita..jelasnya..aku suka sakat bebudak kelas yang diajar....dorang pon cooooool je...aku tanya semua leh jawab..walaupun sipi-sipi..ok la kan...tak sia-sia bercerita berjela....syok je hehe..

Tugas?..dah kena urus MSS Daerah lak. Kurang dari seminggu duduk. Terima je la kan...belajar itu ada macam-macam cara...

Jadi cikgu muda di sekolah..best..[ada part x best tapi tidak diceritakan disini haha]...overall best...best...dan best...

Dah ler..panjang pula entri ne sejak mengajar..mengada betoi haha..ok chow..

Yang Menjalankan Tugas
....................................
(          Sir Zulfiqar            )

Saturday, January 28, 2012

Di Bumi Asing

Assalamuaikum

Sementara menunggu untuk sampai destinasi, sempat rasanya menulis sekerat dua perenggan kat blog ne...



Penat betul rasanya 2,3 hari ini. Ulang-alik dari Kota Belud ke daerah Pitas 4 hari ini sangat memenatkan. Alhamdulillah, rasa syukur juga bila dapat penempatan bertugas sebagai guru di SMK PITAS 2. Cuma,rumah yang diberikan tiada api dan air. Terpaksalah menempuh perjalanan sejauh hampir 130 km 4 hari ini...SESB dah selesai..sekarang urus air guna inisiatif sendiri..beli tangki 400gelen dan pam..



Isnin dah mula bertugas. Harap pelajar dapat terima kaedah yang saya gunakan nanti. No idea. So far pengetua yang cool dan penolong kanan n kerani banyak membantu..nasib baik laluan ke sekolah kira dah baik..kalau mcm member kat pulau sugut naik bot 2 jam amacam..bot seminggu sekali je sampai..



Nasib baik ada 3g. Tak perlu la saya matikan broadband ne. Kot-kot saya mau design web sekolah nanti..perlu internet juga kat rumah walaupun sekah ada wifi (dan mini gymnasium hehe)..kira dah ok walaupun sekolah masuk kawasan pedalaman sikit...berbeza suasana dengan sekolah dahulu di Kapar Klang yang terletak di pinggir pekan..



Ok lah...setakat itu sahaja la.penat dah asyik duduk lama2 ne hehe...chow and babai...
Published with Blogger-droid v1.6.5

Saturday, January 21, 2012

Blogger-droid On The Go

Hmmm..nak cuba microblogging lak..kot-kot tetiba terjumpa benda baik kan boleh terus goreng. Lebih-lebih lagi da musim dekat nak mengundi ne..tetiba terserempak dengan jemaah menteri haha..



Hmm...ada blogger dari pitas? Minggu depan insyaallah akan lapor diri di Pejabat Pelajaran Daerah Pitas. Zero..langsung tak pernah survey pun sebelum ne. Mungkin yang maha Esa mau saya buka mata lagi luas kot..



Ada artis meninggal dunia meh? Izwan Pilus? Check di internet tak sure g sebabnya tapi ada yang tulis fasal jangkitan paru-paru.. Wallahualam..kalau betul..sejenak sedekahkan Al-Fatihah buat arwah...




Lama dah tak blogwalking...lama-lama bersawang blog ne..ntah..mengarut ke kerjanya hari-hari kankankan hehe..



Ok..nak chaw..sehingga gua mengarut lagi..tata..
Published with Blogger-droid v1.6.5

Thursday, January 19, 2012

Kampung: Lumpur,Katak,Ular dan Belut

Hmm..lama tak menulis blog. Tetiba kampung dapat line HSDPA dari Celcom. Pelik bin Ajaib. Saya cuba On Off enset berulang kali..eheh..betul la dah ada talian internet [berukband]...Ish3..ne yang nak buat radio online ne semula..kot-kot radio kampung lak...hehehe..tak payah g bandar g cari talian...

Oh..merujuk kepada tajuk post diatas....aritu sempat amik gambar unik. Ekspresi zaman kegemilangan kanak-kanak di zaman 90-an gitu ..







Overall story: Misi mencari katak dan belut..kekadang jumpa ular....beginila kecik-kecik dulu....terasa nak p terjun tapi kang drebar traktor tu kata kurang siuman lak kalau dah tua-tua bangka p join bebudak tu hehe..

Masih terkejut dengan kehadiran internet sehingga tiada idea nak bubuh mende dalam blog. sebelum ne berlambak..adess....

......:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...