Sudi Jadi Teman?

Sunday, November 17, 2013

A Mobile Blogger

Salam..sapu habuk..hish, bersepah dekat blog cabuk ne..

Mobile blogging...bukannya sekali dua..berkali kapi tapi tak jadik. Blogger app untuk android pun limited function. Jeles plak dengan wordpress punya app..belah hati mahu buat wordpress..leceh tapi macam nak jugak..

Nak tulis apa pun kering idea..yang lain mula merapu pasal mee magee, ayam dan binatang ternak..heh..

Tapi saya paham, sebab saya pun merapu juga..tak kisah orang layan ke tak..yang penting saya menulis..ada kepuasan di situ...blogger tegar yanh otai otai musti feel benda tu hehe..

Ok..mobile blogging from samsung tablet is on..

Cekidaut and babai..more story to told..a mystery to unfold..pe lagi ar..

Hmm

Monday, June 3, 2013

Anugerah

Snap spontan ketika menikmati coffee petang sesudah hujan petang semalam...

Bagaimana Untuk Menghargai

Duduk mendengar radio, menunggu lagu kegemaran untuk diputarkan. Terkenang zaman sekolah menengah. Saat radio menjadi menjadi tarikan sama seperti facebook,google dan sebagainya. Keadaan ditambah parah dengan undang-undang asrama yang melarang radio. Alasannya, takut menganggu proses belajar setiap jam 2 petang dan 8 malam.

Ketika itu, saya dan member membuat teknik bijak dengan membuka radio kecil dan melekatkan dengan bekas pensel besi. Wayar radio entah macamana, tak tahu dari mana idea sampai. Radio berfingsi dengan baik. Hanya wayar audio/earphone yang keluar. Waktu belajar petang atau malam, bekas pensel di depan, wayar audio masuk di baju, hujungnya keluar dekat leher baju terus ke telinga.

Lucu...

Pun begitu...radio lah yang menghiasi telinga sepanjang di asrama. Kecuali warden sampai. Tapi pelajar sudah tentu ada scout warden yang tersendiri. Bagi signal sikit, wayar radio masuk dalam bekas pensel. Confirm warden tak kuasa nak buka satu-satu bekas yang banyak atas meja.

Kita terkadang memang macam tu. Bila sesuatu perkara sudah sukar untuk diperoleh barulah kita memahami makna dan kepentingannya. Tak kira lah, benda ke..orang ke..memori ke..semuanya jadi mahal bila ianya sukar diperoleh atau sudah berlalu.

Wallahualam. Mari jadi insan bersyukur:-)

Sunday, June 2, 2013

Masa Berkualiti

Orang kata masa itu emas. Kalau masa itu dalam bentuk fizik, berjasad dan nyata. Pergh, confirm tak cukup masa ne dibahagikan manusia. Dengan saya sekali nak kumpul berjuta-juta hehe..

Waktu drive ke pekan tadi pun ada dee jay yang memperkatakan tentang soal masa. Dee jay itu sedang interview atlit sukan. Atlit tu kata, dasar bagi kecemerlangan ialah masa berkualiti di rumah. Eh, biar betul atlit ne. Dulu masa berkualiti untuk saya adalah tido sepanjang hari hehe...

Congak-congak dalam kereta untuk mentafsir maksud atlit sukan itu. Lalu saya simpulkan bahawa ianya melibatkan emosi dan jasmani. Sepatutnya di rumah kita mendapatkan kondisi emosi dan jasmani yang terbaik. Orang kata rumahku syurgaku.

Siapa yang mampu buatkan rumah dan isinya berada dalam keadaan terbaik. Kadang suasana rumah membuatkan stress. At least bukan rumah saya hehe. But look around....sample everywhere..

Anak lelaki stress dalam rumah...anak gadis stress dalam rumah. Sampai ke lambok ikut boyfriend...kat lambok tak stress agaknya..ntah...

Macamana mahu buatkan masa di rumah berkualiti. Its a teamwork. Macam main bola. Semua ahli patut memberikan yang terbaik. Saling mengingatkan antara satu sama lain.

Lastly,praise to the lord. Insha-Allah.

Saturday, June 1, 2013

Demam Pesta Kaamatan

Musim cuti sekolah digunakan sepenuhnya oleh masyarakat kampung untuk mengadakan pesta kaamatan. Pada asalnya, tarikh bagi pesta kaamatan sebenar adalah pada 31 mei setiap tahun. Masyarakat dahulunya yang masih terikat dengan animism memuja semangat padi agar tanaman musim seterusnya lebih banyak. Konsep yang sama iuga digunakan untuk musim gawai untuk masyarakat iban di sarawak. Cumanya, pesta kaamatan ini diraikan oleh masyarakat kadazan-dusun di sabah.

So, sekarang ini rata-rata masyarakat sudah beragama Islam,Kristian dan sebagainya. Pesta kaamatan masa kini lebih kepada penerusan adat dan tradisi semata-mata tanpa melibatkan iktikad lain. Ada lagi seorang dua kot yang masih mengamalkan animism, tapi untuk berjumpa dengan orang seperti itu sangat sukar.

Jangan salah sangka, arak bukanlah simbolik bagi pesta ini. Secara dasarnya, agama melarang minuman arak. Tetapi, jika ada yang meminumnya dari kalangan umat kristian atau islam umpamanya. Itu atas dasar individu,bukannya atas dasar agama. Crystal clear right hehe.

Nanti-nanti update la gambar pesta. Ingat mahu buat vlog, tapi tak cukup kuota broadband. Macam-macam acara dibuat. Sukaneka persembahan dan sebagainya. Esok-esok dah nak kena print tiket bertuah pulak ne. Hadiah utama seperti basikal..kampung sebelah ada yang bagi handphone..siapa tak mauu weh hehe..

Nanti cuba cari acara yang bersifat tradisional untuk dipaparkan. Bukan mudah mahu melihat acara tradisional kaamatan lagi..so, update coming soon...

Friday, May 31, 2013

Harus Aku Cinta Telemovie scenery

Akhirnya, penggambaran telemovie Harus Aku Cinta berakhir dengan jayanya. Orang baru macam saya ne banyak belajar daripada otai-otai dalam proses pembikinan filem. Saya hampir operate semua peralatan dengan baik. Lepas-lepas ini jika saya menubuhkan krew penerbitan sendiri, saya yakin saya mampu melakukannya.

Saya sertakan sedikit gambar preview untyuk telemovie ini. Walaupun banyak gambar interframe sendiri, tapi bolehla lihat lihat scenery kankankan hehehe...

Enjoy...

Wednesday, May 29, 2013

Harus Aku Cinta Telemovie

Pengalaman terlibat sebagai krew penerbitan sangat menyeronokkan. Walaupun agak sedikit kekok pada mulanya, akhirnya dapat iuga sesuaikan diri. Kena keluar daripada zon selesa juga kan hehe. Tinggal beberapa hari lagi untuk menamatkan jadual shooting, rasa seronok bersama krew sudah terasa. Dah kenal sikit-sikit kan...

Harus Aku cinta merupakan sebuah telemovie terbitan anak jati sabah. Penerbitnya Eden Potentialsdn bhd dan diterajui oleh Mr. Willie. Pengarahnya En. Simon Bukag. Cameramen Mr. Jimmy dan kitorang yang lain jadi krew lighting,soundman dan sebagainya.

Nantila update sinopsis cerita, layan dulu snapshot kan....

Tuesday, May 28, 2013

Talk To Me, I Am A Stranger

Talk to me
I am a stranger
Don't know each other
No secret, no worries, no wonder

Talk to me
I am a stranger
I am no danger
To your story, to your soul
Forever

Talk to me,
I am a stranger
Finish your story
Let go your burden

Talk to me
I am a stranger
Talk to me dear
Tommorow we may not see each other

Talk to me.

Monday, May 27, 2013

Lelaki Yang Baik

Biar ku tulis dalam bentuk cerpen..

Ketika ku melewati lorong pasar malam, seleraku dibuai dengan bauan yang lazat dan enak. Mata meliar mencari kuih kuih yang sememangnya sudah dibayangkan sebelum ku turun dari motosikal cabuk ku tadi. Fikiran menerawang bersama mata yang tidak henti-henti berputar. Ah..apa-apa la bentak suara dari dalam..nafsu agaknya. Kelaparan menyerang..

Seketika pandanganku terpaku melihat ibu tua duduk bersimpuh. Di hadapannya ada sayur,ada rokok. Agak tersisih dari deretan pasar malam. Agaknya tidak mahu disaingi oleh penjaja lain. Ibi tua hanya beralaskan tikar dan meja pendek. Lampu jalan kuning membuatkan aku hampir tidak dapat melihat wajahnya.

Entah apa yang ku terfikir, jam di tangan ku lihat jam 8 malam. Aku kasihan agaknya. Berapa untungnya, berapa ruginya. Sehingga sanggup bertahan sehingga lewat petang...

Yaa Rahman, Engkau jua yang memberi ketetapan rezeki..hatiku mendoakan kebaikan untuk sang ibu tua...

Lalu ku sibuk dengan murtabak dan kuih bulan untuk ku santap sebelum tidur. Hatiku masih terusik dengan keadaan ibu tua. Sewaktu melewatinya kembali, ada pemuda di sisinya. Duduk bersimpuh juga. Seperti tidak kisah akan debu di seluarnya. Agak lama juga aku sengaja tidak kengjidupkan enjin motor. Hanya untuk menduga peristiwa di depan mata...

Rupanya sang anak sedang menemani ibunya. Melayani cerita. Si ibu menasihat, si anak belasan tahun mengangguk. Syukur. Aku tahu, tuhan berikan yang terbaik kepada hambanya...

Lalu aku meneruskan kembali perjalananku yang masih jauh..

Sunday, May 26, 2013

Zon Selesa

<p>Orang selalu kata,kita hendaklah keluar dari zon selesa. Apa bendanya zon selesa ne. Keluar rumah berhari-hari tanpa balik dalam masa beberapa minggu? Keluar camping dalam hutan tebal? Atau bagaimana untuk keluar dari zon selesa? Mungkin perlu untuk berada dalam keadaan tidak selesa?</p>
<p><i>Get a life.</i></p>
<p><i>Feeling insecure</i>,bermain dengan risiko,bermain dengan kemungkinan dan meletakkan diri dalam risiko untung rugi. Itu lah zon luar selesa bagi diri ini. In fact, kalau kita ne spesis dok rumah gitu macam saya (haha),<i> please, get a life.</i> Cari sesuatu untuk diceritakan. Cari individu yang kita rasa gemuruh apabola berjumpa. Macam ketua-ketua elsekutif ke, tuan director ke..bukan awek je kan hehe</p>
<p>Update gambar yang saya upload dalam entri "aki nabalu". Gunakan software android...picsart..cari je dalam googleplay</u><br>
</p>

Saturday, May 25, 2013

Hunter Hunted

Kadang-kadang perlu buat aktiviti ekstrem. Memburu di hutan hujan khatulistiwa memang seronok. Belajar cara dan selok belok dalam hutan. Banyak pantang larangnya. Kadang-kadang geli hati kawan bagitahu itu ini. Sebab ada yang tak masuk dek akal pun terselit. Ada yang masih terikat dengan pengaruh animisme bawaan orang-orang lama.

Dalam hutan tebal nyamuknya tiada. Well, manatahu ada yang bercadang nak bawa Ridsect or racun nyamuk dalam hutan. Bawa buaian askar tu. Ada dijual di pasar malam pun. Paling best kalau ada khemah pasang siap kalau larat hehe.

Sempat snap gambar dalam hutan. Sarang burung yang kiut. Ada mak ada anaknya. Burung tak lari kalau snap waktu malam. Saya buat mod mikro kamera henset, hasilnya pun ok.

Friday, May 24, 2013

Promote Diri Sendiri

Almost fact. Ini bukan kisah blogger yang mahu promote blog atau website atau salesman yang promote barang atau aset jualan. Dalam dunia serba moden, keperluan untuk promote diri sendiri penting. Cuma,definisi promote diri sendiri tu terpulang la kan. Kalau baik,maka baiklah ia dan sebaliknya.

Dunia lakonan apabila kita terlibat secara langsung berkisar tentang promosi. Sama ada promosi kebolehan berlakon, setting props, directing and so on. Setiap individu pula akan cuba mempengaruhi antara satu dengan yang dirasakan ada advantage kepada dirinya atau kepada orang itu. Simbiosis or parasitism, masing-masing la pilih.

Kadang-kadang kelakar tengok gaya orang. Ada yang cool, ada yang desperate,ada yang membabi buta, ada yang sabar. Eh,bukan nak kata siapa-siapa, tapi hanya menyatakan secara general. Come on guys,look around you (and learn something from it).

Lastly,pick your lifestyle...:-D

Great Aki Mountain

Tengah join shooting telemovie, tiba-iba muncul monumen alam yang sungguh memukau. Muncul selepas hujan petang, disirami lembayung suria..eh.let the picture talk la kan...

Behold..The Great Kinabalu Mountain....

Sekerat Kudrat

Napoleon Hill: Think Rich Grow Rich

Kadang-kadang teruja mengikuti cerita yang hebat-hebat. Kalau anda tak pernah baca buku ini, buku ini adalah analisis tentang sikap dan pendirian spesifik orang ternama. Buku ini cuba memisahkan sifat dan pendirian orang biasa dan orang luar biasa dalam money making.

Saya juga sempat membaca biografi Bob Proctor (seorang millionaire), yang ada menyentuh tentang buku napoleon hill ini. Antara yang dikongsikan ialah teknik reminder yang beliau amalkan. Bermula sebagai seorang ahli bomba, kini menjadi multi-billionaire.

Kerja kerajaan sudah di set kepada 8 jam fixed. Dalam karya napoleon hill, seorang yang mampu menjana kewangan luar biasa tidak kisah dalam masa bekerja. Bahkan, bob proctor sendiri pernah bekerja selama berbelas jam dalam sehari. Untuk menjana kewangan kukuh, berapa jam yang sanggup kita luangkan alam sehari?

Lalu saya terfikir, apakah makna zuhud dalam era pasca moden. Adakah hanya dengan aura kemiskinan baru kita mencapai makna zuhud. Sebab dalam karya "think rich grow rich" menyatakan, mindset harus keluar daripada gambaran keadaan diri yang miskin,papa kedana dan keadaan serba tidak cukup. Ia juga menyatakan makna dan potensi syukur dalam menjana mindset yang selari dengan minda kewangan luar biasa (dan definisi syukurnya, my goodness..bacalah hehe)

Mari sama-sama amalkan mindset yang betul. Eh, saya bukan pro-western, tapi saya tidak menolak amalan kebaikan yang boleh diamalkan. Daripada kita pi amal ilmu pengasih, makan nasi putih 7 hari la hehe. Tak pun taksub dengan cerita yang karut ( tanpa nas), cerita tok guru boleh terbang la. Bukan tak ada, itu tasawwuf namanya. Tasawwuf ne pun banyak cabang yang kena berhati-hati. End of the story, beramal seolah kita mati esok hari, kejar dunia seperti kita hidup selamanya. Bukan madah biasa, itu riwayat ke hadis. Saya tak ingat sangat. Rujuk dengan ahli yang pakar. Babai.

Tuesday, May 21, 2013

Berkat Anak

Sering saya dengar, anak merupakan rezeki kepada keluarga. Adanya anak maka bertambah-tambahlah rezeki yang datang ke dalam keluarga seseorang. Ibu bapa mana yang tak gembira dikurniakan anak. Kecuali mereka yang suka membuang anak luar nikah. Saya kira tuhan telah mencabut sesuatu dari hati mereka sehingga tergamak dalam melakukan perbuatan seperti itu.

Saya teringat satu peristiwa dimana saya dimasukkan ke dalam wad kecemasan aka ICU (I see u..). Jam 5 pagi, seorang ibu muda membawa anaknya ke hospital. Sekali imbas saya tahu anak itu sudah tiada. Mulutnya hitam juga badannya. Doktor kata, anak itu telah meninggal hampir sejam atau lebih. Sayu hati melihat ibu muda itu meletakkan alat kejutan elektrik selama hampir sejam walaupun doktor sudah sahkan bahawa anaknya telah lama meninggal. Ibu itu berkeras anaknya sedang tidur.

Hidup seorang, tiada apa-apa. Hanya motor kapcai. Lalu berkahwin, rezeki terbuka lagi. Sudah ada kereta kancil. Anak bertambah lagi, kereta bertukar menjadi lebih besar sikit. Begitulah anak dan keluarga membawa rezeki dalam kehidupan. Mak yang selalu berpesan, anak membuka rezeki. Contohnya ada merata-rata.

Kadang kadang tidak perasan,bahawa jika kita seorang, belum tentu kita mendapat rezeki kereta umpamanya. Yang kita tahu kita berusaha untuk mendapatkan kereta. Bukankah niat berusaha itu punca kepada rezeki kereta. Siapa yang meletakkan niat berusaha ke dalam hati nurani kita sehingga mampu melepasi cabaran untuk memilikinya...Allahuakhbar..

Semoga tuhan kurniakan rezeki untuk kita semua. Amin.

Monday, May 20, 2013

Dua Lebih Baik Dari Satu

Bercakap soal teamwork, banyak keajaiban di dunia ini telah terhasil daripada kuasa kerja berpasukan. Perkara yang sukar pun menjadi mudah dan berjalan dengan lancar. Idea tentang leadership banyak diutarakan an tidak kurang juga yang mengajrkn tentangnya.

Baru-baru ini saya berkesempatan bekerja bersama dengan sebuah syarikat penerbitan, Eden Potential sdn bhd. Pengarah projek En. Simon Bukag lah yang membawa dan menawarkan kepada saya untuk menjadi krew penerbitan. Walaupun bidang kepakaran saya di bahagian kesan-kesan khas, tapi inilah permulaan yang baik bagi saya untuk menambah ilmu dalam bidang yang saya minati.

Program siaran astro Tvi ini merupakan drama bersiri. Tajuknya Harus Aku Cinta. Nanti korang -korang jangan lupa tengok ea hehe. Pure sabahan yang menggunakan melayu baku hehe.

Satu hari nanti saya juga bercadang untuk menerbitkan satu filem berasaskan bahasa tempatan. Well, kalau thailand boleh buat, kenapa saya tidak. Tak gitu hehe. By the way, ada trailer dalam youtube yang telah saya hasilkan (promosi haha)

Teamwork untuk penerbitan sangat perlu. Pengarah kena pandai hubungkan seua krew. Sebab kepala krew dan pelakon semua tak sama. Good leadership always win right?

Inni Qalillah : Akulah Allah

Sebarkan! "INI KALILAH"="INNI QALILLAH"Bermakna "AKULAH ALLAH"-Dan Itulah kata Kata Terawal dilaungkan "DAJJAL"yang Mengaku dirinya Tuhan apabila muncul dimukabumi bagi menyesatkan umat Islam seluruhnya.

Pasca PRU 13 memperlihatkan kemenangan Barisan Nasional secara umumnya. Perang psikologi dan media syukur sudah berkurangan. Sudah terdetik sebenarnya keinginan untuk memberi komentar mengenai slogan ini. Petikan diatas saya copy dari internet, dan memang sudah lama tersebar waktu pilihan raya.

Saya kira, ini kalilah adalah satu slogan yang lahir dari borneo. Bahkan sebagai sabahan, sudah lama slogan ini digunakan dalam bahasa pasar pertuturan. Tidak kira dalam konteks apa jua sekalipun. Bahasa pasar sabah memang terkenal dengan bahasa melayu yang agak "terbalik". Ini kalilah adalah rentetan daripada "kali ini" (secara melayu baku). Dan sepanjang saya mendengar istilah ini, tidak ada kaitannya dengan pengakuan sebagai tuhan sama ada dalam Islam, Kristian dsb. Ianya muncul dalam masa pilihanraya.

Merujuk kepada pendapat ulama, saya memetik pendapat ust asri (drmaza) dalam twitternya, bahawa ianya "merepek".

Namun begitu, saya ingin tuliskan disini hujah mereka yang menerima slogan ini sebagai hujah dajjal...

"Kalau hati dah tidak dapat merima kebaikan, maka blablabla"

Lebih kurang begitulah yang mereka balas bila ada komen yang bernas dalam penjelasan terhadap isu ini. Lebih parah lagi apabila pengguna fb sebar benda ini tanpa usul dan periksa (dan masyarakat facebook malaysia memang tabiatnya macam itu-jika tak sebar dosa,sembunyikan kebenaran dsb), menyebabkan kekeliruan menjadi jadi.

Agaknya, mereka belum mengoogle dajjal wanna-be dari India...Sai Baba (dan berdozen dajjal dari pelbagai tafsiran). Dalam soal dajjal, lebih baik lihat kepada pandangan dari seorang ulama iaitu Ahmad Deedat. Apakah dajjal hanya diceritakan melaungkan inni qalilah? Dimana ciri yang lain?

Itulah antara warna pru13 kali ini. Harap mereka yang diluar sana tidak cepat melatah. Jangan bawa orang bersangka buruk. Tak elok untuk kesihatan sejagat. Wallahualam.

Sunday, May 19, 2013

Fobia: Ketakutan kepada Perkara Samar

"Tok moh...apakah penyakit saya ini"

"Ooo..ini sakit buatan orang...dia tak jauh ne,kira saudara dekat juga ne. Rasanya kamu ada buat orang sakit hati sebelum ini?

Ini adalah senario biasa yang melanda jiwa masyarakat. Bila berdepan dengan situasi yang tidak diketahui, kita (masyarakat nusantara) selalu merujuk kepada kaedah alternatif- bomoh dan sebagainya. Bomoh atau yang sama waktu dengannya pula akan menjawab segala pertanyaan secara general-jawapan yang menduga pelbagai kemungkinan daripada pesakitnya.

Rasulullah s.a.w juga mengamalkan perubatan dan doa. Tetapi setakat yang saya ketahui, bahan yang digunakan boleh menyembuhkan penyakit dan doa kepada Allah s.w.t. contohnya madu, susu dan sebagainya. Berbeza dengan bomoh yang menggulingkan telur,air jampi (kecuali air bacaan doa-yaasin dsb. Bagi masyarakat Islam), bahkan ada kaedah yang tak masuk akal langsung pun ada.

Ini adalah situasi fobia. Fobia ini mendorong kepada perkara di luar logik akal pun boleh jadi. Masyarakat yang dari kecil sudah diasuh dengan kepercayaan karut menjadikan ianya sukar dikikis. Berbeza dengan kaedah barat, jarang istilah bomoh digunakan (walaupun adanya voodoo dari pengaruh afrika).

Saya tidak menolak wujudnya makhluk ghaib. Kerana itu juga menjadi dasar dalam keimanan Islam. Tetapi masyarakat harus bijak menilai. Dahulu bayi demam dikatakan disampuk syaitan, sekarang adanya panadol, nampaknya syaitan itu tak mampu melawan antibiotik lagaknya. See what I see there?

Seeloknya, bagi orang Islam, lebih baik minta doa daripada seorang ustaz yang kita tahu akan kekuatan syariatnya. Terzahir dari perbuatan amalannya dan pekertinya. Dengan harapan doa kita makbul. Jika air dibacakan doa sekalipun, hendak diingat bukan air itu menjadi penyebab, tetapi atas izin-Nya juga.

Wallahualam. Rujuk dengan pendapat ulama lebih baik. Banyak sumber dalam talian.

Scenery of Our World

Sempat ambil gambar untuk dimuat turun ke dalam blog ini. Ada berjuta lagi gambar yang lebih cantik dari ini. Kebetulan berada di atas bukit. Sedikit lebih tinggi dari paras air laut china selatan, snap and there you go:-)

Berapa ramai yang sedar sebenarnya setiap permukaan bumi yang kita ambil gambarnya, sebenarnya semua sama sahaja. Yang membezakan hanyalah cara kita memahami makna dan keadaan kita yang menyedari dengan erti kata sedar yang sebenarnya..bahawa indahnya alam semesta ciptaan tuhan

Buka mata buka minda...refresh ( dan snap-optional hehe)

Syukur Malaysia bumi bertuah.

Pendekatan Tazkirah

Terdapat macam-macam usaha orang untuk menjayakan satu-satu perkara. Dalam soal keagamaan, tazkirah adalah salah satu cara. Tazkirah berbeza dari ceramah. Maknanya, ianya lebih pendek dan ringkas.

Al-kisah di kampung yang tercinta ini, syukur tazkirah telah menjadi sebahagian dari kelaziman. Dalam majlis kenduri dan tahlil. Pendek kata hampir dalam apa juga majlis yang memerlukan jemaah daripada masjid, tok imam dan tok bilal. Saya sendiri kadang-kadang join.

Malangnya apabila tazkirah itu berlarutan hingga ke 1 jam setengah hingga 2 jam, maka saya mula berfikir. Jika saya yang umur 20+ ini sudah mulai sakit pinggang dan kaki,cramp,semut-semut dan sebagainya melanda, apakah pula rasanya pakcik-pakcik yang dah berumur tu. Dalam beberapa kali terakhir saya ikut, memang fix 2 jam. Kalau macam ini, saya tidak join lagi.

Begitulah keadaanya apabila tazkirah dilakukan dalam keadaan yang tidak bijak. Orang bukannya tertarik, tetapi asyik berfikir bila agaknya habis ceramah. Fokus hilang. Dalam kajian, manusia secara umum mampu ingat fakta yang diterima dalam masa 45 minit yang pertama. Selebihnya melayan kaki cramp la jawabnya.

Jangan samakan tazkirah dengan sure heboh,wayang,bola dan sebagainya. Sebab aktivitinya pun sudah berbeza. Ianya sama seperti lecture bersyarah depan anda selama 2 jam.

Bukan tidak tegur, sudah pun tetapi pengurusan masjid tidak rasa penting kot. Yang penting agama (walhal, kita disaran menyampaikan secara berhikmah) dan berkaedah dengan betul. Program ini juga mingguan. Saya tak salahkan jemaah makin kurang bila keadaan berterusan seperti itu.

Program hari sabtu. Lepas jemaah maghrib isya, saya layan liga super then tido. Ada kemampuan saya join la.

Saturday, May 18, 2013

Review Android Tablet mtk7 plus dan Blogging

Setelah beberapa hari menggunakan tablet taiwan (mtk 7 plus 3g), saya rasa agak berpuas hati dengan keupayaan tablet. Walaupun orang kata well, tablet cikai hehe, segala fungsi yang saya perlukan berbaloi dan saya tidak perlu untuk berbelanja ribuan ringgit untuk tablet samsung or apple.

Kebaikan tablet buatan taiwan ne ialah, semua fungsi dan ciri yang ada pada tablet seperti samsung ada dalam tablet ne. Nak kata apa juga, semua pun download dari google play. Pilih app yang diperlukan dan pasang la pada peranti android v4. Lagipun tablet ini boleh sms,call dan support 3g sim. Letak sahaja sim broadband dan there you go. Saya boleh lepas boring main game 3d,sms,surf internet,menaip dan bla bla hehe.

Keburukan tablet ini ialah batteri. Teeet....anda salah.  Batteri tahan juga ne. Saya test guna sehari mengikut kadar penggunaan biasa saya. Start guna jam 8 fully charged dan charge semula jam 5 petang. Saya bukan heavy user sms dan surfing. Kalau heavy user agaknya tahan dalam 6 jam..takkan dok pegang tablet je 6 jam tu kan..

Batteri ne ikut user. Saya bagi low brigtness n pasang 3g only when it needed. Pasang app easy battery saver dan jangan run app banyak sangat. Pasang yang perlu sahaja.

Camera 2mp..ada cam depan juga. Tapi saya memang tak perlu sangat features tu. Kelemahan utama yang saya hadapi, tiada light detector. Ala,yang ada kat sebelah camera depan tu. Kalau ada tu bolehla jimat lagi bateri ne. Satu lagi, tablet ini agak slow untuk detect 3g line. Kadang-kadang dapat edge sahaja. Tapi itu di kawasan yang memang 3g pandai hilang then ada balik..pastu hilang..ada balik..korang tau la tu macamana hehe

Nasihat untuk mereka yang bercadang nak bazirkan duit tu hehe, buat research dulu. Jangan bazir kar tablet mahal kalau setakat nak amik gambar. Lama lama rasa hampeh gak pegang tablet besar sambil angkat amik gambar time cousin kahwin. Kalau hanya mahukan features android, tablet cikai macam mtk7 plus ne pun dah ok. Tapi saya tak larang kalau dah memang berduit. Bapak tablet pun boleh beli hehe. Lagi mahal tentu lebih baik. Tapi sebagai alternatif murah dan sesuai macam saya yang tak berduit sangat ne, mtk7 plus disarankan untuk anda:-)

Lagipun saya dah ada sony xperia neo. Cam dah 5 mp. Nak bazir apa lagi. Tablet untuk surf benda penting, dan untuk baca ebook sahaja. Tak la segan nak buka buku kat stesen bus hehe. Lagipun main reason untuk beli tablet ialah untuk membaca, reminder dan tempat tulis nota penting. Blog ne pun saya tulis offline then post guna tablet ne...download je blogger app di google play.

Saya beli dari navigate technology. Taip sahaja di facebook..ada macam macam kat sana. Delivery to sabah only takes 3 days. Selamat la beli kat sana guna online. Bayar guna mabank2u. Siap sisip baki duit lagi dekat tablet tu hehe harga 499.00...baca je dekat page fb mereka ok..

So, make your choice and save your wallet hehe.

Review Android Tablet mtk7 plus dan Blogging

Setelah beberapa hari menggunakan tablet taiwan (mtk 7 plus 3g), saya rasa agak berpuas hati dengan keupayaan tablet. Walaupun orang kata well, tablet cikai hehe, segala fungsi yang saya perlukan berbaloi dan saya tidak perlu untuk berbelanja ribuan ringgit untuk tablet samsung or apple.

Kebaikan tablet buatan taiwan ne ialah, semua fungsi dan ciri yang ada pada tablet seperti samsung ada dalam tablet ne. Nak kata apa juga, semua pun download dari google play. Pilih app yang diperlukan dan pasang la pada peranti android v4. Lagipun tablet ini boleh sms,call dan support 3g sim. Letak sahaja sim broadband dan there you go. Saya boleh lepas boring main game 3d,sms,surf internet,menaip dan bla bla hehe.

Keburukan tablet ini ialah batteri. Teeet....anda salah.  Batteri tahan juga ne. Saya test guna sehari mengikut kadar penggunaan biasa saya. Start guna jam 8 fully charged dan charge semula jam 5 petang. Saya bukan heavy user sms dan surfing. Kalau heavy user agaknya tahan dalam 6 jam..takkan dok pegang tablet je 6 jam tu kan..

Batteri ne ikut user. Saya bagi low brigtness n pasang 3g only when it needed. Pasang app easy battery saver dan jangan run app banyak sangat. Pasang yang perlu sahaja.

Camera 2mp..ada cam depan juga. Tapi saya memang tak perlu sangat features tu. Kelemahan utama yang saya hadapi, tiada light detector. Ala,yang ada kat sebelah camera depan tu. Kalau ada tu bolehla jimat lagi bateri ne. Satu lagi, tablet ini agak slow untuk detect 3g line. Kadang-kadang dapat edge sahaja. Tapi itu di kawasan yang memang 3g pandai hilang then ada balik..pastu hilang..ada balik..korang tau la tu macamana hehe

Nasihat untuk mereka yang bercadang nak bazirkan duit tu hehe, buat research dulu. Jangan bazir kar tablet mahal kalau setakat nak amik gambar. Lama lama rasa hampeh gak pegang tablet besar sambil angkat amik gambar time cousin kahwin. Kalau hanya mahukan features android, tablet cikai macam mtk7 plus ne pun dah ok. Tapi saya tak larang kalau dah memang berduit. Bapak tablet pun boleh beli hehe. Lagi mahal tentu lebih baik. Tapi sebagai alternatif murah dan sesuai macam saya yang tak berduit sangat ne, mtk7 plus disarankan untuk anda:-)

Lagipun saya dah ada sony xperia neo. Cam dah 5 mp. Nak bazir apa lagi. Tablet untuk surf benda penting, dan untuk baca ebook sahaja. Tak la segan nak buka buku kat stesen bus hehe. Lagipun main reason untuk beli tablet ialah untuk membaca, reminder dan tempat tulis nota penting. Blog ne pun saya tulis offline then post guna tablet ne...download je blogger app di google play.

Saya beli dari navigate technology. Taip sahaja di facebook..ada macam macam kat sana. Delivery to sabah only takes 3 days. Selamat la beli kat sana guna online. Bayar guna mabank2u. Siap sisip baki duit lagi dekat tablet tu hehe harga 499.00...baca je dekat page fb mereka ok..

So, make your choice and save your wallet hehe.

Friday, May 17, 2013

Liga Super: Pahang vs Lions (Fulltime)

Perlawanan pahang dan lion yang masuk separuh masa yang pertama berkesudahan pahang 0-1 lions. Azamudin akil hampir menjaringkan gol pada minit-minit awal. Lions yang mendapat sepakan percuma depan kotak penalti berjaya mendapat jaringan awal.

"Disiplin bertahan yang selalu diamalkan lions"

Pengulas astro arena yang kata macam tu. Berpuluh kali dah dengar. Team fevret JDT menang keatas TTeam. Tu yang lebih penting hehe. Harap separuh masa kedua nanti boleh lihat pahang bangkit.

P/s: pemain lions tinggi,laju dan skill individu tinggi...

Update: fulltime, pahang 1-1 lions. Azamuddin Akil menanduk masuk bola pada masa tambahan 3 minit terakhir. Pemain ATM senyum..ada harapan memintas kedudukan pertama.

Thursday, May 16, 2013

Tak Pandai Jaga Hati

"Saya kecewa...tak pandai jaga hati..."

Lalu saya tersenyum melihat sms seorang kawan perempuan. Seronok seronok sms tiba-tiba ada sms seperti itu mencela. Persoalannya siapa yang jaga siapa agaknya.

Saya teringat kembali buku yang saya baca banyak berkisar tentang komunikasi dan buku yang menyentuh tentang subjektif pemikiran manusia. Antara yang menarik dalam banyak-banyak buku itu ialah

"Jika kamu mahu sesuatu daripada orang lain'lakukannya terlebih dahulu terhadap orang itu"... Saya memetik teori komunikasi yang kian rancak ditulis oleh pemikir barat..The Law-of communication,attraction ...dan banyak lagi law-law yang telah ditulis dan menjadi best selling book.

Tapi mahu kata apa juga, muda mudi sedang hangat dilamun asmaradana. Paling tidak pun jawab sabo je la.

Tapi sia harus jaga hati siapa sebenarnya...lelaki ka perempuan ka...

Lastly, orang ketiga muncul

End of the story la nanti..

Nature Of Thing

Mungkin,..teori yang paling hebat sepanjang zaman ialah teori evolusi Darwin. Entah, tak berapa ingat tajuk movie yang mengisahkan kehidupan encik darwin dan kemunculan darwinism yang dipeloporinya itu (creation?..the creation?..tak sure sangat dah).

Tetapi ramai di kalangan pemikir barat sudah lama menerima konsep ini. Daripada individu yang kurang terlibat dalam agama sehinggalah kepada orang yang kuat beragama. Sedikit sebanyak menerima, atau setidaknya bersetuju dengan sebahagian kecil daripada teori darwinism ini.

Mungkinkah ini adalah apa yang telah dikatakan sebagai fitnah besar-besaran yang berlaku di akhir zaman. Saya tidak menyatakan bahawa hanya agama Islam yang terlibat, bahlan agama yang lain juga. Ini kerana teori ini menolak sepenuhnya konsep ketuhanan yang menjadi tunjang kepada agama-agama utama dunia.

Masalahnya ialah, sains dan teknologi telah menjadi asas ilmu (khususnya dunia barat) dan ianya mengalami percanggahan yang banyak dalam serba serbi agama.

Syukur Alhamdulillah, dalam siaran astro oasis..Dr.Zakir dalam program dare to ask berkata..hampir 80 peratus daripada penemuan sains masa kini tidak bercanggah,bahkan membuktikan ayat Al-Quran. Baki selebihnya dalam kategori tidak salah dan tidak betul...tetapi sebagai muslim wajib meyakini segala yang tertulis itu benar.

Semoga kita semua terhindar daripada fitnah yang telah disebutkan dalam hadis hadis dan riwayat yang banyak..mohon perlindungan Allah s.w.t

Monday, April 22, 2013

Spot The Beauty

Well, 1st of all, jangan kuning. Ni gambar belalang okeh. Gambar entrance setelah lama tak update blog. Saja nak acah mereka yang ada menatang dslr haha...

Fyi, update dari phone. Nak cuba kot2 dapat update dlm hutan belantara. Test dulu update, kalau ok confirm update merata dunia. Kadang kadang jumpa alien dapat amik gambar tapi tidak dapat share.

Berkurun tidak update blog. Tah apa cerita dah member blog ne. Tu je la kot. Assalammualaikum:-P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...