Sudi Jadi Teman?

Tuesday, November 30, 2010

Hidup Sangat Indah

Bila exam habis, lega rasanya kankan..[time sek men doulu dah lompat-lompat jerit-jerit]. Berakhir perjuangan di UPSI. Boleh la memborak sendiri-sendiri kat blog hehe.

Dah check blom?
Check ape?

Aaah..check ne....Blog Pilihan Malaysia yang telah ditutup tirainya oleh saudara Azman Roslan 

P tengok resultnya DISINI plak. Walaubagaimanapun masih undian peringkat pertama. Agak-agak ada peringkat kedua,ketiga and so on lagi ke...saya tak pasti, g tanya En. Azman. Calon-calon pun kaw2 persaingan. Jeles je tengok hehe [kejujuran dalam penulisan hehe]. Saya undi tuuuuuuuuut...eheh...censored...tak bleh, nanti SPRM marah..

Hidup ini indah kan. Dalam blog pun ada nilai indahnya. Cuma penerimaan je berbeza.

: prepare 4 dinner...

Nota Untuk Exam


Update untuk update
Esok last paper
sempat jenguk blog
buat nota ringkas untuk hafalan
teknik berkesan amalan berzaman
adik-adik bolehla amalkan

: Cikgu sekolah saya kata, dah masuk U susah nak gagal tapi bukan senang cemerlang. Usaha lagi.

Monday, November 29, 2010

Perlukah Dikhabarkan?

Busy busy
masa mencemburui
Esok Dinner Hari ini meeting
Blog sunyi tak ada penghuni
Update terkini entah apa apa entah ditulis

Gambar Renungan

sesetengah idea 'ridiculous', tapi berkesan kan?


...penat dan blurr...

Otak Berkembang Bila...

Otak berkembang bila menulis. Itu satu ilmu yang saya sedari. Makin lama menulis makin banyak yang saya tak tahu. Makin lama menulis makin banyak yang kita nak tahu.

Bacalah..

Bangsa yang maju adalah bangsa yang berfikir.

Bacalah..

Masyarakat yang bertamadun adalah mereka yang berfikir

Bacalah..

Mereka yang mampu mengubah dirinya adalah mereka yang berfikir

Bacalah..

Mereka yang sedar itu sedang berfikir


: Selagi Ada waktu

Anda, Komputer & Coffee

Anda, komputer dan minuman ber kafein tak kira la kopi ke nescafe ke. 3 perkara ini selalu bersama-sama. Mengapa tidak. Boring weh duduk depan komputer x minum-minum hehe. Kadang-kadang risau sebab tak perasan berapa cawan dah diminum. Asyik-asyik bancuh,asyik-asyik bancuh. Sampai mulut kelat oleh kopi/nescafe.



Ini ada beberapa perkara yang menarik tentang kopi:
  • Kopi mengandungi bahan perangsang/stimulasi
  • Mengandungi kafein [no wonder mak saya ketagih minum]
  • Kopi kaw Kapal Api mengandungi 80% original kopi. Selebihnya gula,marjerin dan bahan lain [pebret]
  • Peminum tegar=average 2-3 cawan sehari
  • Kenapa "Kickstart"? Sebab selalunya orang minum waktu pagi
  • Nak tahu selebihnya, Google It!
Tetiba rasa nak tulis. Sebab sedang duduk minum kopi. Kena tahu gak apa yang kita minum sekarang. Sebab banyak minuman yang membahayakan kesihatan sekarang ne.

: Sering berusaha berhenti minum kopi. Tapi gagal. Lame. hihihi

Filem Lucah 3D

Manusia, semakin tinggi ilmunya, semakin hebat dan licik tindak tanduknya. Dulu ada keluar juga berita filem lucah 3d ini semasa ianya diperkenalkan. Ingatkan dah reda, sekarang dah ke tahap langganan. Walaupun hanya diberikan kepada orang dewasa, 'consequences' atau pengaruh filem lucah initerhadap golongan remaja khususnya sangat dahsyat. Lihat sahaja muka depan akhbar, pembuangan bayi merata-rata. Tak terbayang bagaimana rasa keibuan seorang hawa dicabut dari dalam dirinya sehingga sanggup membuang darah dagingnya sendiri. Wallahualam.

PARIS - Perancis akan menjadi negara pertama di Eropah yang menyediakan perkhidmatan video lucah tiga dimensi (3-D) berdasarkan permintaan dengan ihsan stesen Marc Dorcel Television, lapor sebuah akhbar semalam.

Stesen televisyen itu akan melancarkan langganan untuk memperoleh hiburan dewasa yang pertama dengan menggunakan 3-D.

Penerbit-penerbit filem lucah di Perancis merancang untuk meluaskan program langganan itu dengan beberapa rakan stesen televisyen lain di Perancis. - Agensi
sumber: Kosmo


: Kata Darwin, Haiwan aras tinggi.

Dinner: Anugerah Kecemerlangan Mahasiswa

Disamping belajar selok belok blog, tak lupa juga kerja yang ber 'prioriti' utama. Akhirnya sempat juga siapkan draf background yang simple. Masih dalam tempoh 'pemerhatian' penganjur. Walaupun tanpa menggunakan photoshop, dapat juga buat hehe. Saya buat guna software yang sama seperti saya buat header di atas hehe.


Malas nak install photoshop. Berat. Lagipun dah install software lagu dan video editing. Biarlah orang lain yang belajar photoshop. Saya tetap dengan audio/video editing hihihi. [xd malaysian minat yang sama meh?]

Esok taklimat praktikum. Ulangkaji exam dan meeting. Kaw2 punya plan. Sempat ke x memborak di blog terchenta ini huhu.

**mana chantek ar?...


Sunday, November 28, 2010

Ke Puncak Cita


Belajar belajar belajar
lagi banyak belajar lagi banyak yang hendak kita belajar

mencuba mencuba mencuba
biar gagal jangan berhenti berikhtiar

orang berbudi kita berbahasa
hukum tuhan, lumrah alam namanya

sikit-sikit dahulu banyak banyak kemudian
Tak sakit tak belajar namanya


Mood: Sebab=Penyebab

Tips: Menambah Kelajuan Internet/wifi

Internet slow? Nak lajukan internet/Wifi? Nak tarik line lebih? Pengguna Wifi? Senang sahaja. Sila ikuti langkah-langkah di bawah. Jangan risau, mudah je hehe [ini taktik kotor-lebih2 lagi shared internet wifi hahahaha]

Ok, Tuan-tuan dan puan puan yang budiman, perkara pertama yang anda perlu sediakan ialah:



Sebabnya? jangan tanya, nak internet laju x ne hehe. cari sahaja benda ini ya. Ok, apa yang perlu anda lakukan ialah cari bekas yang berbentuk melengkung. Buat guna kadbod pun boleh. Buat dia melengkung ya tuan-tuan. Ok, mari kita lihat hasilnya jeng jeeeng hehe


Terciptala parabola kesayangan hamba ahaha. Meh tengok meter internet plak>>>>






Ehem..tak caya lagi ke?. Maintain line beb hehe. Amalkan tips-tips di bawah selepas menggunakan perisian canggih ini.


  1. Member tanya line ok tak? Jawab: slow jugak ne..Google pun terkial-kial nak masuk
  2. Jangan show of kamu punya line bar
  3. Member tanya: Berkesan ke? Jawab: Aku dah pasang, malas lak nak buka balik
  4. Jangan heboh2, kang semua member pasang, x ke naya nanti
  5. Member tanya: Online ke? Jawab: Buat esaimen
Perasan x laptop member saya sebelah tu, suuuuuuuuma line dia saya tarik hehe. syyyyyyyh..diam-diam.
Selamat beramal hehehehehehe

Praktikum Sekolah

Risau dengan praktikum ne. Kena urus penempatan, bawa laporan praktikum, resultnya tak tahu lagi. Nama penyelia untuk praktikum pun tak ada dalam list. Siapakah yang bertuah menyelia saya nanti huhu. Dahla terhumban kat Klang. Tempat yang saya tak survey lagi.

Nasib la paper satu je. Kalau tak dah botak kepala nak ulangkaji banyak-banyak. Sudah-sudah la exam 3 hari straight esei. Bergegar tangan woo nak tulis. Kompem berbalut lepas habis exam.

Selesai sudah edisi menjelajah blog untuk hari ini. Banyak info dapat, lagi serabut dibuatnya hihihi. Tunggu datang mood nak menulis. Baru ada passion gitu.



Exam...Dinner...Thesis...Praktikum....Klang....Waaaaaaaaaaacaaaaaaaaa....

**serabut**

Saturday, November 27, 2010

Luas Pandangan, Jauh Perjalanan

Teringat seorang kawan. Jauh datangnya. Dari Iraq. Seorang Cikgu di Iraq. Namanya Farhad Akrayi. Ingatkan saya balik sabah dah cukup lama dalam flight. Dia lagi lama. 8 Jam! 2 kali transit.


Hari pertama datang Malaysia, dia kata dia kena culture shock. Sebab hujan hehehe. Dia tak suka hujan. Tempatnya ada salji. X biasa kot. Saya suka cara berfikirnya. Dia kata, kita harus keluar dari zon selesa baru maju. Kalau berada di tempat yang sama sahaja tak ada perkembangan.

Satu hari, dia nak ke kedai gunting rambut. saya temankan dia. Saya bawa motor. Saya hulur helmet. Lepas itu:

Saya: Take this. U have to put it like this [saya masukkan helmet]
Farhad: Noooo...Thanks. I dont want
Saya: erk..seriously, u have to..its not an option
Farhad: U kidding me right? [muka hairan+tensen sbb kena suruh pakai helmet]
Saya: Or, We will get caught. 

Saya x terer english. Tp dah dia dengan saya. Nak kena cakap juga. Dia amik TESL [kursus english]. Sepanjang naik motor p kdai gunting, dia depa kan tangan [macam dalam titanic] sambil jerit-jerit. Ish mamat ne, malu wei orang tengok. Tapi takpe ler, dah dia suka sakan.

Dia kata orang Malaysia banyak membazir. Tapi peramah. Kemudahan banyak kat sini katanya. Saya tanya lagi, tempat kamu bukan perang ke? [soalan cari nahas]. Dia kata tempatnya aman. Yang bergolak tu jauh dari tempatnya.

Dia kata english saya teruk. Macam student saya katanya hihihi [sebab dia master saya degree]. Tak apala, yang penting kita BERANI GAGAL. Hentam je la Labuuuu.

Sekarang dia dah kat Iraq balik. Masih contact di FB. Dan dia masih mengajar lagi.

The End.

**mari keluar dari zon selesa. Pinggirkan segala yang negatif. Terokai peluang yang ada. Peace Malaysian:)

Redah Aku Dan Kau Punya Oleh Ben Ashaari


En. Ben telah mengadakan satu lagi festival untuk blogger,
sangat menarik dan sangat membantu,
lagi-lagi orang macam saya,
syaratnya pula cukup mudah

Syarat Pertama: Senaraikan 5 entri yang digemari dalam entri beliau [benashaari.com]. Bawah ne entri yang menarik perhatian saya ya [baru je berapa minggu geledah-xsmpatbaca dari mula hihi]. Tajuk yang mencuri mata saya ialah:


Syarat Kedua: Berikan 5 entri korang yang berbaloi untuk pengunjung baca. Yep, perkara menarik yang saya kongsikan seperti berikut:
  1. Antara Video Yang Saya Belajar Edit Huhuu..
  2. Kenapa Masyarakat Mudah Menerima Konsep Maher Zain... 
  3. Selamatkah File Peribadi Anda
  4. Movie Series: Mesti Tonton 
  5. Atheism: An Approach to Think Rationally?

Anda juga berminat? Klik pada tajuk dalam entri ini dan anda akan dibawa ke page yang menerangkan lebih lanjut.

 Kepada En. Ben. Terima Kasih atas peluang ini ok. Salam
**sekarang boleh masak nasi dah hehehe


Atheism: An Approach to Think Rationally?

Nota 1: Saya bukan Atheis
Nota 2: Berfikir secara positif
Nota 3: Jangan Provokatif
Nota 4: Menilai, jangan terus menerima
Nota 5: Dah selesai, ok meh terus baca hehe

Saya suka berfikir dan suka memahami pemikiran orang lain. Banyak dah kot tahu fasal atheis ne. Golongan yang sokong Darwinism [proses evolusi manusia tu]. Pendek kata, golongan yang menolak wujudnya tuhan.

Melalui pembacaan, dokumentari, internet dan macam-macam sumber, ada yang sentuh fasal atheis. Cikgu saya kata profesornya dahulu juga atheis. Saya teringat dalam satu dokumentari, quote [pepatah] atheis:

"Atheism is not an option for Despair"


 Pemikiran mereka memang berbeza dengan apa yang kita [yang beragama] amalkan. Mereka beranggapan bahawa faith atau pegangan merupakan satu virus yang disebarkan kepada golongan muda. Hujahnya:

  1. People often see a child was a mirror to their parent religion. etc-budhism,muslim or christianity
  2. They will not see them as a liberal,democratic or communis. Reason-they were too young.
  3. Why, they dont see a child in the same way as moralism and humanity?
Mereka sepenuhnya menggunakan bukti sebagai kewujudan sesuatu. Satu lagi dokumentari yang berkaitan ialah dokumentari yang bertajuk "The Root Of All Evil" yang menyimpulkan bahawa agama merupakan titik punca kepada konflik hari ini.

Saya bukan menyokong atheism. Hanya membuka mata dan minda korang. Nak orang faham kita? kita kena faham mereka juga. Tapi tak bermakna kita ikut mereka. Ambil nilai-nilai yang baik dan tak bercanggah dah la.

 **takrif ilmu sangat luas. Discover everything. gunakan masa muda dengan enjoy benda yang berfaedah. [pesanan untuk saya sendiri hehe].

Golden Age

Hidup hanya sementara,
Hargai ketika masih ada,
Gapai semua cita-cita,

Aduh masa kecilku sudah tiada,
Remajaku kian pergi jua
Alam dewasa
tak tahu apa yang tunggu pula

Fasa berbeza
rasa yang pasti tak sama
nikmati selagi ada
penuhi bekalan hari tua

Biar satu hari nanti saya berkata
Oh..anak, saya pernah laluinya
ini jalan yang sebenarnya
sebab yang itu salah

Tapi aneh,
beribu kata pujangga tertulis sejarah tertempa
anak muda tak sedar juga,
kasihan pada yang lari arahnya
sekarang sesal tak berdaya sudah


Moral: Golden Age start from Now. How about Yours?

Michael Moore: Sicko 2007-Healthcare

Ter "tengok" dokumentari yang dibuat oleh Michael Moore dalam dokumentarinya yang bertajuk Sicko 2007. Memperjuangkan universal healthcare for American. Dokumentari ini diterbitkan pada tahun 2007 dan saya kira sangat baik untuk ditonton bersama. Membandingkan servis perkhidmatan perubatan US dengan negara France, British dan Cuba.



Jika anda berada di US, ubat lelah dibeli pada harga US Dollar 250 yang hanya memakan kos 0.5 Dollar di Cuba. Menjelaskan bagaimana agensi yang menyediakan perkhidmatan perubatan menyalahgunakan perkhidmatan dengan mengutamakan 'profit' atau keuntungan. Less Care More Benefit. Mendedahkan juga bagaimana seseorang individu tidak boleh mendapatkan perubatan sekiranya insuran tak luluskan perbelanjaan perubatan.

Malaysia?..masih ok lagi kot. Sebab belum sampai tahap membuang pesakit yang tak dapat bayar belanja perubatan. Sebuah dokumentari yang berbaloi untuk dilihat. Biar buka sikit mata tu hehehe.

Meh tengok Review

Dunia Huru Hara Bila...

Yep..Dunia huru hara bila TAKDER INTERNET hihihi. Alam mayaku terjejas, penulisan terhenti, tertutup pintu isu semasa dan terhenti keseronokan online. Baru 2 hari full xd internet dah macam tak tahu nak p mana. Kedai CC sekali xd internet. sadis-sadis.

Segalanya bermula apabila mambang tanah ne muncul...





Ya..tu penyebabnya. Em..apsal...x nampak?...mai kita zuum naa...




semua orang bagai nak rak tengok notis ne hehe. Dahler minggu exam. Semua nota download dari server UPSI. Memang kaw2 rasa ketiadaan internet terchenta ini. Paling tak suka dengar perkataan "beberapa hari". [takut letakkan hari sebab student akan berarak protes kot hehe]. Syukur internet kembali. Tengah mengemop rumah tetiba kawan menjerit Yeaaaaahhhhhhhhhhh Internet Adaaaaaaaa....

Ish..ish ish...saya sambung mengemop balik huhuhu....

Mood: kenduri kesyukuran malam ne sebab internet pulih

Wednesday, November 24, 2010

Pening Tips Berlambak Lambak

Selesai sudah menggeledah blog orang orang lama. Yang sederhana lama hatta yang tidak lama [pun keluarkan tips hehe]. Aduh pening-pening. Tak terkecuali tergeledah isu-isu panas antara blogger semenjak aktif menjelajah blog orang. Tambah pening hehe. Naik gerun pun ada. Boleh jadi macam-macam.

Tapi tak apa, walaupun menjalankan blog dalam kategori rojak, insyallah bermanfaat segala isi blog saya ini. Sentiasa betulkan niat balik walaupun digoda oleh screenshot cek Nuffnang [waa..x ikhlas dah].hehe Tuhan balas nanti susah. Niat x btol kang kering idea nak tulis...lagipun masih baru yang teramat sangat huhuhu...

Makin lama makin terabai pesbuk dek blog ne. Patut la blogger yang lain sangat aktif dan semakin aktif. Nasibla tak terkategori dalam ketagihan lagi. Takpun sebab cuti kot rajin update dan geledah blog orang...

Nak update pesbuk jap...

*orang lama tengok-tengok la sini....terkial-kial ne payah..tinggal jauh benar dah...

Mimpi: Berapa lapisan Mimpi Anda

Salam pembaca/blogger [termasuk silent reader huhu] sekalian. Sebelum ini saya dah kata akan berkongsi perkara yang menarik mengenai mimpi bukan?..






Soalan pertama: Bagaimana anda jelaskan mimpi Anda?
Soalan Kedua: Berapa Lapisan Mimpi Anda
Soalan Ketiga: Siapa dalam Mimpi Anda


Persoalan pertama. Bagaimana saya nak jelaskan mimpi saya. Ermm..saya tidur dan bermimpi. Itu je la. Ya, tiada siapa yang dapat jelaskan secara tepat bagaimana mimpi berlaku. Jika ada sekalipun, terdapat banyak percanggahan pendapat antara mereka. Mimpi datang dari otak kita. Otak kita pula benda yang paling rumit dalam dunia ne. X terungkai lagi.

Persoalan Kedua. Saje je nak tanya. Saya pernah bermimpi dalam mimpi saya. Ada 3 lapisan hehe. Anda pernah laluinya?...Best hehe...

Persoalan Ketiga. Ini merupakan dapatan hasil ponteng kat pejabat hehe. Terbaca satu majalah, x ingat lagi apa namanya. Tapi, faktanya sangat menarik. Pernah anda lihat orang-orang yang tidak dikenali dalam mimpi anda? Siapakah watak-watak sampingan tersebut? Macamana boleh wujud dalam mimpi saya?

Percaya atau tidak individu ini merupakan orang yang pernah anda jumpa dan lihat. Memori kita menyimpan wajah individu terbabit dan kita tak sedar ketika jaga. Ketika mimpi, memori ini keluar semula sebagai pelakon tambahan dalam mimpi kita. Agak mengejutkan bukan?

oh yer, haiwan pun bermimpi. perhatikan haiwan peliharaan kamu ketika tidur. Kadang-kadang ngigau kan hehe.

100 peratus dari mimpi kita tu..kurang dari 10 peratus sahaja yang tinggal dalam memori kita.

Itu sahaja. Sekian dan terima kasih...

lalala....

Renungan: Hati Manusia Siapa yang Tahu

Masyarakat kadang kala sukar diduga. Kita tak tahu mana yang benar mana yang salah. Buruk sangka hindarkanlah. Merosakkan keharmonian sesama. Terbaca laporan kosmo yang bertajuk Bomoh Roboh Binaan Atas Kubur.

"Saya tidak berasa sedih dan terkilan atau berat hati untuk merobohnya kerana ketika saya mula membinanya dulu pun, ia dibina tanpa ada apa-apa niat selain hanya sebagai tanda ingatan serta kasih saya dan keluarga terhadap arwah bapa"


Sejauh mana benarnya saya sendiri tak pasti. Pendekatan secara berhemah harus diambil dalam perkara ini. Hanya tuhan sahaja yang tahu kebenarannya....bukan kah kita diajar susila..


mood: insaf

Minda Separa Sedar/Subconcious Mind

Sekali sekala selitkan entri yang berilmiah sikit ok gak kan. Baiklah, kita mulakan.

Tak tahu jika ramai sudah yang mengetahuinya. Kalau belum dengar, teruskan pembacaan anda. Tak membahayakan kesihatan pun. Mungkin sedekah ilmu untuk mereka yang belum pernah mendengarnya.

Saya akan terangkan setakat yang mampu sahaja . melalui pembacaan lepas-lepas. Nanti nak tahu lagi lanjut, bolehla pembaca teruskan kajian sendiri lak. saya rasa part ne menarik sebab ada pada semua orang.

Persoalannya, apa itu Minda Separa sedar atau dalam ayat orang kampung nenek belah pakcik saya Subconcious Mind?

Subconcious merujuk kepada minda bawah sedar manusia [ayat berulang?..sory2]. Manusia ne ada 2 tahap, satu sedar satu lagi tidak. Minda sedar ialah apa yang kamu fikir sekarang. Perkara yang kamu sedar dan tahu kamu sedang memikirkannya. Boleh setakat ini? [tgh berlatih untuk ajar murid2 hehe]

Minda separa sedar ialah perkara yang kamu tak tahu sedang berlaku tapi kamu sedang memikirkannya, Atau kamu setuju mengenainya.

Contohnya 1: Seorang penceramah suruh pelajar untuk menyatakan "saya boleh" dalam hati berulang-ulang kali selama 10 minit.

Apa proses yang berlaku ialah, penceramah tersebut cuba membuatkan minda separa sedar murid-murid supaya mereka boleh [dalam exam la kan] berjaya.

Alasan bagi keadaan itu sangat mudah. Apabila minda bawah sedar kita setuju bahawa kamu boleh, maka kamu memang boleh.

Contoh 2: Perhatikan iklan. terdapat sesetengah pernyataan yang dibesarkan (bold), atau diulang-ulang kali dalam TV. Perkara yang berlaku ialah, pengiklan cuba meyakinkan minda separa sedar pembeli untuk bersetuju dengan pernyataan iklan tersebut. Bila bersetuju agak-agak apa korang rasa? *orang sabah selalu jawab oren bila tanya soalan ne hehe*

Moral: Ya, kita mampu melakukannya. Set dalam hati k.

Cukuplah setakat ini. Nanti ada yang bosan baca hehe. Semoga info ini bermanfaat bagi pembaca.

Lepas ne kita Xplore mimpi plak. Ada yang menarik tentang mimpi. Nak g makan jap....

Kuching Garong

Teringat post seorang blogger, Awangku Masazwan..

Jika seorang lelaki hensem sukakan kucing,
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang

Jika seorang lelaki x hensem sukakan kucing
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

hehe..betul ke?

meh tengok kucing tak bertuan

Boleh dia p menyusu kat lengan hehe...

sedang bersihkan dirinya

menyusu balik

men gigit-gigit lak

lihatlah mukaku yang kiut ini [nak picit kuat2 rsanya]

dah men2 dengan kunci motor plak

Jumpa time nak beli sayur
kasihan tak terurus
tapi best, sebab dia happy je
esok-esok p jenguk lagi
Moral of the story:
hargai semua makhluk tuhan
kita juga makhluknya

kucing kesayangan siapa?
renung-renungkan dan selamat beramal

**macham la ada yg nak amik gmbar ne kan. Siap ada watermark g. Nak test watermark sebenarnya. Copyright benda penting nanti gehehe.

Post/Entry Terakhir

Seriusnya tajuk hehehe...

Ya, post terakhir untuk malam ini. Setelah berhempas pulas tukar template, buat logo, setting blog dan amalkan segala ilmu yang telah ditelaah dalam 6 hari kebelakangan ini. Baca banyak kali entry blogger yang dah lama. Khasnya blog En. Ben Ashaari yang penuh berahsia dan kemungkinan [jangan marah ya] tapi sarat dengan klu, tips dan nasihat. TQVM atas BIDH yang dilangsungkan oleh beliau. Sangat membantu. Sekarang dah BIDH 11 saya tengok.

Sukarnya newbie, muncul error pada iklan Pakcik Nuffnang. Menelaah lagi macamana nak solve. Setelah beberapa jam, baru ku tahu sebab template layout yang pakcik nuff x dapat cam ID pada preview [ciss]. Sakit leherku menyokong kepala yang berejam duduk depan PC ne.

Alhamdulillah, semuanya setel. Semuanya atas kesabaran belakangku yang dah memang nak roboh dari tadi huhu. walaupun kawan-kawan ku takat 21 orang je, teruskan juga penulisan blog ehehe. Bak kata orang yang dah lama kat ebay dulu 'pelan-pelan kayuh'. Ya, konsistensi datang lah padaku hehe.

Fuh, pasne ada kerja menunggu. Thesis masih menghantui hidup walau sudah fasa penjilidan. Edit sikit-sikit pastu tidur. Pendek kata, banyak lagi yang saya perlu belajar. Apatah lagi baru muncul dalam dunia blog. 

Best tgk respon blogger aktif. Jangan risau, nama kalian dah lekat. Insyaallah [tgh dgr lagu Maher ne] sebarang kerjasama saya akan salurkan jika berkesempatan.

Owh yer...logo header dijana oleh Laughing Bird Software. kalau berminat jangan malu-malu k. [buruknya perangai letak muka kat header kankan]

**berdoa agar terhindar dari segala keburukan dalam blogging. Terbaca entri-entri Ben berkaitan PHD, penyangak siber dan bermacam lagi. Semoga semuanya terhindar. Semoga entriku juga terhindar. Amin.**

well,nite y'll.

Tuesday, November 23, 2010

Blog Pilihan Malaysia 2010

Saudara Azman Roslan telah menganjurkan Blog Pilihan Malaysia 2010 dalam entrinya 'Blog Pilihan Malaysia 2010'.

Banyak kategori yang digariskan. 6 kategori untuk pencalonan blog yang peserta senaraikan. Tujuannya ialah untuk senaraikan blog-blog yang telah menjadi pilihan rakyat Malaysia katanya. Tempohnya sampai 25 November 2010.

Jadi tunggu apa lagi. Blogger yang terbaca entri ini, Sila ke Alamat ini (Klik) untuk membuat pencalonan.


Later.

Imlikasi Negatif Click Fraud

Yaaaa...entri pertama saya mengenai bisnes internet walau masih baru beberapa hari. active blogging Bukan nak berlagak, nak tunjuk pandai. Saya pun baru tau fasal Nuffnang ne. Tapi, sebagai salah seorang pengguna nya, tak salah saya bagi pendapat kan.

Hari-hari kita dengar fasal klik fraud ne. Ada yang jelas, ada yang tersembunyi fraudnya tu hehe. Bukan pula nak menghentam orang lain. Ish..ish ish. Siapa aku dibandingkan dengan korang [kesedaran dan keinsafan melanda]. Mungkin dah ada yang tulis kot, cuma saya tak perasan. Tapi ada beberapa perkara yang saya nak kongsi bersama. Dengar baik-baik tau.

Sebelum ini saya pernah terlibat dengan Ebay. Alaa..jual beli di internet tu. Nak juga mencuba walaupun hanya sebagai testing time tu. Tapi serius la buat sebab dah sampai keluar modal. Sampai bab nak jadik Seller tu tak lepas-lepas. Jenuh call sana sini minta lepas. Check punya check, faktor yang menyebabkan saya tak lepas ialah kes macam "klik fraud" ne la.




Sebabnya mudah napa susah nak lepas:


  1. Ramai user Malaysia yang menggunakan penipuan dalam ebay-langgar polisi ebay
  2. e-bayer Malaysia tunjukkan statistik penipuan tertinggi
  3. Pihak E-bay dah Cop orang Malaysia kalau nak jadi seller ebayer
*ada ebayer ke sini-tlg betulkan

Jadi, agak-agak siapa yang rugi dalam hal ne. Lu Pikir La Sendiri kata Nabil. Jadi, saya harap nuffnanger di luar sana. Beringat sebelum kena yer. Nak klik berpada-pada kata orang kukuikui

PENAFIAN: Saya bukan orang pro untuk berkata dalam hal ini. Hanya memberikan pendapat sebagai seorang user dalam Nuff ne[pengguna Nerd]. Bak kata orang, beringat sebelum kena. hehe

**hek elleeeeee..mamat ne, baru je update belog 6 hari dah tunjuk belagak yer...entah-entah lepas ne dah lesap balik...[huhu..ampun-ampun]

Exam Last di Upsi Ter Chenta

Exam kali ini merupakan exam terakhir yang upsi hadiahkan pada kami bebudak semester 7. Nak kata apa juga, muka dah basi asyik-asyik muka engkorang je 3 tahun lebih ne katanya hehe. Pas ne dah nak g posting plak. Dapat tempat yang tak dipohon plak tu huhu.

Part best ialah bila examnya hanya SATU PAPER. yer Bold dan dibesarkan sama seperti hati bebudak sem 7 yang kelegaan mendengarnya hehe. Thesis paper dah submit, tinggal nak bukukan sahaja lagi.

Annual Dinner ke Last Dinner. Ingat nak pakai tema baju Batman. Tapi dah ditentukan tema awan [apekejadahnya awan tu]. Awan??....no idea. Pakai baju kapas je la hehe.

ehem..mm...

Eheh..bukan Batman ne..sory sory

Dah tu nak kena urus bahagian multimedia. Terlibat dengan show sikit. Minggu yang sangat buzy. Tak tahu apakah saya bakal mengupdate blog ini lagi ataupun tidak. Dalha silent reader banyak, tapi tak berjejak [nada kecewa lagi]. korang-korang..jangan membisu..sob..sob..

End of this entry. Sabo je la..

Minda Dunia Ketiga dan Tandas

Tertarik dengan laporan kosmo hari ini:

"Daripada data tersebut, nampaknya masih jauh lagi perjalanan kita untuk mencapai tahap tandas awam yang baik,"-sumber: Kosmo

Selalu dengar kat radio, tv, akhbar dan macam-macam lagi tentang "minda kelas ketiga" tapi tak ramai yang tau apa sebenarnya minda kelas ketiga tersebut. Ada yang sebut kat meeting, kat sekolah, kat pejabat, malah taim dating pun ada perbahasan tentang isu ne hehe [saya tak pernah kut hehe].

Lawak pun ada rasanya mengenangkan hari tandas sedunia ne. Erk...ada juga hari untuk tandas hehe. Tapi kata orang pandai-pandai [bukan saya-saya tolong sampaikan], nak tau orang yang minda kelas pertama dan ketiga, tengok pada tandasnya. Huh! simple jek kan. Kat rumah tu lain cerita la cik akak oi.

Perati kat tandas awam. Sebab awam tu yang masyarakat guna. Kalau macam ini>>

Ish, Dasat hehe. Orang nak cari Ilham tulis blog pun dah tak jadi hehe. Tu belum masuk tulisan kat dinding tu. Ada ayat-ayat Cinta tau [hahaha]. Dengar kata tandas kat Malaysia ne secara keseluruhannya...ehem..teruk [dengar kata la kan]. Tak pasti sebab x jumpa statistik lagi.

Hanya sebagai perkongsian di pagi yang indah dan ceria ini hehe.


p/s-tandas memang bersih tapi sekali masuk RM2 agak-agak kelas apa plak tuh?..

Monday, November 22, 2010

Santapan Untuk Blogger: Realiti dan Imaginasi

Segar bugar dikala malam hari,
Kelibat batman, dracula dan blogger muncul menari
Apa aku merepek ne?



Saya mengira bahawa uniknya blogger terletak pada 'characteristic' yang dikawal sepenuhnya oleh mereka sendiri. Sebutlah nak jadi apa sekalipun. Nak jadi Mr. Potpet, nak jadi Mrs. Kepoh atau nak jadi Tok Imam siak. Bagaimana pembawaan charasteristic ini berjaya membuka peluang kepada persahabatan, perniagaan, perkongsian dan bermacam-macam lagi.

Jika, terdapat dua dimensi ruang yang berbeza [guna stephen hawking punya ayat], blogger adalah anda yang wujud dalam ruang waktu yang berbeza. Taktik dan strategi yang anda mainkan adalah hukum alam maya yang berteraskan kepada motif peribadi dari pemikiran anda di dunia sebenar.

Hukumnya: You+Creativiti [role play]+manipulation+internet=Benefit

Adeih, susah nak mengarang lagi hehe. 

PENAFIAN: Artikel ini hanya sebagai satu persoalan yang dibawakan kepada pembaca untuk menilai dan tidak bertujuan sama sekali untuk menyinggung mana-mana pihak.

[Yes..my blog updated..meow hehe]

Movie Series: Mesti Tonton

Kalau kamu menonton satu-satu movie/series, semuanya mest berdasarkan kepada minat atau kecenderungan kamu sendiri. Contohnya, kalau korang seseorang yang cenderung kepada aktivit lasak, maka kecenderungan untuk melihat movie genre action juga mesti tinggi. Well known, perempuan op kos ler korea/cinta-cinta [most-not all].

Jika korang mempunyai kecenderungan yang sama seperti saya [hehe]. yang cenderung kepada Sains fiksyen, terdapat satu series yang saya nak rekemenkan kepada semua. Dah lama layan cerita ne dan saya kira sangat menarik. Sebabnya, jalan cerita yang menarik, fakta-fakta sains yang betul, dan membuatkan penontonnya berfikir secara logic dan di luar pemikiran biasa.

Ye, betoool, fringe ne banyak fakta betul. Teori BigBang, jirim atom, molekul, space and time [teori Stephen Hawking] dan kebarangkalian teknologi sedia ada untuk manipulasikannya. Selain itu, diterangkan juga kuasa minda [human mind power and its potential to do incredible thing].Adoi, pendek kata tengok je la. Gerenti korang akan terfikir..Oooo Baru Tahu...

Tajuk Series itu ialah Fringe. Taip je kat youtube "Fringe Trailer Movie". Kat bawah ne antara previewnya. Pendek kata, sangat menarik [yang teramat sangat hehe].


Tengok Ler Screenshot dalam series Fringe kat bawah ne>>






Eh..Eh..mcamana terupload 2 Alam plak ne [hehehe]**Abaikan


Pisangod (Potong Kepala) is Real

Mengimbau kembali kisah orang doulu-doulu (slang lecture saya hehe), datuk kepada Emak saya, yang merangkap moyang saya pernah menceritakan:

"Dulu, semua orang takut keluar rumah sesuka hati. Sebabnya, wujud golongan pemenggal kepala/pisangod yang mencari mangsanya."

Lalu ku tanya lagi "Untuk apa" [taim kecik-kecik ne tanya soalan]

Lalu dijawab Emakku "macam-macam tujuan katanya. Especially [canggih mak saya guna ayat ne haha] musuh. Sebab dulu berpuak-puak itu sangat la menjadi trend dan budaya masyarakat"

Lantas ku tanya kembali "bagaimana orang itu dicantas kepalanya"

Lalu dijawabnya "seperti lembu disembelih"

Teringat masa ting 6 dahulu, saya melihat video orang yang disembelih [ewwwwwww]. Itu kena sembelih, teknik Pisangod adalah cantas bukan sembelih. Tak dapat terbayangkan.

p/s-bersyukur hidup di zaman moden. Kalau tak, orang kaki tenet macam saya mesti jadi hantaran orang kahwin zaman doulu-doulu.pergh...

Hari Isnin vs Hari Jumaat

Yeaaaaahhh..Its monday.Weekends Over.





Jangan Malas-malas di pagi Isnin. Nanti Boss Marah nengok muka korang yang sebijik cam kuih apam balik basi tu. Pegi cuci muka, ada taik mata [najis mata boleh ke?] kat mata tu. Tangan ada garis2 bekas tido tadi. Kat pipi tu..ade gak...Ne ada berus gigi tak ne?..Kalau tak takyah bercakap sampai rest jam 1..kesian orang yang pengsan nanti. Xdela. Gurau je. Baik-baik kerja naa...


Saya tak suka hari isnin sebab..


Aku jadi Mekanik dalam Pejabat kolej dan...






Kerjanya, tak habis-habis. Menyampah pun dah rasa dah nengok file yang perlu disusun ikut susunan tertentu. Ini gambar hari jumaat ne. time korang terbaca entri ini, saya sedang menyambung susun benda ne. Dah kerja makan gaji, redha je la.

Mereka yang sedang berada di pejabat sekarang ne. Jeling-jeling boss. kang nampak plak korang tengah surf tu. Ada yang tak lulus permohonan nanti hehe.
**teknik mudah nak rehat..pegi tandas banyak kali.syhhh...diam-diam.

Sunday, November 21, 2010

Meniru: Budaya Kita

Premis A- Dia ada itu, Saya nak juga la
Premis B-Dia ada ini, Pun saya nak Ini gak
Premis C-Kesimpulan: Semua yang dia ada, Saya nak jugak!!!

Copycat, Plagiarism!

Tak kisahla mana-mana pun.

Contoh: Yuna Original vs Yuna 1, Yuna 2, Yuna 3,Yuna 4 [tanak bahas, kang jadi blog bahas artis plak]

Contoh: Skinhead- Maka lahir skinhead versi malaysia yang ada macam-macam nama kumpulan

Contoh: Kerja bebudak U (copy paste)-eh...sory2 silap hehehe

Blogging pun banyak copycat [harap sy x "tercopycat" hahaha]

Bukan apa, kesian kat mereka yang menghasilkan originaliti tersebut. Susah payah dorang wat, senang-senang orang p tiru. Tiru pun ada batasnya. Janganla sampai tiru bulat-bulat. Ubah sikit, biar ianya menjadi pembaharu tanpa menjejaskan tuan punya brand. Itu pun minta izin jika nak guna.

**benda remeh temeh jangan plak kedekut. Asyik2 saman.asyik2 saman. Check punya check, alahai...copycat slogan "Membaca Jambatan Ilmu" je rupanya..ish3....

Radio Online Sendiri: Bagaimana dan Dimana

Semua orang guna internet. Ada macam-maca yang ada di internet. Termasuklah juga radio yang menggunakan talian internet sepenuhnya dan bukan menggunakan gelombang/frekuensi radio biasa. Sewaktu saya bekerja dengan pihak Kolej sebelum ini, saya berkesempatan untuk membuat research bagaimana untuk membuat radio dimana kita sendiri merupakan Dee Jay nya. Prosesnya sangat mudah dan boleh dibuat oleh semua orang. Terdapat satu contoh stesen yang saya telah buat sekarang ini dikendalikan oleh kawan saya. 

Contoh: Silakan Klik untuk melihatnya Disini

Hanya berbekalkan laptop dan microfon, beliau berjaya mendapat pendengar yang setia dari segenap ruang yang menggunakan talian internet tak kira dalam dan luar negara.[katanya ada dari unvrct Lincoln hehe]


 Terdapat 2 perkara yang anda harus lakukan iaitu:

 A) Mendownload Perisian ini, Namanya Virtual DJ [pergi ke Google dan Taip je virtual dee jay hehe.cari cracked version]


 Setelah itu, ikut sahaja step yang diberikan dalam website diatas untuk memasang radio kamu sendiri. 


Banyak juga faedahnya nanti. Boleh ber de jay sambil promote sesuatu barang. Nak tarik pelanggan ataupun sekadar suka-suka sahaja. Ada kaedah alternatif untuk radio online ne. Setahu saya program seperti JetAudio pun boleh cast radio. Selain dari itu Winamp pun boleh juga. So, kepada sesiapa yang punya propaganda tu bolehla mencipta radio sendiri.

Hanya sekadar satu perkongsian. Bak kata kawan saya Ilmu Tuhan bagi-bagi hehe.


**dah cipta malas plak nak handle hehe. kesimpulan=bagi kat kawan. Pasne nak ajar plak nak cast TV sendiri hehe**

Internet Bermusim

Bila UPSI bercuti, maka akan mucul 2 keadaan:

Premis A) Internet Laju (sebab saya guna sorang-sorang)
Premis B) Saya boring (Walaupun sedang bekerja dengan Kolej)
Premis C) Kesimpulan: Facebooking,Blogging,buat video, buat lagu, buat research macam-macam dan makan [especially hehe]



Bila UPSI Tak Cuti, maka akan timbul beberapa keadaan:

Premis A) Internet Slow (Sebab saya tak guna sorang-sorang)
Premis B) Saya Ada Baaaaaaaaanyak Kerja (termasuk tak berfaedah-biarlah rahsia hahaha)
Premis C) Kesimpulan: Semua kerja tertangguh (Kecuali status facebook)




**Entri ini muncul disebabkan  oleh kadar ke 'slow' an internet tahap super Lipan yang melandai ruang lingkup streamyx yang menjana penulisan ini.**

p/s-kepada Mamak Suppoter, jom lepak g mamak. Pekena nasi goreng ayam bagus ne.

Belajar Compose Lagu Sendiri

Mereka-mereka yang berada di luar sana, mari belajar buat lagu. Sapa-sapa yang minat sama, moh ler kenal-kenal. Manatahu dapat input yang lebih cool. Kat bawah ne saya sertakan secebis [hahaha] lagu yang berjaya saya compose menggunakan Magix Music Maker. Kalau best..komen..tak best..tutup browser.Simple hehe. Xdela gurau sahaja. Segala kritikan amat dialu-alukan. Sekian dan harap maklum [ayat skema].








 

Selamatkah File Peribadi Anda

Dalam laptop/PC engkorang mesti ada bahan or barang yang korang taknak share dengan orang lain kan. Mesti ada punya la. Tak gambar..video, tak video...diari, tak diari....file-file peribadi dan bermacam-macam lagi. Lagi-lagi apabila laptop/PC anda tu memang selalu bertukar tangan dengan sedara-sedara, adik, abang, kakak ke.

So, melalui pengalaman-pengalaman lepas saya, lebih baik saya rekemenkan satu software yang memang selamat untuk anda gunakan dan sebagai tempat menyimpan barang-barang tersebut. Memang hampir impossible la untuk orang lain buka jika tak tahu passwordnya. Saya dah tgk forum omputih dan memang Ok juga benda ne. Dah la simple. Nama software tu ialah FOLDER LOCK. Susah-susah taip je kat google baca kat situ [hehe]. Dah puas hati baca balik sini. Kat bawah ne muka beliau:






Lebih kurang cenggitu la mukanya. Nanti korang akan buat satu folder dan bubuh la apa yang patut dalam folder tu. Dijamin selamat. Tapi harus diingat, salin ler password awak semua kot-kot terlupa, payah nanti. Saya ulang lagi, salin password nanti terlupa. Benda ne tak free tau, tapi bebudak omputih ne kan canggih-canggih. Dah ada 'Crack' or lesen yang dorang wat hehe.

Nak cuba benda ne Klik kat sini>>>>>>>>Download<<<<<<<<<<

Cubala..mungkin berguna bagi anda. Saya dah test..nak share kat orang lain plak hehe. Share ilmu, nanti kita tak tahu apa yang tuhan bagi kat kita plak.

Saturday, November 20, 2010

Celcom dan Broadband

Saya telah membeli Celcom Broadband awal tahun ini. Beli modem dan Sim asing-asing.Maksudnya, saya beli lain-lain masa. Tujuannya, elakkan pakej yang bakal menjerat diri sendiri dengan "kontrak" yang nyata membuatkan anda susah satu hari nanti. Dengan pakej 68 ringgit sebulan dan kuota sebanyak 5 Gb, saya menggunakan celcom broadband dengan berhemah [hehehe].

Selepas beberapa bulan, dipendekkan cerita saya x dapat membayar bil bulanan beliau disebabkan prioriti aliran kewangan saya yang lain [konon]. Maka talian internet saya di putuskan. Dah tu tiap minggu ada orang call suruh bayar [padan muka]. Pada bulan berikutnya saya berjaya membayar kesemua bil. Tunggu 1 hari untuk pengaktifan semula setelah ber 'dating' sekejap dengan operator celcom.

2 bulan kemudia ditakdirkan saya tak dapat membayar lagi bilnya. Diputuskan lagi taliannya. Saya meminta tempoh untuk menjelaskan bil bulanan tersebut. Dalam sebulan rasanya tak terbayar lagi. Yala, mana saya nak korek duit. Dah beso2 cenggini takkan nak call mak bapak plak. duit gaji kerja ngan kolej plak dah dikebas oleh PC yang saya baru beli sebab laptop lama rosak

Dipendekkan lagi cerita, maka nama saya telah di BLACKLIST. Dan berikut merupakan antara penangan blacklist yang saya kaji dan saya tanyakan kepada orang yang selalu call saya dan operator celcom dan setelah saya surf internet mengenainya:

  1. Tak dapat beli broadband baru
  2. Tak dapat beli sim biasa yang baru (yang sedia ada x kacau la)
  3. Kalau dorang anta nama tu g bank..amacam?
  4. Beli nmbor broadband selain celcom cam Digi ke Maxis pon x leh gak
Sekarang dah setel dah [gumbiranya hati hahahah]. cukup duit dan saya terus p membayarnya. Pernah juga untuk meminta 'temporarily disable' kan connection tapi dorang kata mesti anta fax tunjuk sebab. hapeke jadahnye?... memang kaw2 punya sistem da..kalau internet conncection mantain laju takpe gak [kankankan]

Jadi kepada insan-insan di luar sana yang teringin nak ber broadband tu beringatlah selalu hehe. Celcom tak kan tahu kadar kewangan anda dan tidak mahu tahu pun mengenainya.

**pasne nak g praktikum kat Klang. mesti beli brodband baru. Apa yang paling best yer?..hmmm...nak beli balik juga ne sebab nombor lama dah tak leh pakai

Broadband: Satu Keperluan dah zaman ne (ne la broadband keramat gua)

Masih mencari-cari lagi broadband yang sesuai sekarang. Nanti saya nak guna kat Sabah gak nanti. Dah ler kampong saya line celcom pon xd...sadis huhu..

Kenapa Masyarakat Mudah Menerima Konsep Maher Zain

Siapa tak kenal Maher Zain seorang penyanyi dan pendakwah yang semakin melonjak naik. Saya sendiri sangat tertarik dengan konsep dan penampilan beliau [tak tahu plak kalau ada yang tak suka beliau-jika ada cepat2 tutup window artikel ini hehe]. Bukan apa, sahaja terpanggil untuk memberikan buah fikiran. Saya  bukan religious sesangat pun. Hanya sebagai satu perkongsian dan percambahan kepada pemikiran yang lebih terbuka.

Popular dengan albumnya Thank You Allah, Maher Zain berjaya menarik peminat khususnya di Malaysia. Cuma, pernah orang terfikir dimana letaknya kekuatan pembawaan Maher Zain sehingga beliau mampu membuka mata semua umat Islam dan bukan Islam terhadap konsep sebenar yang dibawakan oleh Islam.

Dalam erti kata yang lain, melalui pembawaan Maher Zain, isi utama yang beliau cuba sampaikan itu sangat mudah diterima semua pihak. Cuba search kat mana-mana. Saya pernah melihat orang bukan islam tertarik dengan konsep "keamanan" yang beliau cuba sampaikan [ada gak yang prejudis..mesti punya la].

Ini hanya pendapat saya dan diharapkan tiada isu lain yang timbul plak [hehe]. Antara perkara menarik mengenai Maher Zain yang dapat dilihat ialah:

  • Muzik kontemporari dan asli- Beliau mengaplikasikan muzik moden dalam dakwahnya. Sebab itu golongan muda mudah untuk menerimanya
  • Lirik yang sederhana dan bersahaja- "Yes its easy to blame everything from the west, when in fact the focus should be on ourself". Antara lirik beliau yang membuka mata [saya khususnya]
  • Simbol kepada Kemajuan Islam- Saya melihat beliau sebagai satu ikon kepada umat islam yang maju dari serba serbi [op kos ler beliau ada kekurangan]. Pendidikan= Bachelors degree in Aeronautical Engineering, pakaian dan cara hidup moden yang masih berpegang kepada syariat. Kemajuan Pemikiran: Segalanya bertolak titik dari tindakan umat Islam kenapa Islam seperti ini pada hari ini. Tidak sepenuhnya menyalahkan orang lain "kafir itu kafir ini"-contoh ler
  • Berjaya mengadaptasi kemajuan moden dari barat.-Lihat sahaja videoclip rasmi lagunya yang bertajuk "The choosen One". Beliau menunjukkan cara hidup Rasulullah dalam konteks yang lebih moden tetapi masih kekalkan nilai yang Rasulullah s.a.w sampaikan.

Hanya sebagai satu pemerhatian dan bukannya bertujuan apa-apa. Cukup terkesan dengan pembawaannya. Jika ada kesalahan tolong betulkan saya. Saya ulangi lagi, sebab saya tak arif dalam hukum hakam agama. Ada juga golongan yang menyatakan bahawa muziknya melalaikan sebab menggunakan instrumen yang tidak dibenarkan. Saya takkan komen part tu lebih-lebih [selamatkan diriiiiiiiiii hehehe]


 **beliau berjaya membuka mata dunia dalam lagunya bahawa Agama Islam bukan berteraskan kepada keganasan, Ya atau tidak?..Fikirkan sendiri**

Bila Kedai Mamak Mengalahkan Restoran Melayu/Bumiputera

Baru je balik dari kedai mamak [yeahhh support mamak]. Makan mee goreng + nescaffe ais. pastu sesampai rumah. 2 benda yang saya buka sekarang ialah Facebook dan Blogger. Sebelumnya saya hanya buka facebook je hehe.

Jadi, timbul plak idea ne. Dah lama sebenarnya cuma tak ada tempat nak tulis. Jadi saya dah ada blog, bolehla di perbincangkan disini. Seperti biasa soalan-soalan ini telahpun saya tanyakan kepada ramai orang dan sekarang saya tanyakan kepada semua kaki internet kaki blogger ne.

Persoalannya: Dimanakah letaknya kekuatan Kedai Mamak?

Persoalan yang sangat menarik bukan?. Kalau tak menarik, kenapa pensyarah saya buat kajian yang bertajuk lebih kurang dengan tajuk entry saya, cuma bunyinya mungkin agak ilmiah dan sopan.

Kemungkinan bagi jawapan ini adalah:
  • Pada kawah yang digunakan untuk menggoreng (dalam kebanyakan kes, apabila mamak menggoreng satu menu ke menu yang lain/mereka akan menggunakan bekas yang sama) cth-goreng mee goreng dah tu goreng nasi goreng
  • Pada rempahnya.-Mengikut pemerhatian saya [korang tak tahu plak mcmana hehe], 90 peratus dari makanan mamak adalah curry [nyumnyum]
  • Pada Tekniknya- zup zap zup zap...mee goreng siap...erk..
  • Pada servisnya-kalau dikira masanya, mamak cepat siap berbanding "restoran2' yang lain
Btw, saya sendiri tak pasti. Sebab itu saya bawakan persoalan ini untuk dikongsi bersama. Dan saya tak berkesempatan bertanyakan atau melihat hasil kajian pensyarah saya. Tapi klu yang beliau berikan ialah pengaruh letakan Kedai mamak dan sistem 24 jam yang selalunya dijalankan di mana-mana kedai mamak.

Roti Tisu Mamak Bahtera..cayalah..lebih bermanfaat dari menara 100 tingkat [ops]


**nota- Kepada anti-mamak sila abaikan entri ini hehe. Kepada peniaga melayu/bumiputera, ambil iktibar.sekian.

Dedikasi Buat Kawan Alam Maya

Setelah baru jadi blogger yang aktif beberapa hari ini [kebosanan kut] sebab dah cuti semester UPSI ne. Baru saya sedar blogger juga mempunyai ikatan yang boleh dikatakan rapat selain kewujudan "mambang-mambang tanah" yang sedikit sebanyak mengganggu keharmonian blogger [cewah].

Pada awalnya takut gak nak dedahkan identiti kat blog kut-kut ditangkap ISA [hahahaha] kalau tersilap langkah. Tapi bila dah jenguk-jenguk tengok-tengok blogger otai seperti Ben Ashaari, hmm..best gak men blog ne hehehe. Pernah dahulu buat blog untuk google adsense. Tapi kalau buat blog semata-mata untuk adsense ke nuffnang ke adword ke pun tak best gak. Kering otak fikir idea. Bila berblog untuk ramaikan kenalan dan share ilmu-ilmu ne tak putus plak idea nak tulis apa hehe.

Namun, setiap blogger pasti ada batasnya yang tersendiri. Takkan nak tulis suma kot dalam blog kan. Parah wei hehe. Dah la jenis malas nak tulis baca ne. Tapi blog ada tarikannya yang tersendiri [penyokong fanatik blogger tepuk tangan]

Semalam surf lagi geledah web justkhai, katanya kalau nak selamat blogging pakai la wordpress-self-hosting. Adalah kelebihanya yang tersendiri. 2 or 3 tahun lepas saya dah mula belajar dalam blogging ne. Tak kisahla blog ke wordpres ke bahkan kaji plak website2. Nak cuba cari duit toksah kata, dah pernah cuba ebay dan macam-macam [Duit gaji chekgu x cukup? bersyukurlah nak hehe]. Belum ada rezeki lagi kot. Yang best tu skill dah ada. Tak la terkapai-kapai kalau nak terjah balik bisnes macam tu.

Ada macam-macam tujuan blog. Yang saya sendiri tak dapat lari ialah letak nuffnang Ad kat blog hahahahaha. Sapa tanak wei. Apapun marilah sama-sama ikhlaskan hati ber blogging. Mudah mudahan kita dapat benda bermanfaat darinya [macam kuliah subuh dah ne]

Yang baru berblog-saya la sapa g hehe. [x dpt sign kat sini]

Jom Belajar buat Filem

Salam semua, sebelum ini saya pernah postkan mengenai Gian saya terhadap buat movie dan lagu sendiri. Entah bila minat ne muncul tapi seingat saya first time tertarik dengan buat filem sendiri ialah sewaktu saya semester satu kat U ne. Kali ini saya nak postkan lagi salah satu 'Test Subject" saya yang saya dah post kat facebook. Jadi kali ini, biar saya share kat blog plak. Saya masih rakam video menggunakan henset Nokia N95 8G yang menggunakan kamera 5 MegaPiksel sahaja. Kualiti pun sangat kurang tapi setidaknya saya ada modal untuk belajar mengedit video secara "amatur" sahaja.

Video ini sepenuhnya menggunakan "handheld" dan saya cuba untuk "smooth" kan video ini disebabkan gegaran. Warna pun tak dapat sekata sebab kamera yang tak Ok dan rakaman pada waktu malam. Saya juga mencari member-member yang mempunyai minat yang sama untuk sama-sama kembangkan minat dalam video dan audio editing.

Banyak faedahnya nanti antaranya;

  1. Buat video orang kahwin (berbayar la beb hehe)
  2. Untuk keluarga-rakam anak-anak waktu kecik2 best gak simpan
  3. Alat Bantu Mengajar (untuk cikgu tarik perhatian student)
  4. untuk suka-suka-join festival filem pendek best gak. Lumayan juga tu.
  5. Pembentangan individu, syarikat, pendidikan pun best
Video pertama: Member saya BoB menjadi Test subject video stabilizer
Video Kedua: Intro Pembentangan Ekologi (geografi)
Kat bawah ne videonya:)
 







 
 
 
 






  

Benda Free Yang Orang Tak Perasan 2

Adakah anda seorang pendownload Movie yang Tegar?
Mencari Website yang Sesuai Untuk download?
Software yang mudah dan Laju?
Malas dengan DVD cetak rompak yang harga tinggi tapi kualiti tahap Lipan?

Salam semua, saya nak kongsikan satu lagi Application/Software untuk mereka-mereka yang suka mendownload movie tapi tak tahu kat mana dan bagaimana. Software ini saya kira sangat mudah dan ada kelebihannya. Nama software ini ialah Qvod Player. Ianya macam player biasa tapi boleh download movie. Kat bawah ne screenshotnya. Silakan Tengok:D

Download (klik) dan install dan macam ini rupanya.



Setelah selesai mendownload dan install, pergi ke laman web ini http://www.tom365.com 





Anda klik sahaja mana-mana tajuk movie yang anda berkenan dan cari link download. Tekan link tersebut dan Qvod player akan mendownload movie tersebut. Tunggu la sampai siap nanti. Saya gunakan software ini sebab kualiti movie (err movie melayu xd ea) sangat baik. Layan movie series macam Heroes dan Fringe dalam website ne.

Keburukan: Web ne dalam bahasa cina. Jadi rajin-rajin la cuba jaya untuk mencari genre movie kat mana. Kena usaha dulu baru jadi hehe.

p/s-Jika anda pengguna broadband, toksah install. kang habis 5 Gigabyte kuota broadband tu hehe. Sesuai bagi mereka yang menggunakan StreamyX.

Sekian dan harap Maklum.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...