Sudi Jadi Teman?

Monday, June 3, 2013

Anugerah

Snap spontan ketika menikmati coffee petang sesudah hujan petang semalam...

Bagaimana Untuk Menghargai

Duduk mendengar radio, menunggu lagu kegemaran untuk diputarkan. Terkenang zaman sekolah menengah. Saat radio menjadi menjadi tarikan sama seperti facebook,google dan sebagainya. Keadaan ditambah parah dengan undang-undang asrama yang melarang radio. Alasannya, takut menganggu proses belajar setiap jam 2 petang dan 8 malam.

Ketika itu, saya dan member membuat teknik bijak dengan membuka radio kecil dan melekatkan dengan bekas pensel besi. Wayar radio entah macamana, tak tahu dari mana idea sampai. Radio berfingsi dengan baik. Hanya wayar audio/earphone yang keluar. Waktu belajar petang atau malam, bekas pensel di depan, wayar audio masuk di baju, hujungnya keluar dekat leher baju terus ke telinga.

Lucu...

Pun begitu...radio lah yang menghiasi telinga sepanjang di asrama. Kecuali warden sampai. Tapi pelajar sudah tentu ada scout warden yang tersendiri. Bagi signal sikit, wayar radio masuk dalam bekas pensel. Confirm warden tak kuasa nak buka satu-satu bekas yang banyak atas meja.

Kita terkadang memang macam tu. Bila sesuatu perkara sudah sukar untuk diperoleh barulah kita memahami makna dan kepentingannya. Tak kira lah, benda ke..orang ke..memori ke..semuanya jadi mahal bila ianya sukar diperoleh atau sudah berlalu.

Wallahualam. Mari jadi insan bersyukur:-)

Sunday, June 2, 2013

Masa Berkualiti

Orang kata masa itu emas. Kalau masa itu dalam bentuk fizik, berjasad dan nyata. Pergh, confirm tak cukup masa ne dibahagikan manusia. Dengan saya sekali nak kumpul berjuta-juta hehe..

Waktu drive ke pekan tadi pun ada dee jay yang memperkatakan tentang soal masa. Dee jay itu sedang interview atlit sukan. Atlit tu kata, dasar bagi kecemerlangan ialah masa berkualiti di rumah. Eh, biar betul atlit ne. Dulu masa berkualiti untuk saya adalah tido sepanjang hari hehe...

Congak-congak dalam kereta untuk mentafsir maksud atlit sukan itu. Lalu saya simpulkan bahawa ianya melibatkan emosi dan jasmani. Sepatutnya di rumah kita mendapatkan kondisi emosi dan jasmani yang terbaik. Orang kata rumahku syurgaku.

Siapa yang mampu buatkan rumah dan isinya berada dalam keadaan terbaik. Kadang suasana rumah membuatkan stress. At least bukan rumah saya hehe. But look around....sample everywhere..

Anak lelaki stress dalam rumah...anak gadis stress dalam rumah. Sampai ke lambok ikut boyfriend...kat lambok tak stress agaknya..ntah...

Macamana mahu buatkan masa di rumah berkualiti. Its a teamwork. Macam main bola. Semua ahli patut memberikan yang terbaik. Saling mengingatkan antara satu sama lain.

Lastly,praise to the lord. Insha-Allah.

Saturday, June 1, 2013

Demam Pesta Kaamatan

Musim cuti sekolah digunakan sepenuhnya oleh masyarakat kampung untuk mengadakan pesta kaamatan. Pada asalnya, tarikh bagi pesta kaamatan sebenar adalah pada 31 mei setiap tahun. Masyarakat dahulunya yang masih terikat dengan animism memuja semangat padi agar tanaman musim seterusnya lebih banyak. Konsep yang sama iuga digunakan untuk musim gawai untuk masyarakat iban di sarawak. Cumanya, pesta kaamatan ini diraikan oleh masyarakat kadazan-dusun di sabah.

So, sekarang ini rata-rata masyarakat sudah beragama Islam,Kristian dan sebagainya. Pesta kaamatan masa kini lebih kepada penerusan adat dan tradisi semata-mata tanpa melibatkan iktikad lain. Ada lagi seorang dua kot yang masih mengamalkan animism, tapi untuk berjumpa dengan orang seperti itu sangat sukar.

Jangan salah sangka, arak bukanlah simbolik bagi pesta ini. Secara dasarnya, agama melarang minuman arak. Tetapi, jika ada yang meminumnya dari kalangan umat kristian atau islam umpamanya. Itu atas dasar individu,bukannya atas dasar agama. Crystal clear right hehe.

Nanti-nanti update la gambar pesta. Ingat mahu buat vlog, tapi tak cukup kuota broadband. Macam-macam acara dibuat. Sukaneka persembahan dan sebagainya. Esok-esok dah nak kena print tiket bertuah pulak ne. Hadiah utama seperti basikal..kampung sebelah ada yang bagi handphone..siapa tak mauu weh hehe..

Nanti cuba cari acara yang bersifat tradisional untuk dipaparkan. Bukan mudah mahu melihat acara tradisional kaamatan lagi..so, update coming soon...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...