Sudi Jadi Teman?

Wednesday, July 29, 2009

Nibiru Planet: Propaganda atau Fakta

Mungkin ada yang pernah dengar dan saya percaya ramai yang belum pernah mendengar nama planet ini. semester 2 pengajian saya di U, saya mendapat tahu tentang berita ini melalui laman youtube. Waktu itu tengah search cheatcode untuk game, tapi saya jumpa benda lain. Pihak NASA dikatakan menyembunyikan fakta ini tetapi disembunyikan atas perlindungan daripada organisasi terbesar dunia (Illuminati tak silap saya), agar tidak mendedahkannya kepada umum. Sebabnya fakta-fakta (walaupun fakta ini masih saya ragui) yang ditunjukkan boleh membuatkan satu dunia ini panik dan tak terkawal. Antara yang saya maksudkan ialah:

  1. Planet Nibiru merupakan sistem solar yang lain dan tidak dinyatakan dalam peta sistem solar yang wujud
  2. Sistem solar sedia ada sekarang berada di ambang maut
  3. Perlanggaran sistem solar planet nibiru dengan sistem solar bima sakti (matahari dan 9 buah planet) iaitu sistem solar kita akan berlaku pada tarikh 12.12.2012
  4. perlanggaran ini juga dinyatakan dalam ramalan masyarakat Maya-masyarakat kuno pada tarikh sama
  5. Planet bumi merupakan benda pertama yang akan berlanggar
  6. Pernah dinyatakan dalam berita tempatan mengenai sikap sekumpulan orang barat yang mengumpul dan bersedia (seolah-olah bersedia terhadap sesuatu)
  7. Dikaitkan dengan perubahan pelik alam semesta (maksud saya kejadian gerhana, perubahan iklim dan kejadian yang berkait dengan alam)
  8. Pihak Nasa pernah menghantar roket berisi bom (dalam bentuk hidrogen dan helium) ke marikh untuk mempercepat proses perlangaran (seperti yang didakwa di kebanyakan video planet nibiru di youtube)
  9. Perlanggaran ini juga dikaitkan dengan pergerakan kegiatan kumpulan Freemason dan Illuminati
Berikut adalah contoh gambar yang saya maksudkan:

Persoalannya, betul ataupun tidak terpulang kepada kawan-kawan untuk menilai. kalau nak tahu dengan lebih lanjut, tanya pakcik google dan pasti ada banyak jawapan darinya. Lihat kat youtube untuk mendapat gambarannya. Saya hanya mahu membuka minda kengkawan semua. Jumpa lagi semuaaaa:)

Monday, July 27, 2009

Jom Kengkawan Renungkan "Future" Bumi Kita Ni..

Salam..nak gtau kengkawan satu benda yang menarik g hari ini. Waktu kat dewan kuliah Sejarah 1800-1900 jam 2-4 tadi, saya sempat meng "on" kan handset dan membaca berita. Selain terkejut dengan pemergian artis tanahair, Yasmin, saya sempat tengok berita kat kosmo. Tajuk dia mcm ni

"Kawasan ais hilang di laut Chukchi"

Wow!..boleh jadi sumber asigment ni hehe. Takla..apa yang saya nak kongsi ialah kita ni banyak benda yang sebenarnya kita tak tau pun!!!. Dalam berita tu ada menyatakan tentang pencairan ais. LEBIH SATU JUTA KILOMETER AIS CAIR PADA MUSIM PANAS 2007!!. Agak2 satu juta km tu berapa besarnya ya...Malaysia tak besar mana pun huhuhu. Sebelum tu cuba kengkawan tengok gambar kat bawah ni. Yang berwarna putih tu ais..n then hilang dah sekarang,...

(sumber: http://www.kosmo.com.my)
Malaysia ni kecik je...tak sampai sejuta km pun. Antara kesan-kesan benda ni nanti terhadap seluruh sistem kat bumi ni boleh dilihat di bawah:
  1. Pulau-pulau macam Singapura boleh hilang
  2. Ribut taufan (tempat yang ok pun boleh ada)
  3. Tsunami
  4. Perubahan pola iklim dunia
  5. Yang pasti sangat bahaya bagi kehidupan
Betapa hebat manusia ni membuat aktiviti yang boleh mengancam habitatnya sendiri. Agaknya berapa tahun lagi kita kat dunia yang ada sekarang sebelum musnah oleh kita sendiri. Bayangkan sahaja 8jutan tan karbon dioksida dibebaskan ke atmosfera setiap tahun. huhu...fakta yang menakutkan bukan. So..sama2 la kita sayangi alam sekitar ye...jumpa lagi awak semua:)

Kampung Saya Di Bawah Banjaran Crocker


sewaktu cuti semster lepas (sebulan lepas..agak2 la), saya balik ke kampung dan berkesempatan ikut keluarga pakcik saya ke banjaran CROCKER (bangga wei..). Naik turun bukit dalam 3km baru sampai kat sungai tu. Mereka bercadang nak tangkap ikan atau dalam bahasa Dusun "mingrapug". saya sendiri pun tak tau apa teknik tu. Apa yang paling best tentang journey ini ialah suasananya. Memang best+penat+lapar+excited.

Saya akan kongsikan pada awak semua apa yang saya jumpa kat hutan tebal tu, antaranya ialah:
  1. lipan sebesar ibu jari orang dewasa (ewww)
  2. Ikan sungai yang saya tak pernah tengok (ajaib weh)
  3. jenis2 flora yang baru
  4. Syampoo (akar kayu menjalar yang digunakan oleh makcik saya sbg syampoo-berbuih banyak)
  5. Buah Anggur (pakcik kata jangan makan, racun)
  6. Batu sungai yang tersangat la besar
  7. Nasib takde jumpa bunian...puteri bunian ke huhu
Dapat saya simpulkan bahawa ianya best. Ada ura-ura nak jadikan tempat pelancongan. Time dalam hutan tu saya tengok je dorang tangkap ikan. Saya tak pandai teknik dulu-dulu tu (hehehe). Cuba korang bayangkan dorang tangkap guna kain...dapat imagine tak?..Apa-apa pun, time makan sangat best. Saya hampir habiskan 3 pinggan nasi dan hampir2 melanyak orang lain punya nasi. Ada banyak lagi yang saya nak tulis ni tapi tak sempat..nak g discuss g ni kat kampus. See u next time, with other intersting event from me:)

Sunday, July 26, 2009

Hai Untuk Semua


salam:)...
sekarang jam 4.09 minit pagi..dan tetiba plak nak buat blog. punya leceh daftar itu ini baru dapat menulis kat blog ni. ok, sebelum tu biar saya jelaskan gambar kat sebelah ni dulu..aaaa...ni la saya...gambar time kuliah ni..takut disoal lecture..masih budak baru kat U masa ni..fuh..punya skema kan hehehe..

Boring melanda dan menyerang ni...otak pun blur dek tak tido g dari tadi...


Ok lah. Kepada kengkawan di luar sana, jom kita berkenal-kenalan. saya dah lost contact ngan member. dah 3 tahun kat U baru tergerak hati nak buat blog. Harap dapat scan dorang kat blogspot ni. Kepada bakal kawan-kawan baru, jom jadi teman baru saya. Banyak benda nak share ni....dan banyak benda saya tak tahu sebab tak concern dengan laman-laman macam blog ni. Anyway, salam sahabat dari saya:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...