Caya tak caya tak caya tak caya..tengok ne..
Eh..Sory2..bukan tu...Klik Kat Link Ne..Status Twitter PM tercinta..
Tuesday, November 22, 2011
Monday, November 21, 2011
Kemenangan Harimau Muda: Prestij Tersendiri
Pasukan bolesepak kebangsaan Malaysia yang menang menentang Indonesia malam ini merupakan satu kejayaan besar buat Malaysia. Walaupun kemenangan melalui gol penalti, tapi masih cukup membanggakan kerana mengalahkan tuan rumah di gelanggang sendiri. Tahun-tahun sudah pula memperlihatkan kemenangan sewaktu piala AFF.
Perlawanan antara Harimau Muda dan Garuda seakan-akan menjadi game utama bagi keseluruhan acara sukan sea 2011. Walaupun pungutan pingat sedikit, tapi bila Harimau Muda memenangi perlawanan ini, pasti mendapat kesan di hati penyokong Malaysia mahupun Indonesia.
Setidaknya, atlit dan pegawai bertugas yang lain juga boleh melupakan "kesukaran" yang mereka alami daripada penyokong dan provokasi sewaktu berada di sana.
Tahniah Team Malaysia dan Indonesia kerana memberikan persembahan terbaik. Majulah sukan bolasepak untuk negara.
![]() |
| Banyak Hati Sudah Terubat... |
Final Malaysia vs Indonesia: Harimau Muda Umpama Berperang Menaiki Barracuda
Kemungkinan besar ini lah yang bakal berlaku keatas pemain pasukan bolasepak kebangsaan Harimau Muda (Malaysia) menentang Indonesia malam ini. Keadaan ini mengambil kira faktor keselamatan pemain ekoran daripada reaksi daripada penyokong Indonesia yang dilihat begitu "teruja" dengan kehadiran mereka. Apatah lagi pasukan Indonesia kalah pada perlawanan peringkat Kumpulan...
![]() |
| Pasukan Harimau dalam Perisai Barracuda |
Ok la tu, maksudnya pasukan kita memang digeruni. Hehe. Kalau tak dipandang enteng atau sipi-sipi je. Pasukan lain tak pula dibuat macam ini. Insiden sepak terajang dalam pencak silat pun sudah membuka mata negara asean lain. Tak ada apa yang perlu disembunyikan lagi kerana banyak insiden 'membuka pekung sendiri' dalam sukan sea kali ini.
Kita mengharapkan game yang adil dan bertenaga daripada kedua pasukan. Pasukan Indonesia juga pasti mengharapkan kemenangan sepertimana kita rakyat Malaysia mengharapkan kemenangan yang sama. Apa pun..Go go Harimau Muda...JERSI BOLASEPAK NEGARA SEMAKIN LARIS..maksudnya???
Subscribe to:
Posts (Atom)



