Sudi Jadi Teman?

Thursday, February 3, 2011

Aku Dan Pakis

Pakisku layu
Angkara matahari
syukur hijaunya masih ada
Syukur segarnya masih ada

Hidupnya di pinggir
Orang mencari ketika sudah tiada apa
sedap sangat bila cukup rasa

Setidaknya boleh makan lagi

: Pengalaman hidup merantau: xd lauk cari pakis kat sungai

Wednesday, February 2, 2011

Cabaran Hidup Yang Mengajar Erti Hidup

Setelah sekian lama tidak menaip, akhirnya malam ini tertaip juga. Dah lama tak blogwalk dan ikut perkembangan blog kawan-kawan lain. Sibuk dengan persediaan itu dan ini untuk berpraktikum pada 7hb Feb ini [alamak dah dekat!]. Kadang-kadang perlu lalui kesusahan hidup untuk belajar. Itulah sebaik-baik guru dalam menghadapi cabaran untuk menjadi insan berguna.

Dari Tanjung Malim ke Klang naik lori merupakan ekspedisi pindah rumah yang sangat memenatkan. Dah lect buang kitorang kat sana, nak tak nak kena terima sahaja. Mula-mula minta kat sekinchan, dapatnya SMK Tengku Idris. Redha je la kan.

Persoalan memberku: Awak leh tido panas2 gne..?

Kalau anak murid nampak cikgu mcm ne agak-agak apa respon mereka?. Harap kerjasama yang terbaik dari mereka nanti huhu. Pengalaman berjemur dari jam 7-3 ptg tak akan dilupakan. Setidaknya bila saya melihat semula entri ini, saya boleh citer kat anak-anak lak [cewah].

Teman Sem 1-kini: Cikgu Nordin Ahmad. roomate se lori ku hehe
Inilah insan yang sanggup berjemur dengan saya. Tq cikgu Din. 4 bulan mendatang kita hadapi cabaran sekolah tempat mengajar. Tapi, macamana awak leh dapat sekolah pompuan aku tidak? [x puas hati]..

Ok, sampai disini sahaja. Esok esok sambung ea...


: Berdoa agar semuanya lancar. Amin.

Saturday, January 1, 2011

Bila Aku Pemes [Famous]

....Bila aku pemes...

Keletak-keletak keletuk
pintu rumahku diketuk
ramai saudara mara menjenguk

Keletak-keletak keletuk
Aduh kepalaku diketuk
Akhbar berita pun mengutuk
haram jadah salahku sekecil kuman dan habuk
habis dikorek walaupun dah lapuk

Keletak-keletak keletuk
mataku pening pusing dan mabuk
muncul mambang dari gubuk
kebencian kepadaku dia pupuk-pupuk

Aduhai la pemes
kenapa ramai yang datang jeles
tiba-tiba perlakuanku jadi persoalanmu
apa keeeesss??

Cak pong-Cak pong
Dulu ku melukut ngko melopong
Sekarang ku pemes engkau melolong

Keletak-keletak keletuk
Jangan lah hendaknya kita umpama beruk
nanti macam-macam perangai macam kena sampuk


: Tiba-tiba peribadi pemain bola Malaysia jadi bualan....apa kes?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...