Mungkin ada yang pernah dengar dan saya percaya ramai yang belum pernah mendengar nama planet ini. semester 2 pengajian saya di U, saya mendapat tahu tentang berita ini melalui laman youtube. Waktu itu tengah search cheatcode untuk game, tapi saya jumpa benda lain. Pihak NASA dikatakan menyembunyikan fakta ini tetapi disembunyikan atas perlindungan daripada organisasi terbesar dunia (Illuminati tak silap saya), agar tidak mendedahkannya kepada umum. Sebabnya fakta-fakta (walaupun fakta ini masih saya ragui) yang ditunjukkan boleh membuatkan satu dunia ini panik dan tak terkawal. Antara yang saya maksudkan ialah:
Persoalannya, betul ataupun tidak terpulang kepada kawan-kawan untuk menilai. kalau nak tahu dengan lebih lanjut, tanya pakcik google dan pasti ada banyak jawapan darinya. Lihat kat youtube untuk mendapat gambarannya. Saya hanya mahu membuka minda kengkawan semua. Jumpa lagi semuaaaa:)
- Planet Nibiru merupakan sistem solar yang lain dan tidak dinyatakan dalam peta sistem solar yang wujud
- Sistem solar sedia ada sekarang berada di ambang maut
- Perlanggaran sistem solar planet nibiru dengan sistem solar bima sakti (matahari dan 9 buah planet) iaitu sistem solar kita akan berlaku pada tarikh 12.12.2012
- perlanggaran ini juga dinyatakan dalam ramalan masyarakat Maya-masyarakat kuno pada tarikh sama
- Planet bumi merupakan benda pertama yang akan berlanggar
- Pernah dinyatakan dalam berita tempatan mengenai sikap sekumpulan orang barat yang mengumpul dan bersedia (seolah-olah bersedia terhadap sesuatu)
- Dikaitkan dengan perubahan pelik alam semesta (maksud saya kejadian gerhana, perubahan iklim dan kejadian yang berkait dengan alam)
- Pihak Nasa pernah menghantar roket berisi bom (dalam bentuk hidrogen dan helium) ke marikh untuk mempercepat proses perlangaran (seperti yang didakwa di kebanyakan video planet nibiru di youtube)
- Perlanggaran ini juga dikaitkan dengan pergerakan kegiatan kumpulan Freemason dan Illuminati
Persoalannya, betul ataupun tidak terpulang kepada kawan-kawan untuk menilai. kalau nak tahu dengan lebih lanjut, tanya pakcik google dan pasti ada banyak jawapan darinya. Lihat kat youtube untuk mendapat gambarannya. Saya hanya mahu membuka minda kengkawan semua. Jumpa lagi semuaaaa:)