Sudi Jadi Teman?

Monday, July 27, 2009

Home » , » Jom Kengkawan Renungkan "Future" Bumi Kita Ni..

Jom Kengkawan Renungkan "Future" Bumi Kita Ni..

Salam..nak gtau kengkawan satu benda yang menarik g hari ini. Waktu kat dewan kuliah Sejarah 1800-1900 jam 2-4 tadi, saya sempat meng "on" kan handset dan membaca berita. Selain terkejut dengan pemergian artis tanahair, Yasmin, saya sempat tengok berita kat kosmo. Tajuk dia mcm ni

"Kawasan ais hilang di laut Chukchi"

Wow!..boleh jadi sumber asigment ni hehe. Takla..apa yang saya nak kongsi ialah kita ni banyak benda yang sebenarnya kita tak tau pun!!!. Dalam berita tu ada menyatakan tentang pencairan ais. LEBIH SATU JUTA KILOMETER AIS CAIR PADA MUSIM PANAS 2007!!. Agak2 satu juta km tu berapa besarnya ya...Malaysia tak besar mana pun huhuhu. Sebelum tu cuba kengkawan tengok gambar kat bawah ni. Yang berwarna putih tu ais..n then hilang dah sekarang,...

(sumber: http://www.kosmo.com.my)
Malaysia ni kecik je...tak sampai sejuta km pun. Antara kesan-kesan benda ni nanti terhadap seluruh sistem kat bumi ni boleh dilihat di bawah:
  1. Pulau-pulau macam Singapura boleh hilang
  2. Ribut taufan (tempat yang ok pun boleh ada)
  3. Tsunami
  4. Perubahan pola iklim dunia
  5. Yang pasti sangat bahaya bagi kehidupan
Betapa hebat manusia ni membuat aktiviti yang boleh mengancam habitatnya sendiri. Agaknya berapa tahun lagi kita kat dunia yang ada sekarang sebelum musnah oleh kita sendiri. Bayangkan sahaja 8jutan tan karbon dioksida dibebaskan ke atmosfera setiap tahun. huhu...fakta yang menakutkan bukan. So..sama2 la kita sayangi alam sekitar ye...jumpa lagi awak semua:)
Comments
0 Comments

0 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...