Sudi Jadi Teman?

Saturday, January 28, 2012

Home » Di Bumi Asing

Di Bumi Asing

Assalamuaikum

Sementara menunggu untuk sampai destinasi, sempat rasanya menulis sekerat dua perenggan kat blog ne...



Penat betul rasanya 2,3 hari ini. Ulang-alik dari Kota Belud ke daerah Pitas 4 hari ini sangat memenatkan. Alhamdulillah, rasa syukur juga bila dapat penempatan bertugas sebagai guru di SMK PITAS 2. Cuma,rumah yang diberikan tiada api dan air. Terpaksalah menempuh perjalanan sejauh hampir 130 km 4 hari ini...SESB dah selesai..sekarang urus air guna inisiatif sendiri..beli tangki 400gelen dan pam..



Isnin dah mula bertugas. Harap pelajar dapat terima kaedah yang saya gunakan nanti. No idea. So far pengetua yang cool dan penolong kanan n kerani banyak membantu..nasib baik laluan ke sekolah kira dah baik..kalau mcm member kat pulau sugut naik bot 2 jam amacam..bot seminggu sekali je sampai..



Nasib baik ada 3g. Tak perlu la saya matikan broadband ne. Kot-kot saya mau design web sekolah nanti..perlu internet juga kat rumah walaupun sekah ada wifi (dan mini gymnasium hehe)..kira dah ok walaupun sekolah masuk kawasan pedalaman sikit...berbeza suasana dengan sekolah dahulu di Kapar Klang yang terletak di pinggir pekan..



Ok lah...setakat itu sahaja la.penat dah asyik duduk lama2 ne hehe...chow and babai...
Published with Blogger-droid v1.6.5
Comments
0 Comments

0 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...