Sudi Jadi Teman?

Wednesday, February 8, 2012

Home » , » Cikgu Baru

Cikgu Baru

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya dapat juga mengata menulis semula di blog ini. Ingatkan tak nak idup lagi blog ne hehe..susah weh sekolah pedalaman ne..dapat line edge sahaja..nak tal nak kene beli streamyx la kalau nak laju tahap gaban..

Al-kisah, mula la bertugas kat hujung peta sabah ne. SMK Pitas II. Taip je kat google. Dekat 200km kot dari rumah. Tapi hari jumaat mesti dapat balik punya la. Ada member dapat kat pulau..tapi elaun dapat P3 wooooooooooooo...[ gapo dio p3 tu?]..check kat SBPA hehe..

Macam-macam dugaan. Tak sampai seminggu dah kena sabar budak-budak gaduh..besar-besar plak badan tu. Macam kecut otot yang saya bina dari Gymnasium UPSI haha. Sabooo je la. Buat muka pro, tak gelabah dan slowtalk..ok ler budak tu..

Dapat pula rumah tak ada api tak ada air. Sabooo je la. Tuhan suruh saya berkomunikasi dengan ramai orang. Tu la hikmahnya. Pusing-pusing di PPD, SESB [sabah electric] dapat la api. Tu pun pasang sendiri fius. Memercik api waktu pasang fius. Syukur masih selamat :p

Air takdok plak! beli tangki 400 gelen. Dapat tingkat 3 pulak flat tu. Beli lagi pam electrik untuk tarik air tu naik atas. Nampakla hos canggih tu menjalar sampai tingkat tiga. Dugaaaaaaaaaaaaan..syukur sekarang boleh mandi dengan aman....

Haih, macam-macam ada. Macam cerita filem pun ada. Boleh pecah panggung kalau dibuat cerita filem ne hehe...

So, RPH dah setel...aman sedikit rasanya untuk malam ini. Dah mula suka dengan kelas. Feel susah nak cerita..jelasnya..aku suka sakat bebudak kelas yang diajar....dorang pon cooooool je...aku tanya semua leh jawab..walaupun sipi-sipi..ok la kan...tak sia-sia bercerita berjela....syok je hehe..

Tugas?..dah kena urus MSS Daerah lak. Kurang dari seminggu duduk. Terima je la kan...belajar itu ada macam-macam cara...

Jadi cikgu muda di sekolah..best..[ada part x best tapi tidak diceritakan disini haha]...overall best...best...dan best...

Dah ler..panjang pula entri ne sejak mengajar..mengada betoi haha..ok chow..

Yang Menjalankan Tugas
....................................
(          Sir Zulfiqar            )
Comments
0 Comments

0 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...