Sudi Jadi Teman?

Sunday, December 19, 2010

Bermusuhkah Kita?

Makin menjadi semangat permusuhan, kebencian, kekalutan dan rasa was-was antara dua negara yang berbeza tapi sama. Boleh dilihat dari mana-mana. Tengok kat youtube, tengok kat blog, tengok kat Facebook, tengok kat internet. Indonesia dan Malaysia ne ada sahaja isunya.

Tak sedar ke "orang luar" sedang tepuk tangan tengok kita bertelagah? Ditiup-tiupnya api kemarahan sampai besar. Sudah-sudah la tu. Banyak persamaan antara kita boleh dijadikan sebagai sebab untuk bersatu. Bukannya bercerai berai. Nanti kalau ada perkara buruk berlaku? Agak-agak sapa menang? Menang jadi abu, kalah jadi arang. Sama-sama rugi nanti.

Jangan taksub, jangan terus buat kesimpulan. Dunia media ne bukan boleh percaya sangat. Tapis elok-elok. Jangan emosi. Harus diingat, antara dua negara ne ada pihak ketiga yang sedang tunggu peluang untuk runtuhkan keamanan yang ada.

: Bukankah kita dari rumpun yang sama?

Perkara Pelik Dengan Kes Berprofil Tinggi

Kes berprofil tinggi memang akan jadi "Pisang Panas". Mana tidaknya, kes ini melibatkan golongan atasan dan golongan high profile tak kira artis, orang politik, kumpulan dan sebagainya. Kes seperti ini memang akan menjadi "pelik" dalam semua keadaan.



Nak tahu apa yang pelik? mungkin ada yang perasan dan ada yang tidak. Buka mata luas-luas, saya listkan "kepelikan" tersebut. Antara perkara yang pelik dengan kes berprofil tinggi yang berlaku di dalam negara mahupun luar negara ialah:

  1. Prosiding Mahkamah
  2. Tempoh perbicaraan
  3. Saksi
  4. Bahan Bukti
  5. Kemunculan orang-orang tiba-tiba wujud
  6. Tuduhan sampingan
  7. waran tangkap
  8. dan blablabla....
Kadang-kadang macam tak logik pun ada. Kecenderungan kes tersebut yang memihak kepada golongan tertentu pun sangat jelas. 


: Ingat Wikileaks, Ingat Assange...dalam negara ingat?...

Hidup Tidak Mendesak. Awak Yang Terdesak

Tatkala ramai pemuda pemudi Malaysia yang masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta, terdapat segelintir golongan yang "terdesak" termasuk sama dalam kelompok tersebut.Golongan ini akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perkara yang diingini.

Kerana nila setitik, Rosak susu sebelanga. Mana tak, masyarakat juga kelamaan akan memandang serong terhadap kualiti mahasiswa/mahasiswi akibat perbuatan golongan-golongan tersebut. Jika dinisbahkan, andaian boleh dilakukan 1/10 daripada mereka merupakan golongan terdesak.

Apa susah sangat ke nak hidup tempat orang. Tak perlu bermewah, sampai sanggup buat perkara-perkara yang tak elok. Nak kata kesempitan kewangan, kena pandai la cari alternatif. Tak ada Istilah ***5D:


    D: Duduk
  D: Diam
D: Doa
   D: Dapat
D: Duit

***=Konsep satu syarikat yang beroperasi di sekitar kawasan kediaman pelajar UPSI

: Nak duit? Balik kampung toreh getah...sekarang getah tengah naik tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...