Makin menjadi semangat permusuhan, kebencian, kekalutan dan rasa was-was antara dua negara yang berbeza tapi sama. Boleh dilihat dari mana-mana. Tengok kat youtube, tengok kat blog, tengok kat Facebook, tengok kat internet. Indonesia dan Malaysia ne ada sahaja isunya.
Tak sedar ke "orang luar" sedang tepuk tangan tengok kita bertelagah? Ditiup-tiupnya api kemarahan sampai besar. Sudah-sudah la tu. Banyak persamaan antara kita boleh dijadikan sebagai sebab untuk bersatu. Bukannya bercerai berai. Nanti kalau ada perkara buruk berlaku? Agak-agak sapa menang? Menang jadi abu, kalah jadi arang. Sama-sama rugi nanti.
Jangan taksub, jangan terus buat kesimpulan. Dunia media ne bukan boleh percaya sangat. Tapis elok-elok. Jangan emosi. Harus diingat, antara dua negara ne ada pihak ketiga yang sedang tunggu peluang untuk runtuhkan keamanan yang ada.