Sudi Jadi Teman?

Friday, February 26, 2010

Oh Cikgu

Guru Dahulu, Guru sekarang VS Murid Dahulu & Murid Sekarang:)
Setelah saya melalui pengalaman bertahun-tahun menjadi murid sejak sekolah rendah ke sekolah Menengah dan sekarang saya sedang dilatih menjadi seorang pendidik.

Masih teringat cikgu saya selalu berkata,,"Cikgu dulu..blablablabla..."...dan disambung.."Murid sekarang blablablabla"..



Dan ketika cikgu saya sedang membebel, timbul satu persoalan dalam diri saya, Apa benar yang diperkatakan oleh cikgu saya tentang keadaan dahulu dan sekarang. Perkara yang saya rasa menimbulkan situasi ini ialah peredaran zaman yang membezakan situasi antara guru dan murid.

Fokus saya ialah, siapa yang harus ikut siapa sebenarnya. Guru sebagai individu yang berpengalaman harus diikut atau murid yang telah berubah zaman harus diikuti perkembangan trend nya.

Saya lebih suka mengatakan jika guru-guru tidak seharusnya mengamalkan sikap "cikgu dahulu...blablabla". Jika murid-murid yang sama ditempatkan ke zaman yang sama dengan guru tersebut, saya percaya situasi memang berubah. Begitu juga halnya jika Guru tersebut diletakkan sebagai murid pada masa kini, sudah tentu situasinya juga berubah.

Pendekatan "cikgu dahulu blablabla"...bukan pendekatan yang bijak. Apatah lagi apabila ianya diceritakan di dalam kelas dan membandingkan dirinya (cikgu) dengan pelajar masa kini.

Adalah tidak adil jika kita meletakkan contoh berdasarkan situasi yang berbeza. Bukan apa, saya hanya melihat banyak guru-guru yang berpengalaman, tetapi masih tidak memahami perubahan semasa sehingga tidak dapat menyesuaikan pendekatan pengajaran mereka dalam bilik darjah.

Hmm...entahla labu.

Chow.

Mengapa Saya Tertarik Dengan Kamu?

Saya hendak berkongsi lagi satu teori yang mungkin boleh menjawab persoalan "Apakah yang membuatkan anda merasa tertarik dengan seseorang"..Mungkin pandangan saya salah tapi..hanya sekadar renungan bersama sahaja..Fikirkan..

Seperti yang kita tahu, muka manusia adalah sama dari segi konsepnya..mata, hidung, mulut, rambut, telinga, gigi dan sebagainya. Namun apa yang uniknya sehingga saya terfikir, apa sebenarnya ciri-ciri yang membuatkan seseorang tertarik atau merasa seseorang itu menarik pada pandangan matanya?..

Saya yakin dan percaya anda sesekali pernah melihat cermin dan berkata..cantik juga ya...ataupun sekali sekala anda melihat gambar anda sendiri dan melihatnya sebagai hensem atau cantik dari satu-satu sudut.
Bagaimana jika saya berkata, wajah anda sebenarnya menentukan sama ada seseorang itu menarik ataupun tidak?..biar saya jelaskan..

Apabila anda melihat seseorang itu menarik dan anda tertarik dengannya dengan sekali pandang..sebenarnya anda sedang melihat kepada variasi muka anda sendiri. Mengapa?..sepanjang hayat anda, berapa kali anda melihat cermin dan menyedari akan kecantikan yang ada pada anda sendiri?...Sejak kecil lagi, anda melihat satu set muka yang menarik pada diri anda. Apabila terdapat persamaan ciri-ciri yang menarik antara wajah anda dan wajah orang yang menarik..maka secara automatik anda tertarik dengan wajah orang itu [walaupun sebenarnya ianya adalah variasi wajah anda sendiri].

Seringkali saya diajukan soalan, antara kebanyakan pasangan, akan ada persamaan di antara wajah mereka. Pasti akan ada yang sama walaupun ianya sukar untuk dijelaskan.

So..bagaimana tanggapan anda sekarang?...

Manusia tidak serumit mana bukan?

Thats All.jumpa lagi:)

Cinta Secara Fiziknya Ialah...

Apa itu Cinta?...Mengapa Cinta?...Bagaimana?..
Hai semua, saya ingin berkongsikan satu pandangan saya mengenai pola minda manusia. Pada pandangan saya semua benda di muka bumi termasuk manusia tidak lari daripada hukum fizik. Maksudnya, akan ada satu rumus matematik yang mampu menguraikan perkara yang kompleks termasuk pemikiran dan minda manusia yang abstrak.

Perkara yang mungkin menarik dan sangat abstrak (pada pandangan umum) ialah perasaan manusia. Bagaimana hendak menghuraikan perasaan manusia secara matematik. Walaupun saya bukan seorang ahli fizik tetapi saya akan cuba kongsikan dan cuba huraikan mengikut pengetahuan semasa sahaja. Dan saya kira manusia tidak serumit mana seperti yang disangkakan. Apa sebenarnya Cinta secara saintifik dan bagaimana ianya berfungsi.

Cinta pandang pertama?...Kebetulan atau Takdir?...tak se 'abstrak' itu. Melainkan ianya merupakan satu reaksi kimia yang dikenali sebagai Phenylethylamine. Apabila kimia ini bertindak, antara yang akan berlaku pada anda ialah berpeluh sejuk, rasa gemuruh, rasa berat dan pening kepala, gerak mata spontan.

Biar saya jelaskan dalam erti kata yang lebih mudah. Kimia "cinta" ini boleh dimanipulasikan. Apabila kita tahu bahawa benda ini adalah Fizik (wujud/konkrit), manipulasi secara matematik boleh dilakukan. Contohnya, saya mendedahkan kepada seorang perempuan kimia ini, seterusnya otak akan bertindakbalas dengan kehadiran kimia tersebut..dan hasilnya..Dia akan jatuh cinta pada anda.

Pernah anda bertemu seseorang dan merasa mesra secara spontan dengan individu tersebut?....atau mungkin anda meraskaan bahawa raut wajahnya menarik, cantik, cute, dan anda tertarik secara natural?...mengapa sesetengah lagu kita rasa menarik?...bagaimana jika ada penjelasan mudah mengenai perkara2 ini?

Menariknya minda manusia bukan. Saya akan jelaskan perkara2 diatas pada post yang akan datang..jumpa lagi semua:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...