Sudi Jadi Teman?

Friday, February 26, 2010

Home » Oh Cikgu

Oh Cikgu

Guru Dahulu, Guru sekarang VS Murid Dahulu & Murid Sekarang:)
Setelah saya melalui pengalaman bertahun-tahun menjadi murid sejak sekolah rendah ke sekolah Menengah dan sekarang saya sedang dilatih menjadi seorang pendidik.

Masih teringat cikgu saya selalu berkata,,"Cikgu dulu..blablablabla..."...dan disambung.."Murid sekarang blablablabla"..



Dan ketika cikgu saya sedang membebel, timbul satu persoalan dalam diri saya, Apa benar yang diperkatakan oleh cikgu saya tentang keadaan dahulu dan sekarang. Perkara yang saya rasa menimbulkan situasi ini ialah peredaran zaman yang membezakan situasi antara guru dan murid.

Fokus saya ialah, siapa yang harus ikut siapa sebenarnya. Guru sebagai individu yang berpengalaman harus diikut atau murid yang telah berubah zaman harus diikuti perkembangan trend nya.

Saya lebih suka mengatakan jika guru-guru tidak seharusnya mengamalkan sikap "cikgu dahulu...blablabla". Jika murid-murid yang sama ditempatkan ke zaman yang sama dengan guru tersebut, saya percaya situasi memang berubah. Begitu juga halnya jika Guru tersebut diletakkan sebagai murid pada masa kini, sudah tentu situasinya juga berubah.

Pendekatan "cikgu dahulu blablabla"...bukan pendekatan yang bijak. Apatah lagi apabila ianya diceritakan di dalam kelas dan membandingkan dirinya (cikgu) dengan pelajar masa kini.

Adalah tidak adil jika kita meletakkan contoh berdasarkan situasi yang berbeza. Bukan apa, saya hanya melihat banyak guru-guru yang berpengalaman, tetapi masih tidak memahami perubahan semasa sehingga tidak dapat menyesuaikan pendekatan pengajaran mereka dalam bilik darjah.

Hmm...entahla labu.

Chow.
Comments
0 Comments

0 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...