Sudi Jadi Teman?

Friday, February 26, 2010

Home » » Mengapa Saya Tertarik Dengan Kamu?

Mengapa Saya Tertarik Dengan Kamu?

Saya hendak berkongsi lagi satu teori yang mungkin boleh menjawab persoalan "Apakah yang membuatkan anda merasa tertarik dengan seseorang"..Mungkin pandangan saya salah tapi..hanya sekadar renungan bersama sahaja..Fikirkan..

Seperti yang kita tahu, muka manusia adalah sama dari segi konsepnya..mata, hidung, mulut, rambut, telinga, gigi dan sebagainya. Namun apa yang uniknya sehingga saya terfikir, apa sebenarnya ciri-ciri yang membuatkan seseorang tertarik atau merasa seseorang itu menarik pada pandangan matanya?..

Saya yakin dan percaya anda sesekali pernah melihat cermin dan berkata..cantik juga ya...ataupun sekali sekala anda melihat gambar anda sendiri dan melihatnya sebagai hensem atau cantik dari satu-satu sudut.
Bagaimana jika saya berkata, wajah anda sebenarnya menentukan sama ada seseorang itu menarik ataupun tidak?..biar saya jelaskan..

Apabila anda melihat seseorang itu menarik dan anda tertarik dengannya dengan sekali pandang..sebenarnya anda sedang melihat kepada variasi muka anda sendiri. Mengapa?..sepanjang hayat anda, berapa kali anda melihat cermin dan menyedari akan kecantikan yang ada pada anda sendiri?...Sejak kecil lagi, anda melihat satu set muka yang menarik pada diri anda. Apabila terdapat persamaan ciri-ciri yang menarik antara wajah anda dan wajah orang yang menarik..maka secara automatik anda tertarik dengan wajah orang itu [walaupun sebenarnya ianya adalah variasi wajah anda sendiri].

Seringkali saya diajukan soalan, antara kebanyakan pasangan, akan ada persamaan di antara wajah mereka. Pasti akan ada yang sama walaupun ianya sukar untuk dijelaskan.

So..bagaimana tanggapan anda sekarang?...

Manusia tidak serumit mana bukan?

Thats All.jumpa lagi:)
Comments
0 Comments

0 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...