Sudi Jadi Teman?

Saturday, November 20, 2010

Eh eh..Blogging Ada Award Ek?

Saya baru masuk 3 hari berbloging secara aktif. Baru sedar rupanya komuniti blog ini ada macam-macam. Ada yang buat contest, ada undian. Baru tadi dapat AWARD plak. Hoho..award yang pertama buat si Newbie dalam dunia blog. Semangat la juga meneruskan menulis dalam industri ber blogging. Saya pun tak tahu apakah kriterianya blog cikai ku ini mendapat Award tapi Tahniah dan Tengkiu buat>>>> Awangku Masazwan<<<<< terhadap award yang beliau berikan. Bawah ne Awardnyer..


Award ne pemberian dari orang lain kepada blog Awangku Masazwan. Jadi, beliau diminta untuk memilih 3 orang dan lebih untuk menerima award ini dan saya menjadi antara orang yang beliau awardkan hehe. Seperkara lagi yang award ne sertakan sekali ialah untuk menjawab soalan-soalan yang disediakan sebagai "Bonus Tambahan" yang berbunyi seperti berikut:

  1. Nama Timangan kamu dari Dulu sampai Sekarang
  2. Ucapan kepada pemberi Award dan Perasaan menerima Award ini
  3. Hobi dan Cita-cita kamu
  4. Akhir sekali, Tag 3 orang atau lebih untuk menerima Award ini
Ya Iyala saya jawab ea hehe
Jawapan Soalan 1:
Nama timangan? xd kot. Orang biasa panggil zul je pon. Sampai kat UPSI ada gak mulut gatal nak panggil "abdul"..Apakah?..btw, x kisah sangat fasal timangan. Saya toleh je kalau orang panggil dengan nama yang bersesuaian hehe.

Jawapan Soalan 2:
Ucapan: Terima Kasih sebab Tag saya dalam award ini. Support kalian merupakan modal untuk menambah lagi entri-entri yang bakal tak putus-putus di publish ngehehe..

Jawapan Soalan 3:
Hobi: Dating dengan Adinda Besi ku (Main Gym hehe), download game, movie..dan yang paling memakan masa bila tanya fasal hobi adalah...Membuat Filem dan Lagu Sendiri (nanti kita wat tutorial ya)
Cita-Cita: Bakal Menjadi Chekgu yang sempoi, mesra rakyat dan cemerlang (Amin hehe)

Jawapan Soalan 4:
Berikut Merupakan Orang Bertuah yang Mendapat Award Seterusnya:
Apapun, blog-blog diatas antara blog yang saya selalu merewang..Blog Chan dan Cassey saya awardkan sebab special kes hehe. Blog Kalamhati dan Pak Nil sebab content. Saya masih baru dan masih mencari identiti dan kenalan dalam Blog. Maka, mari kita saling berkenalan. Kut-kut saya buat event satu hari nanti tahu juga saya salurkan ke blog mana plak.

Friday, November 19, 2010

Apa Itu Seksi Di Mata Lelaki

* Setkan minda ke tahap yang paling positif sebelum membaca entry ini. Terima kasih atas kerjasama anda.TQ:D

Sebelum ini saya secara tak formal menjalankan survey keatas semua member-member dan mendapati bahawa pengertian seksi bagi mereka adalah sangat berbeza dan unik. Percaya atau tidak, ada yang menjawab seseorang itu seksi jika:

  1. Hanya melihat kaki yang cantik...mmm dia seksi
  2. Perempuan berisi....mmm dia seksi
  3. Tak pakai make-up?...mmm dia seksi
  4. Perempuan botak...mmm dia seksi
  5. Pendiam...mmm dia seksi
  6. peramah/muka ceria...mmm dia seksi juga
Dan bermacam-macam lagi. Kalau tak percaya, cuba tanya member-member lelaki anda. Letakkan syarat bahawa "tanpa melihat kepada kecantikan paras rupa..apakah yang paling seksi secara umumnya yang anda lihat pada seorang perempuan/wanita"....mesti kamu dapat jawapan yang bermacam-macam. Best gak wat survey keatas member-member rapat sebab mereka tak akan segan menjawabnya.[hehehe]

Tak percaya juga?

Ok, saya nak tanya kamu [dah tanya kat member sendiri hahaha]..Miss World seksi ke tak?.

Miss Wold 2010

Ada yang jawab seksi, ada yang jawab tak, ada yang jawab "bolehla" dan macam-macam lagi. Kalau kita melihat dari segi sudut yang lain, soalan seksi ne sangat unik dan menarik.

Kongsila soalan cepu emas ini bersama member anda. Tapi jangan sampai dapat Body Glove sudah hehe. Habis dah member sepejabat saya tanya hehehe. macam-macam. Nak gelak pun ada sebab pelik-pelik jawapan mereka.

Ladies, saya tak tahu sebab saya terkategori dalam gentlemen [laki-laki hehe]. Boleh kot tanya member perempuan pasne. Bolehla saya me revealkan jawapan bagi "Apakah Seksi di mata Perempuan" plak.

Renung-renungkan dan Selamat Beramal.

Thursday, November 18, 2010

Benda Free Yang Orang Tak Perasan 1

Wahai pengembara blog sekalian, Tahukah anda bahawa terdapat banyak software/Aplication free yang boleh didapati di internet. Benda-benda seperti ini memang menarik bukan sahaja disebabkan ianya FREE malah menyokong banyak fungsi-fungsinya yang tersendiri. Memang nampak remeh pada mulanya, tapi bila ada masalah yang berkaitan baru kita tahu faedahnya. Saya dah konsgi kat facebook, jadi memandangkan saya dah mula ber blog balik, maka saya akan kongsikan di blog pula hehe.

Software yang saya nak kongsi (saya selalu guna juga) adalah Teamviewer . Kat bawah ne screenshot software tersebut:

 Software ini adalah Remote Desktop Sharing. Antara kelebihan software ini ialah:
  1. Desktop Sharing-share skrin. Maksudnya, bila dah connected, partner boleh melihat skrin yang sorang lagi. Nak tukar-tukar skrin antara partner pun boleh juga.
  2. Boleh chat. Alaa..macam messenger yang lain macam yahoo mesenger, skype, camfrog dan sebagainya
  3. saiznya kecik je. Tak silap saya installer cuma 5 mb je. Dah tu boleh pilih nak run ke nak install. Saya selalu run sahaja sebab malas nak install.
  4. Ada fungsi videocam. Boleh buat videocall la maksudnya
  5. Support file transfer plak tu. Bolehla kirim file kat partner
  6. Secure@selamat. Sebab ip kena bagi random password. Tak boleh connect selagi partner tak bagi password. Passwordnya selalu bertukar setiap kali connect
Bila dah connect kali pertama, seminit lepas itu dia akan disconnect atas sebab yang saya sendiri tak tahu. Tapi jangan risau. Connect kali kedua dan dia tak akan putus selagi broadband anda x disekat hehe. Tak putus2 dah nanti.

Saya selalu guna benda ini untuk baiki laptop adik-adik saya, kawan-kawan, member yang menghadapi masalah laptop/pc sebab saya dapat tgk skrin dorang. Tahu la apa problemnya bila dah nampak kat skrin ye tak?...Kadang-kadang nak bagi tunjuk macamana nak guna perisian lain. Contohnya Microsoft word ke, SPSS ke, GIS ke..tolong buat slideshow ke. Pendek kata macam-macam la.

So, tunggu apa lagi..download la. Saya sertakan sekali>>>>>>>Download Link<<<<<<<<<<<

Itu je la software free kali ini hehe. Jika ada pertanyaa boleh tanya je..saya dah biasa guna.

p/s-patut dapat komisen ne dari syarikat dorang tolong promote hahahaha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...