Sudi Jadi Teman?

Thursday, November 18, 2010

Home » » Benda Free Yang Orang Tak Perasan 1

Benda Free Yang Orang Tak Perasan 1

Wahai pengembara blog sekalian, Tahukah anda bahawa terdapat banyak software/Aplication free yang boleh didapati di internet. Benda-benda seperti ini memang menarik bukan sahaja disebabkan ianya FREE malah menyokong banyak fungsi-fungsinya yang tersendiri. Memang nampak remeh pada mulanya, tapi bila ada masalah yang berkaitan baru kita tahu faedahnya. Saya dah konsgi kat facebook, jadi memandangkan saya dah mula ber blog balik, maka saya akan kongsikan di blog pula hehe.

Software yang saya nak kongsi (saya selalu guna juga) adalah Teamviewer . Kat bawah ne screenshot software tersebut:

 Software ini adalah Remote Desktop Sharing. Antara kelebihan software ini ialah:
  1. Desktop Sharing-share skrin. Maksudnya, bila dah connected, partner boleh melihat skrin yang sorang lagi. Nak tukar-tukar skrin antara partner pun boleh juga.
  2. Boleh chat. Alaa..macam messenger yang lain macam yahoo mesenger, skype, camfrog dan sebagainya
  3. saiznya kecik je. Tak silap saya installer cuma 5 mb je. Dah tu boleh pilih nak run ke nak install. Saya selalu run sahaja sebab malas nak install.
  4. Ada fungsi videocam. Boleh buat videocall la maksudnya
  5. Support file transfer plak tu. Bolehla kirim file kat partner
  6. Secure@selamat. Sebab ip kena bagi random password. Tak boleh connect selagi partner tak bagi password. Passwordnya selalu bertukar setiap kali connect
Bila dah connect kali pertama, seminit lepas itu dia akan disconnect atas sebab yang saya sendiri tak tahu. Tapi jangan risau. Connect kali kedua dan dia tak akan putus selagi broadband anda x disekat hehe. Tak putus2 dah nanti.

Saya selalu guna benda ini untuk baiki laptop adik-adik saya, kawan-kawan, member yang menghadapi masalah laptop/pc sebab saya dapat tgk skrin dorang. Tahu la apa problemnya bila dah nampak kat skrin ye tak?...Kadang-kadang nak bagi tunjuk macamana nak guna perisian lain. Contohnya Microsoft word ke, SPSS ke, GIS ke..tolong buat slideshow ke. Pendek kata macam-macam la.

So, tunggu apa lagi..download la. Saya sertakan sekali>>>>>>>Download Link<<<<<<<<<<<

Itu je la software free kali ini hehe. Jika ada pertanyaa boleh tanya je..saya dah biasa guna.

p/s-patut dapat komisen ne dari syarikat dorang tolong promote hahahaha..
Comments
3 Comments

3 Sahabat Berkata:

"ana" Muslimah ♥ said...

salam..
pena gna prkhidmatan ni 1x.. ((^__^))

Azman Roslan said...

menarik gak software tu ye.. maybe akan try..

Orange said...

Menariknya dia x perlu install ;)) ringan dan user interface yang senang...yang penting free :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...