Genap 3 hari 2 malam menetap di Kapar Klang. Esok akan berjumpa dengan mahaguru tuan pengetua SMK Tengku Idris untuk proses melapor diri. Harap semuanya berjalan lancar. Apapun bukan nak bercerita fasal praktikum saya..sebenanrnya hendak bercerita tentang masa yang kita semua ada sekarang. Ya, zaman kegemilangan. Golden Age kata orang putih.
Mesti ada matlamat hidup kan. Mencapai seberapa banyak kejayaan sementara waktu masih mengizinkan. Mencuba menghadapi risiko yang nyata mengujakan. Mencabar kebarangkalian terhadap semua perkara yang kita tidak pasti. Yang pasti, saya akan cuba semua peluang yang ada. Tidak mahu menyesal di kemudian hari sebab tidak mencuba. Hidup adalah kebarangkalian yang sangat kompleks!!!....Anda dimana?
[Antara persinggahan dalam perantauan-SMK Tengku Idris Kapar Klang] |
Deretan kedai sebelah sekolah |
Hidup ini sangat best. Orang yang paling sukar untuk dicabar bagi setiap orang adalah Diri Sendiri. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.