Dah dekat seminggu kat Kapar. Kat Klang ada pusat sukan tapi tak terjenguk g ada jual dumbell ke tak. Ya, misi mencari dumbell. Nak beli 2 set 60 lbs setiap satu [ada yang menyampah dengar ne hehe].. Harap x mahal . Dumbell first tu pun dah mahal. Dah 2 minggu tak main, asyik push up sit up sahaja. Sampai sekolah tadi tengok otai-otai old timer cikgu sesi pagi. Gerun tengok perut yang maju selangkah ke hadapan. Ish taknak..taknak..sementara masih muda baik besenam sikit-sikit kankan...
Survey punya survey, jumpa Gymnasium kat Pekan Kapar. Lupa amik snapshot. Kalau x boleh show kat sini dah. Besar juga.
Bang...sekali masuk berapa?
8 ringgit sejam...
Erk?
Dekat Tanjong Malim yang kecik tu pun 5 ringgit sekali masuk. Tak kira jam tau. Ne dah tahap ultraman, 8 ringgit sejam. Nak apply membership bayar RM160, bulanan RM60. Maksudnya first payment tu dalam 120.00!!. Giler!. Dahla elaun kat sini xd huhuh...
Kesimpulannya, g K.L cari dumbell. Minggu depan harap ada dah.