Sudi Jadi Teman?

Sunday, April 10, 2011

Home » Entri Di Kuala Lumpur

Entri Di Kuala Lumpur

Hingar bingar kenderaan lalu lalang. Diselang selikan dengan bunyi siren polis dan ambulan, entri ini terhasil sewaktu hendak berangkat pulang ke Kapar Klang. Melalui hari-hari yang penuh makna. Mahu sahaja hentikan masa biar berhenti ketika ini.

Semalam sewaktu hendak sampai lewat petang semalam, terlihat adegan seorang lelaki menghempaskan beg ke muka seorang wanita. Agaknya pasangan yang sedang bergaduh. Pemandu bus yang kunaiki hanya menggeleng kepala dan melontarkan komennya kepada penumpang di bahagian hadapan. Aduh, macam-macam ada di Bandar besar ini.

Semalam di sekolah, meleraikan pergaduhan antara pelajar Melayu dan India. Nasib sahaja Ku sempat menyembuyikan hidungku. Kalau tidak, dah ada masuk berita cikgu ditumbuk hidung sehingga patah. Tangan pelajar itu menghayun ke kiri dan ke kanan melewati mukaku yang meleraikan pergaduhan. Syukur masih ada rasa hormat mereka setelah salah seorang ku tarik masuk ke kelas. Muka ku pun tak tercalar dan tersentuh. Syukur....

Melewati bangunan Hentian Pudu Raya yang bakal beroperasi 16 April ini [terpampang pada iklan], terganngu oleh bau ubat luka. Unsur ether/alcohol atau bahan mudah ruap bau nya. Kelihatan seorang lelaki yang berbungkus tangan dan kakinya. Di hadapan tersedia tabung sedekah...

Mendengar laungan Azan dan pada masa yang sama mendengar upacara keagamaan Hindu ketika sampai ke destinasi. Penat dan melalui suasana Bandaraya Kuala Lumpur yang mempunyai pelbagai ragam dan keadaan...

: Teringat suasana kampung yang aman damai..hampir 2 tahun ditinggalkan...
Comments
0 Comments

0 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...