Kalau blog-blog kat Internet ne sibuk fasal GA mereka yang macam-macam ada, Aaa ne ada GA yang terhebat saya dapat. Bukan calang-calang wooo. Hehehe. Takpe, disebabkan malam ini tiada sebarang maklumat yang skema-skema dan memboringkan nak di sebarkan,..Malam ini saya mencarut lagi hehe
Kisah satu: Pelajar bernama Afuan kelas 2G.
Afuan: Cikgu, minggu lepas kata nak bawa pergi Makmal?
Cikgu yang Blur-blur: Eh?..bukan semalam dah masuk?
Afuan: Belum..Itu kelas 2E
Cikgu dah garu kepala: Awak bukan 2E?
Afuan: Bukan...
Lagila saya blur. Apekes budak ne melalut tengahari buta ne. Orang baru je habis meeting. Dah membuat onar dalam laluan saya ke bilik guru. 3 hari kemudian baru saya tahu. Ada kembar kat 2E dan 2G. Dua dua kelas saya ajar plak tu. Patutla sorang monyok kena marah, sebab kembarnya kat sebelah pernah x buat tugas dan kena ceramah free. Ingatkan beliau [kwang3]
Kisah 2: See Siew Lin A/p......Erk...
Siasat punya siasat. Oooo dia mix. Ayahnya cina emaknya India. Macam janggal je nengok dia potpet bahasa India. Sumpah muka sebijik cina. Tapi berkulit gelap. Lagila cikgu blur memula tengok. Nasibla tak cakap cina kat dia. Silap haribulan dapat ayyyyyooooooooooooooo.....
GA Student |
GA ke tu? haha...Ala mamat ne benda kecik pun nak gegar satu malaya nak bagitau. Tak kisahla kankan. Student I yang bagi. Saya gembira sebab itu penerimaan student terhadap cikgunya [waaa sukanya hati]. Mula-mula masuk kelas..Masyaallah..pasar tani pon kalah woo..Sekarang dah baik-baik, manja-manja kadang-kadang keras kepala. Maka diberilah pilihan nak pelempang kiri ke kanan wooooo..xd gurau je hehe..
Oit, dah la..makin panjang. Nanti mencarut lagi ea...
: Sedikit Penghargaan Membuatkan kita selesa. Hargailah Orang lain:)