Sudi Jadi Teman?

Monday, April 11, 2011

Home » PATI atau PTI: Kisah Yang Mengasihankan atau Menjengkelkan

PATI atau PTI: Kisah Yang Mengasihankan atau Menjengkelkan

Pati atau PTI. Agak-agak dah jemu sangat dengan istilah ne. Lambakan pati ne penyakit kronik yang sangat menjengkelkan. Tak tahu makna PATI?...Pendatang Asing Tanpa Izin aka yang takda pas masuk ke negara tercinta ne. Nak dijadikan cerita yang ada pas tu pun kadang-kadang sebijik macam ada pas masuk juga.

Mereka dah beranak-pinak. Maksudnya dah berapa tahun perkara ini berlarutan???


Tak nampak sangat dasar kerajaan yang boleh hapuskan mereka ne. Sekejap tenggelam timbul. Kat Sabah jangan cerita. Selusuri lah bandaraya Kota Kinabalu. Kadang-kadang macam kat bandar Manila, kejap lagi kat bandar Jakarta. Jalan lagi dalam 5 minit mesti sampai di Banglore.  Macam kita sedang Melancong yeaahh..Bukan nak salahkan mereka datang menimba rezeki, tapi lihat sahaja senario sebenar di bandar-bandar besar. Masalah sosial yang timbul sangat teruk [geramnya].

Kasihan melihat penduduk tempatan yang berjualan, dah la bayar kat Pegawai Majlis Daerah, lepas tu senang-senang sahaja Pati yang sememangnya licik melarikan diri dari sebarang bentuk percukaian menjadi saingan. Bagai musuh dalam selimut.

Tapi nak highlightkan disini, bukan semuanya tak elok. Ada antara mereka yang benar-benar ingin berusaha dan menghormati negara orang. Bumi tuhan. Rezeki ada dimana-mana.

Mereka yang merasai kesan Pati adalah warganegara [rakyat] yang berada di situasi sebenar, dan bukannya orang yang duduk dalam bilik berhawa dingin sahaja. Ada faham?

: Dasar yang Telus dan Menyeluruh???
Comments
0 Comments

0 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...