Sudi Jadi Teman?

Showing posts with label Hari-Hari Mengarut. Show all posts
Showing posts with label Hari-Hari Mengarut. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

Cuit-Cuit Hati Romantik Lelaki

Well....[hehe]..
Jommm ushaaaa kata apek dalam filem hantu apa eh..tak ingat...usha gambar ne..


"A Little Thing Called Love"

Filem Thai ne sekali pandang macam tak beest je. Sekali dah tengok 15 minit pertama...dah tanak tutup pc dah hehe..ish ish ish...

Cerita fasal cerita cinta si heroin ne yang kaw-kaw. 3 tahun dia tarik perhatian lelaki ne. Pendek kata best la. Nanti saya hurai panjang-panjang karang ada yang muntah darah tengok tulisan jiwang dalam blog ne hehe. Saya rekemen you ol tengok ne. Jangan risau, tak ada censored pun. Sesuai untuk tontonan Umum. Tak ada adegan mata keranjang hehe...gurau..serius..ok je filem ne..

Semalam-semalam-semalam tengok berita. Ada komentar daripada ust Asri ke tak silap tentang Etika penulisan hukum hakam dalam agama. Jangan main sebar je. Ops..tak payah sentuh...walau ISA dah mansuh hehe..

Eh..berapa dah entri fasal cerita romantik ne...hehe...

:p

[buah limau hilang dah sebab tenet slow]

Tuesday, February 14, 2012

Teknologi Dolu-Dolu

Belek-belek...
Jumpa Teknologi awal...:P

Disket Yang Pertama saya guna...canggih tu..
Tempat cucuk disket kat pc pun dah dimansuh...

Part lawak bila saya tanya member dolu-dolu masa buta it kaw-kaw punya..
....errr...macamana awak masukkan gambar muka dalam disket tuh???....

Member tak tau nak jawab macamana...haha...bila ingat balik..aduh..sadisnya ketika itu...:p

Saturday, December 17, 2011

Suasana Kampung

Masih lagi bercerita fasal kampung. Walaupun signal broadband hanya di tahap gprs [boleh bayang tak haha]..masih lagi boleh update blog. Tengok berita pon dalam henset sahaja. Langgan RSS feed. Nasib la tak besar sangat size...

Tadi p jenguk nenek. Ada kat kebun. Depan ada sawah. Then, ada budak-budak bergelumang dengan lumpur mengekori traktor membajak. Motif? Mencari Katak Batik dan belut..haha...teringat zaman bebudak dulu...ada snap gambar tapi tak sempat share..tak dapat share..camner nak share..gprs..aduss..ne pon dah terkial ne..

Hujan-hujan-hujan. Kesannya Makan-makan-makan n tido. Mode ular sawa...

Nak p pekan pun rasa sangat malas. Jauh, nek kereta dah 1 jam...kang duit pon guna lagi.

hmmm.....

Tuesday, December 13, 2011

Home Sweet Home: GPRS Connection

Alhamdulillah akhirnya sampai juga di rumah yang tercinta. Bertolak seawal jam 8 pagi dari Tanjung Malim dan sampai di rumah pada jam 10 malam memang memenatkan. Kalau diikutkan mau je rasanya ikut pintu suka hati doraemon kan senang. Dah ler lebih muatan kat LCCT tadi. Lebih 10 kilogram woo...

Test punyer test dapat juga internet connection tapi menggunakan sambungan tercanggih dunia. GPRS! yaa...mungkin kalau ada nasib yang lebih baik, angin akan membawakan talian edge ke laman rumah gitu haha

At least tak terputus hubungan dengan dunia maya. Woooiii aku masih di interneeeeeeeet gituuuuuuuu hehe..

Alamak, macamana nak upload gambar update ne guna GPRS. Tunggu berejam la jawabnya. Adoi..penat.

Hendak Online seribu daya hehehe...

Monday, November 28, 2011

Felda Besout To Remember: Durian Trip

Bangun seawal pagi untuk ke Felda Besout. Mencari durian. Nasibla ada member. Ikut la juga menyibuk p cari durian. Kali ini di Felda Besout..sambil snap gambar..tangan tak reti berhenti..


Mr. Lalat@Langau hehe

Bunga apa namanya ne?

Susah payah nak close Up Mr. Rango ne

Cikgu merangkap Ust Hafizan

Mr. Khairul @ Puterachini



Aumm-aumm!!! Joo Lazuardi

Parasitisme:)

Baru jatuh..memang gas power giler...

Insyaallah..akan bertemu lagi hehe

Another close Up Mr. Rango
Tu je la. Malas nak entri panjang-panjang. Emm..ingat nak buat blog untuk bubuh gambar sahaja.. Ok ke macam tu?...ke ada platform lainyang lebih best ek.gambar blog masuk account Picasa kan....

Btw, terubat rasa mengidam durian...Nak rasa suasana kampung pun dah terlaksana..Emm..Esok keje...tetiba rasa tak best lak hehe...

bubuh gambar banyak-banyak..biar blog slow  hehe

Sunday, November 27, 2011

Ini Otai Sebenar: Cakap Tulis semua Berisi

Nak Kenal?...Meh tengok ne. Sampai habis Ok...



Ok. Impressed?..sekarang Lihat Penulisannya di Blog Beliau Disini

...tiada agenda politik..hanya menghormati keilmuan Beliau..

Saturday, November 26, 2011

Usha Blog Dapat Idea

Menarik tak gitu,? itulah peranan blogwalking, stalker-ing dan macam-macam ing. Ada yang usha blog cikai gua ker hehe... keperasantanan kelapa tua gitu. Adoih, penat dah baca blog malam ne.Esok-esok la sambung. Macam-macam kat blog ne. Tak payah cari luar g....

Jeng jejeeeng hehehe...
Siti kata Biarlah Rahsia gitu...

Friday, November 25, 2011

Menang Dipuji: Kalah Dimaki

Memetik kenyataan Fakri pemain kebangsaan di Kosmo "Apa salah saya sebenarnya? Bukannya saya sengaja tidak mahu menjaringkan gol, cuma saya kurang bernasib baik" jelas menunjukkan kekecewaan beliau terhadap sikap segelintir penyokong yang bersikap kurang adil terhadap corak permainan yang ditunjukkan beliau semasa menentang Syria.

Persoalannya sampai bila sikap penyokong seperti ini akan menghantui pemain-pemain negara yang menggalas tanggungjawab berat ketika menentang pasukan lawan. Jika berterusan, pemain boleh menjadi fed up dengan etika penonton yang bersikap 'menang dipuji: Kalah Dimaki'.

Jika saya berada di tempat Fakri dan gagal menyudahkan peluang yang ada, pasti akan memberikan jawapan yang sama kepada penonton. Andaikan jika Anda yang gagal? Ada jawapan yang lebih baik?

Coach kebangsaan, Ong Kim Swee dan Datuk K. Rajagopal turut terkena tempias dengan tuduhan dan tohmahan. Mereka juga rasanya tidak sewenang-wenangnya mengizinkan pasukan negara tumpas di tangan kumpulan lain.

Begitu lah senario bolasepak negara sekarang. Realitinya, etika penonton juga harus ditingkatkan kerana penonton juga merupakan antara sumber kekuatan pemain ketika berada di atas gelanggang. Bukannya bersikap tidak profesional dengan mengatakan bahawa si polan, si anu or si blabla tidak pass or main tak menjadi or tidak menyudahkan.

minda kelas ketiga???

Thursday, November 24, 2011

Bengang Dengan Spesis Kecoh Ne..

KickAss...best movie ne hehe

Kadang-kadang jumpa spesis kecoh kepoh ne. Semua benda nak kecoh. Cari kesalahan bukan penyelesaian. Tu la spesis yang semakin bercambah di kalangan masyarakat 1 malaysia ne...

Sekeh kang baru tau..

ngrr..

Wednesday, November 23, 2011

Pendatang Asing di Sabah: Isu Berulang

Berapa banyak Cerita
Berapa penggal pilihanraya berlalu
berapa dasar di laksana
Berapa akhbar bercerita
Berapa tangkapan dibuat
Berapa rakyat tempatan menderita
sehingga sudah sangat lama
sangat lah lama sehingga beranak pinak
sehingga boleh claim mykad
"hey kamu..Sabah ini aku yang punya"
Projek IC apa cerita
Sekarang sibuk dengan Awang Hitam
Pati terdahulu masih berlenggang
Sehingga ISA dibubar


Aku rakyat biasa merasa sangat Jengkel...

Patutla Perempuan Suka Filem Korea

Dua malam dah tengok citer korea..hehe serius beb. Best. Tulis entri ne baru je habis tengok ne dengan member laki. Jalan cerita yang kreatif, plot yang sukar dijangka, teknik penyampaian yang sukar dijangka, unsur humor. Semua ne tak ada dalam filem-filem seperti Filem hantu yang merosakkan pemikiran anak-anak dan ehehehe..gurau-gurau....jangan amik hati naa...

Meh tengok Kimssi Pyoryugi [2009]...

Memula nak bunuh diri sebab hutang

Tersadai kat pulau tengah bandar...kreatif kan scene ne..
survival

Enjoying Life..alone

Otaku Girl [tau tak mende ne?]-stalker dari bangunan seberang sungai

At last..
Kekuatan cerita bukan pada aksi or romantik or kelakar or lawak yang dibuat-buat. Ianya terletak pada jalan cerita...plot yang sangat menarik. Oh ya, watak yang terlibat hanya kurang dari 10 orang. Can you see the difference? Tak perlu berterusan cerita hantu ne hehe...sekali lagi saya bergurau ea...hehe..

Its about quality..

Tuesday, November 22, 2011

Indonesia Bukan Seburuk Itu

Puas Hati tengok bola semalam? Tapi tak cuti kan hehe. Masih membara lagi kemenangan Harimau Muda khususnya di hati rakyat Malaysia. Apatah lagi ianya merupakan kemenangan kedua selepas team senior meraih kemenangan sebelum Ini. Pasukan Garuda serba merah tumpas di gelanggang sendiri. Atas dasar semangat kesukanan, 1 Malaysia [27 juta secara kasar] menunggu, menonton dan menghabiskan masa 140 minit depan kaca TV. Usaha yang sangat berbaloi.

Tak perlu rasanya provokasi penyokong Indonesia berlebihan. Jika kita juga melakukan perkara yang sama, maknanya kita juga tak ubah seperti penyokong yang fanatik tersebut. Eh??jap...semua penyokong fanatik ke??

Cuba p Indonesia, tanya tentang Malaysia, akan dijawab err...Manohara..Amah err..bubarkan pasukan RELA..that kind of stuff. Tapi kita rakyat Malaysia disini tahu perkara itu hanya dilakukan oleh sebilangan kecil dan bukan mewakili keseluruhan penduduk Malaysia..

Biasa la tu..Media nak cari cerita..media tak akan publish benda yang tak HOTT gitu..hanya dibesarkan sehingga menggambarkan keseluruhan rakyatnya...alaa..senang citer cuba tengok akhbar kerajaan dan pembangkang..ala-ala gitu..

Fair and Square la Broo..
Tahniah Malaysia dan Indonesia kerana membuatkan ramai orang habiskan masa 140 minit semalam. Permainan terbaik dari kedua-dua pasukan.!

part best tengok student pompuan kumpul n jerit reramai...hehe

Monday, November 21, 2011

Jom join BLOGLIST nurulAuni tahun 2011

Jom Join BLOGLIST nurulAuni Tahun 2011

Hoh, tajuk gempak gitu. Lama tak join bloglist,lama tak blogwalking. Mari sama-sama meriahkan acara gilang gemilang ini [hehe]. Jom sama promosi blog antara satu sama lain. Bukannya susah kan. Cuma kadang-kadang malas nak BW. Tak sah kalau tuan punya majlis tak ada poster..ni haa posternya..


Simple kan. Apalagi Meh Join Kat sini.TQ nurulAuni.

Oh Aku Terponteng Keje..Tidaak...

Confession Of A Shophaholic


Terlambat tengok. Tapi best. Nak faham realiti sesetengah Shopaholic. Movie ini sesuai untuk anda. Belanja lebih had, padah kad kredit dan sebagainya.


I bet U didnt Understand Girls at all...[include me]

Permainan Meluas Tahun 90-an

Hanya teringat zaman sekolah rendah. Ronda-ronda petang tadi terjumpa biji getah. Bawa member lawan bijih getah yeahhh hehe..tak sadar diri btol dah tua..tapi masih sempat main 2 pusingan haha..


Permainan bebudak zaman 80-90-an dulu memerlukan Usaha [untuk dapatkan bahan] Strategi [kalahkan member] Tipu helah  [minta izin ngan mak keluar dengan member] Teamwork [jangan kantoi ngan tuan getah] dan kenangan bersama member kecik-kecik dulu.


Game digital?...sit and play..[nak men PES lepas ne haha]

Saturday, November 19, 2011

Malaysia vs Myanmar: Halatuju Penyokong Indonesia

Hari ini akan berlangsung perlawanan Malaysia lawan Myanmar. Selepas itu ada perlawanan Indonesia sebelah malamnya. Rakyat Malaysia sememangnya mengharapkan Harimau boleh membaham lagi sepertimana perlawanan menentang Garuda [Indonesia] tempoh hari.

Perlawanan pasti diganngu oleh kecenderungan penyokong Indonesia untuk melihat kekalahan Malaysia. Corak perang psikologi terhadap atlit negara Malaysia memang sangat ketara daripada penyokong indonesia.

Sebenarnya apa yang cuba dibuktikan oleh penyokong Indonesia? Hanya memperlihatkan dasar kebencian yang menyelubungi mereka. Lebih-lebih lagi dalam bolesepak. Perlawanan sebelum ini memperlihatkan betapa penyokong Indonesia menyokong setiap team lawan Malaysia sejak awal kejohanan.

Tidak Matang dan Tidak Profesional...terbawa-bawa masalah lain ke dalam sukan. Sehingga memperlihatkan keburukan sikap sendiri..

Kita berdoa dan nantikan perlawanan Malaysia menentang Myanmar nanti.

Myanmar bakal menerima Penyokong Hipokrit. Tahniah.

Friday, November 18, 2011

Random Sunset Photoshoot

Hari hujan di waktu petang. Lantas berhenti, mentari bersinar. Menjelma alam warna kekuningan. Camera di tangan menekan butang..hasilnya macam ne...




Warna Original...cuma edit letak bingkai sahaja....mana satu best?

Emm..mambang kuning

Sunday, November 13, 2011

Blogger Lelaki Lembut ke?

Fuu..long way to go...
Saya jalan sambil kata aww...awww..aww..[nyanyi lagi ct sarah]
nasib baik tutup aurat...

sifu-sifu jangan marah..aku pun baru mula okeh...orait..minta tunjuk ajar...

Saturday, November 12, 2011

Cuba Jangan Balik Kampung

Hahaha...gitu tajuknya..betol nee..cuba jangan balik kampung untuk jangka masa yang lama. Baru la semangat tu kaw2 nak balik. Saya baru je 2 tahun tak balik...rasanya ramai juga member yang lebih lama tak balik kampung. Lebih-lebih lagi student IPT..

Hmm...excitement nak balik tinggi kalau dah lama tak balik. Dengar khabar kampung dah berturap jalannya....Relax..jangan terbeliak mata..betul ne jalan kampung saya baru diturap...kalau korang-korang semua lahir-lahir dah diterangi lampu jalan TNB..gua lahir dengan hidung hitam pagi-pagi menyedut karbon minyak Air Asia..aka lampu pelita minyak tanah...kalau panggil karam sing walia buat liputan mesti jadi isu tv3..sebab mengapa dah lama merdeka tapi....hehe gurau je..haha....tau takut..

UPSI akan terima sudent Diploma ahad ne. Kitorang la yang uruskan...mesti penat..tapi tak apa la..mungkin khidmat terakhir disini sebelum saya balik sabah Disember nanti...yay...nak makan pelam cecah sambal cili atas pokok ngrrr...

Memulis blog ke mengarang ne?..ah lantak la hehe..

Dah habis Pengajian..rasa rindu dengan member..Dekat 5 taon woo bergaul dengan orang sini... @Pantai Remis Klang: Praktikal SMK Tengku Idris Shah

Adooi..macam-macam dah dilalui...dah sampai masanya untuk saya bermimpikan jalan berturap di kampung saya huhuhu...

Its called LIFE

##penulisan ini dijana oleh BERUKBAND...8.45mb used....kwang3,,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...