Sudi Jadi Teman?

Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Menang Dipuji: Kalah Dimaki

Memetik kenyataan Fakri pemain kebangsaan di Kosmo "Apa salah saya sebenarnya? Bukannya saya sengaja tidak mahu menjaringkan gol, cuma saya kurang bernasib baik" jelas menunjukkan kekecewaan beliau terhadap sikap segelintir penyokong yang bersikap kurang adil terhadap corak permainan yang ditunjukkan beliau semasa menentang Syria.

Persoalannya sampai bila sikap penyokong seperti ini akan menghantui pemain-pemain negara yang menggalas tanggungjawab berat ketika menentang pasukan lawan. Jika berterusan, pemain boleh menjadi fed up dengan etika penonton yang bersikap 'menang dipuji: Kalah Dimaki'.

Jika saya berada di tempat Fakri dan gagal menyudahkan peluang yang ada, pasti akan memberikan jawapan yang sama kepada penonton. Andaikan jika Anda yang gagal? Ada jawapan yang lebih baik?

Coach kebangsaan, Ong Kim Swee dan Datuk K. Rajagopal turut terkena tempias dengan tuduhan dan tohmahan. Mereka juga rasanya tidak sewenang-wenangnya mengizinkan pasukan negara tumpas di tangan kumpulan lain.

Begitu lah senario bolasepak negara sekarang. Realitinya, etika penonton juga harus ditingkatkan kerana penonton juga merupakan antara sumber kekuatan pemain ketika berada di atas gelanggang. Bukannya bersikap tidak profesional dengan mengatakan bahawa si polan, si anu or si blabla tidak pass or main tak menjadi or tidak menyudahkan.

minda kelas ketiga???

Thursday, November 24, 2011

Selamanya Harimau Malaya: Lagu Support Gitu dah Muncul

Penjenamaan!!! Mungkin itu kot yang boleh menggambarkan fenomena bolasepak Malaysia sekarang. Perasan tak orang dah mula ambil kisah pemain-pemain kebangsaan?? Gossip tak payah citer..dah berlambak gossip pemain kita orang dok jaja sekarang.. Maksudnya, level bagi pemain bolasepak di negara ini sudah diangkat ke tahap yang sebelum ini orang buat-buat tak tau je..Lagu Harimau Malaya pun bermacam version dah muncul..mak aih..

Meh tengok satu ne...


Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!


Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

(Altimet)
Inilah tunah tumpahnya darah ku,
Negara pasukan biarlah hanya satu,
Harimau kami berlari laju,
belang nak tertanggal dari baju,

Harimau kami cekap gelecek,
Pertahanan lawan tumbang sederet,
Bila turun padang berumahkan gelanggang,
Kalau berani mari bersandang....


Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!

(Joe)
Semua berlari hingga tiada keringat,
GOL pertama untuk negara kedua untuk pingat,
Bila atas padang main tak ingat,
Tiap hantaran kemas tiap gerak ligat,

Pernahkah ada harimau yang jinak?,
Jawapannya tidak semestinya lincah,
Penyokong ke stadium beranak pinak,
Untuk mu MALAYSIA kami sana....


Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!

(Carleed Khaza)
Hey,nari kita semangat,
HITAM KUNING terpahat,
Mari kita berjuang,
Tempur berperang di padang,

Sekali lagi,
Maju lagi,
Serang lagi,
Gagah berani sebati,

Tidak genat tenang,
Dengar sorakan Gemilang,
HARIMAU MALAYA PASTI MENANG!!!


Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! HARIMAU MALAYA!!!
Selamanya!!!Selamanya!!!Selamanya!!! SOKONG MALAYSIA!!!

Hey le le le le le le oohh!!oohh!!
Hey le le le le le le aahh!!aahh!!
2x

HARIMAU MALAYA!!!
HARIMAU MALAYA!!!

tunggu ada lagu official pulok..

Wednesday, November 23, 2011

Punca Kekalahan Malaysia [0] Keatas Syria [2]

Sooo, berlalu sudah perlawanan antara Malaysia vs Syria untuk Kelayakan Olimpik 2012. Apa yang anda boleh lihat? Siapa yang bersalah? Siapa buat kesilapan? Kenapa Malaysia Kalah dengan Syria sebenarnya..

Mari sama-sama betulkan mindset seperti diatas. Pasukan bolasepak junior dan senior negara sudah sangat mantap berbanding dahulu. Tak caya?..Dah tu kenapa jersi Malaysia makin laku eh? Siap menang Sukan Sea pulak tu? Wallaweh..dulu orang tak kenal sangat pemain kebangsaan..kenal pun seorang dua sahaja yang betul-betul naik...

Dulu Liverpool tak update pun pesbuk fasal malaysia ne sampai kata "congratulation Malaysia winning SEA games'..oh sory..pesbuk tak ada masa tu..

Back to the story, Permainan menentang Syria malam ini sebenarnya penanda ukur di peringkat yang lebih tinggi. Doakan sahaja agar pasukan kita lebih matang,maju dan melangkah ke hadapan yeahhhh [semangat sensorang]

Apapun, puas hati. Masih terkesan game sukan sea menentang Indonesia hari tu kot. Mereka sudah lakukan yang terbaik.

Yang kurang dibaiki..jangan dimaki...kan..

Malaysia vs Syria: Kuasa Boo Penyokong

Heh..nak tulis fasal Malaysia vs Syria lagi malam ini. Nak tahu detail perlwanan antara Malaysia vs Syria ada pada post sebelum ini. Highlight cerita ada pada penyokongnya. Apa fungsi penyokong? Sekadar menjerit tak tentu hala dalam stadium? Ke saja jadi family trip untuk mengisi masa lapang malam ini?

Teringat kata-kata " kalau pengadil dikatakan emosi..penonton sebenarnya lebih emosi"..

Kalau perlawanan di Indonesia memperlihatkan sebahagian penyokong menjerit BOO kepada pemain Malaysia, agak-agak pemain malaysia 'down' tak? Cuba kalau penyokong menyokong penuh team Malaysia malam ini. Agak-agak semangat naik tak? Rasanya tak perlu kot tiru adab tak bertamadun sesetengah pihak di arena sukan kankan..

Kita harap penyokong Malaysia boleh mengawal keadaan tanpa perlu melibatkan Laser Ultraman dan Boo yang tak bertamadun. Tapi kalau ada yang mahu mem'berukkan' diri pun rasanya tepuk dada tanya selera kot..

Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga-Kerana Beruk Saekor, punah maruah kesemua penyokong..tak mau la macam tu kan..

Rasanya kumpulan sorak kita dah amek pengajaran dari yang lepas-lepas kot..Insyaallah lah yer..

Et..et..jangan ngaku..jangan ngaku

............



Syria vs Malaysia: Siri Kelayakan Olimpik 2012

Belum habis lelah dan aura kemenangan keatas perlawanan menentang Indonesia di sukan Sea 2011, malam ini Malaysia menentang Syria akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan ini akan berlangsung pada jam 8.45 malam. Perlawanan antara Malaysia vs Syria ini sekali lagi akan menguji ketahanan mental dan fizikal Harimau Muda ke tahap yang labih tinggi lagi.

Semestinya semua orang akan mendoakan kejayaan berganda keatas Malaysia bertemu Syria malam ini. Siaran Langsung? Ada tak ada ne? Jangan risau, siaran langsung akan diadakan melalui siaran langsung di Tv2 dan Astro Arena rasanya. Selain itu, alternatif siaran langsung lain bagi mereka yang mempunyai internet boleh melayari Online Streaming perlawanan ini. Tahu tak? taip je kat google online streaming tv Malaysia..


Ong Kim Swee kata apa? 

"Kim Swee amat menagih 'bantuan' penyokong' tanah air untuk memberi 'suntikan tenaga tambahan' buat pemain cuba meragut sekurang-kurangnya satu mata daripada Syria yang terdahulu menewaskan Bahrain 3-1 pada aksi pertama 21 September lalu' [Berita Harian].

Ayuh rakyat Malaysia, kita berpeluang untuk bersorak di gelanggang sendiri kali ini. Liverpool status di FB pun dah kata tahniah buat Malaysia. Buka mata dunia..Malaysia Boleh!!!

team nasional..melonjak lebih tinggi!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...