Sudi Jadi Teman?

Friday, November 25, 2011

Home » , » Menang Dipuji: Kalah Dimaki

Menang Dipuji: Kalah Dimaki

Memetik kenyataan Fakri pemain kebangsaan di Kosmo "Apa salah saya sebenarnya? Bukannya saya sengaja tidak mahu menjaringkan gol, cuma saya kurang bernasib baik" jelas menunjukkan kekecewaan beliau terhadap sikap segelintir penyokong yang bersikap kurang adil terhadap corak permainan yang ditunjukkan beliau semasa menentang Syria.

Persoalannya sampai bila sikap penyokong seperti ini akan menghantui pemain-pemain negara yang menggalas tanggungjawab berat ketika menentang pasukan lawan. Jika berterusan, pemain boleh menjadi fed up dengan etika penonton yang bersikap 'menang dipuji: Kalah Dimaki'.

Jika saya berada di tempat Fakri dan gagal menyudahkan peluang yang ada, pasti akan memberikan jawapan yang sama kepada penonton. Andaikan jika Anda yang gagal? Ada jawapan yang lebih baik?

Coach kebangsaan, Ong Kim Swee dan Datuk K. Rajagopal turut terkena tempias dengan tuduhan dan tohmahan. Mereka juga rasanya tidak sewenang-wenangnya mengizinkan pasukan negara tumpas di tangan kumpulan lain.

Begitu lah senario bolasepak negara sekarang. Realitinya, etika penonton juga harus ditingkatkan kerana penonton juga merupakan antara sumber kekuatan pemain ketika berada di atas gelanggang. Bukannya bersikap tidak profesional dengan mengatakan bahawa si polan, si anu or si blabla tidak pass or main tak menjadi or tidak menyudahkan.

minda kelas ketiga???

Comments
0 Comments

0 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...