Sooo, berlalu sudah perlawanan antara Malaysia vs Syria untuk Kelayakan Olimpik 2012. Apa yang anda boleh lihat? Siapa yang bersalah? Siapa buat kesilapan? Kenapa Malaysia Kalah dengan Syria sebenarnya..
Mari sama-sama betulkan mindset seperti diatas. Pasukan bolasepak junior dan senior negara sudah sangat mantap berbanding dahulu. Tak caya?..Dah tu kenapa jersi Malaysia makin laku eh? Siap menang Sukan Sea pulak tu? Wallaweh..dulu orang tak kenal sangat pemain kebangsaan..kenal pun seorang dua sahaja yang betul-betul naik...
Dulu Liverpool tak update pun pesbuk fasal malaysia ne sampai kata "congratulation Malaysia winning SEA games'..oh sory..pesbuk tak ada masa tu..
Back to the story, Permainan menentang Syria malam ini sebenarnya penanda ukur di peringkat yang lebih tinggi. Doakan sahaja agar pasukan kita lebih matang,maju dan melangkah ke hadapan yeahhhh [semangat sensorang]
Apapun, puas hati. Masih terkesan game sukan sea menentang Indonesia hari tu kot. Mereka sudah lakukan yang terbaik.
Yang kurang dibaiki..jangan dimaki...kan.. |