Sudi Jadi Teman?

Monday, February 7, 2011

Home » SMK Tengku Idris Kapar Klang: Hari Pertama!!!

SMK Tengku Idris Kapar Klang: Hari Pertama!!!

Alkisah....

Bahuku disentap memutuskan mimpi indah dinihari. Suara-suara mereka yang bersiap memenuhi ruang telinga. Sedikit membuat dahi berkerut. Tanda tak selesa bangun seawal itu. Hari ini hari pertama aku dipanggil...

"Cikgu zul..."

Gambar semester 1 di UPSI...


Ah...ada-ada sahaja mereka mengusik sewaktu kucapai tuala untuk bersiap. Semangat atau rasa terpaksa. Tidak dapat dipastikan kuasa yang mendorong untuk mandi seawal pagi. Kurang dari sejam akan berdepan dengan pengetua sekolah. Sehingga ketika kereta member yang ku tumpang bertolak, tidak dapat dipastikan berapa kali aku menghadap cermin....

...........................................

Tersenyum kecil...

Ironinya, melihat pelajar duduk menghadap aku. Sebab baru sahaja rasanya berada di tempat mereka. Sekarang aku di depan perhimpunan. Janggal melihat mereka mengangguk mengucapkan "selamat pagi cikgu". Hanya tersenyum mengiyakan. Hari yang sangat panjang. Sebab tidak tahu buat apa-apa. Syukur ada guru praktikal dari UNITAR menyapa. Mereka sampai dua minggu awal.

Hari paling sukar sudah selesai. Nasib esok siapa tahu....14 minggu masih berbaki...

: Mengujakan....
Comments
5 Comments

5 Sahabat Berkata:

yusnia said...

salam..
erm.. agak terharu rasa nye baca post nie..
post yg simple tapi cukup bermakna..
post mengenai hari pertama seorang guru...
cukup bermakna bg sesiapa yg pernah mengalami nya..
semoga hari mendatang akan dapat anda hadapi dengan penuh dedikasi...
wsaalam..

Anonymous said...

selamat pagi cikgu ZUL....
ahhaahhahahahaha....
dr pelajar taman arked

Orange said...

Yus: Satu hari nanti tersenyum melihat entri ini hehe...masa-masa penting...biar kekal walau dlm bntuk entri ringkas hehe

Kartini said...

susah upanya jdi guru ni ya..seram jg..

Orange said...

Shahirah: Ada cabarannya yang tersendiri. Bergantung kepada minat masing-masing juga. taknak jadi cikgu ek hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...