Sejak kecil lagi saya dah diajar mengenai niat. Lakukan sesuatu dengan niat yang baik. Merupakan satu langkah yang sangat universal dalam kehidupan sehari-hari. Kita tidak perasan niat sebenarnya dipasang setiap masa dan setiap saat selagi kita ingin melakukan sesuatu atau merancang sesuatu. Menulis blog ini pun disertakan dengan Niat.
Saya terlihat satu movie yang bertajuk The Secret yang menceritakan dari sudut pandangan dunia barat [secara santifik] bagaimana untuk mencapai sesuatu dengan hanya memasang niat dengan betul. Dalam dokumentari selama 87 minit mendedahkan beberapa rahsia mengenai "The Law Of Attraction" berfungsi dan bagaimana kita hendak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
"It states that everything one wants/needs may be accomplished by wishing it and believing in it"
The Secret Has Traveled Trough Centuries To Reach You:) |
Bukan hendak mereview secara detail hehe. Movie ini release pada tahun 2006. Tapi agak menarik untuk dinilai bersama. Selepas melihat movie ini pasti anda akan melihat dan menilai segala aktiviti dari sudut yang berbeza.
Apalagi, download. Tambahkan koleksi movie anda. Tidak rugi menontonnya.
: Saya dah tahu rahsianya..Anda x mahu rahsia itu?