Sudi Jadi Teman?

Wednesday, August 19, 2009

Home » Takutnya: Antara Sains Tabii dan Rekaan Minda

Takutnya: Antara Sains Tabii dan Rekaan Minda


Masyarakat Malaysia umumnya mempunyai kepercayaan tersendiri. "HANTU", "SEMANGAT", "SANTAU" dan bermacam-macam lagi. Awak semua pasti pernah terdengar dai keluarga, rakan-rakan, dalam tv, atau juga dari pelbagai sumber-sumber yang menyatakan tentang hantu dan sebagainya.

Dalam masyarakat kami suku kaum dusun sangat mempercayai kewujudan semangat ini. Ada yang memuja pokok (ade lagi kat kampung saya), dan bermacam-macam lagi. Hari ini saya nak cerita tentang istilah "santau" @ guna-guna@kepandaian. Terdapat satu kes dimana kemaluan (sorry) seseorang itu melekat di dahinya, ada yang hilang tak nampak, dan macam2 lagi.

Saya mahu ajak kawan2 berfikir sekejap. cuba renungkan "Santau Malaysia hanya untuk orang Malaysia". Amacam, percaya tak anda?..mari saya buktikan:

  1. Mengikut catatan sejarah, residen jeneral British (Birch) pernah disantau oleh Maharaja Lela dalam komplot membunuh penjajah asing itu namun tak menjadi.
  2. Pelancong asing tidak kisah sangat tentang kewujdan santau (in case kalau dorang wat kajian)
  3. semua kejadian yang tidak dapat dijelaskan oleh unit perubatan serta merta akan dikaitkan dengan aktiviti buatan orang-hakikatnya, terdapat banyak penyakit baru yang belum dirungkai oleh sains.
  4. Kejadian pelik dan aneh juga dikaitkan dengan kewujudan roh2
  5. Sepanjang zaman, santau (juga dikenali sebagai voodo di barat) tidak pernah mencatat sebarang fakta kukuh
  6. pada zaman dahulu, kecacatan genetik pada kelahiran anak juga dikaitkan dengan bermacam benda
So, amacam kawan2. Memang makhluk seperti jin dan syaitan wujud, tetapi ianya bukan seperti dalam keadaan yang digambarkan oleh minda manusia yang tiada asas sains. Yang lainnya hanya tokok tambah dan imaginasi manusia apabila tidak dapat merungkai sesuatu perkara/kejadian/peristiwa.

Sudah tentu kita mesti percaya kepada benda ghaib, tetapi jangan sampai mencorakkan cara pemikiran kita ke tahap yang serius sehingga mempengaruhi cara hidup, keluarga, masyarakat, wang ringgit dan cara menilai serta membuat keputusan.

Hanya satu pandangan dari saya

jumpa lagi semua:)~


Comments
0 Comments

0 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...