Sudi Jadi Teman?

Saturday, May 18, 2013

Home » Review Android Tablet mtk7 plus dan Blogging

Review Android Tablet mtk7 plus dan Blogging

Setelah beberapa hari menggunakan tablet taiwan (mtk 7 plus 3g), saya rasa agak berpuas hati dengan keupayaan tablet. Walaupun orang kata well, tablet cikai hehe, segala fungsi yang saya perlukan berbaloi dan saya tidak perlu untuk berbelanja ribuan ringgit untuk tablet samsung or apple.

Kebaikan tablet buatan taiwan ne ialah, semua fungsi dan ciri yang ada pada tablet seperti samsung ada dalam tablet ne. Nak kata apa juga, semua pun download dari google play. Pilih app yang diperlukan dan pasang la pada peranti android v4. Lagipun tablet ini boleh sms,call dan support 3g sim. Letak sahaja sim broadband dan there you go. Saya boleh lepas boring main game 3d,sms,surf internet,menaip dan bla bla hehe.

Keburukan tablet ini ialah batteri. Teeet....anda salah.  Batteri tahan juga ne. Saya test guna sehari mengikut kadar penggunaan biasa saya. Start guna jam 8 fully charged dan charge semula jam 5 petang. Saya bukan heavy user sms dan surfing. Kalau heavy user agaknya tahan dalam 6 jam..takkan dok pegang tablet je 6 jam tu kan..

Batteri ne ikut user. Saya bagi low brigtness n pasang 3g only when it needed. Pasang app easy battery saver dan jangan run app banyak sangat. Pasang yang perlu sahaja.

Camera 2mp..ada cam depan juga. Tapi saya memang tak perlu sangat features tu. Kelemahan utama yang saya hadapi, tiada light detector. Ala,yang ada kat sebelah camera depan tu. Kalau ada tu bolehla jimat lagi bateri ne. Satu lagi, tablet ini agak slow untuk detect 3g line. Kadang-kadang dapat edge sahaja. Tapi itu di kawasan yang memang 3g pandai hilang then ada balik..pastu hilang..ada balik..korang tau la tu macamana hehe

Nasihat untuk mereka yang bercadang nak bazirkan duit tu hehe, buat research dulu. Jangan bazir kar tablet mahal kalau setakat nak amik gambar. Lama lama rasa hampeh gak pegang tablet besar sambil angkat amik gambar time cousin kahwin. Kalau hanya mahukan features android, tablet cikai macam mtk7 plus ne pun dah ok. Tapi saya tak larang kalau dah memang berduit. Bapak tablet pun boleh beli hehe. Lagi mahal tentu lebih baik. Tapi sebagai alternatif murah dan sesuai macam saya yang tak berduit sangat ne, mtk7 plus disarankan untuk anda:-)

Lagipun saya dah ada sony xperia neo. Cam dah 5 mp. Nak bazir apa lagi. Tablet untuk surf benda penting, dan untuk baca ebook sahaja. Tak la segan nak buka buku kat stesen bus hehe. Lagipun main reason untuk beli tablet ialah untuk membaca, reminder dan tempat tulis nota penting. Blog ne pun saya tulis offline then post guna tablet ne...download je blogger app di google play.

Saya beli dari navigate technology. Taip sahaja di facebook..ada macam macam kat sana. Delivery to sabah only takes 3 days. Selamat la beli kat sana guna online. Bayar guna mabank2u. Siap sisip baki duit lagi dekat tablet tu hehe harga 499.00...baca je dekat page fb mereka ok..

So, make your choice and save your wallet hehe.

Comments
0 Comments

0 Sahabat Berkata:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...