Masih menunggu tarikh konvokesyen. Parent dah sampai tapi kat Batu Kurau. Tapi sayang, blom ada mambang tanah yang nak dibawa untuk berjumpa dengan mereka [hehehe]. Bestnya jadi penganggur sementara. Kertas kerja takde, RPH takde, kelas takde. Pendek kata semuanya dalam Mod tanam anggur. Syukurlah masih bekerja dengan pihak kolej. Dapat gak gaji sampingan sikit-sikit.
Syukur nikmat. Syukur atas segalanya. Syukur atas kesenangan yang diberikan. Walaupun hidup tak seperti orang lain yang dikurniakan rezeki lebih dari Nya, hidup masih sangat bermakna, bermatlamat dan masih terkawal. Hawa nafsu sahaja yang nak dikawal hihi. Nafsu makan, tidur, main game, boros. Haa.. tu je la yang dikawal selain berusaha untuk menjadi seorang Muslim yang baik kankankan...Insyaallah...
Ingatlah teman-teman. Hidup kena berkorban. Dekat-dekat nak puasa dah ne. Dah 5 puasa dan 5 raya tak bersama keluarga. Tertarik dengan benda yang tak diperlukan [oh Ipad 2..huhu] terpaksa berkorban untuk kegunaan yang lain. Tertarik dengan aktiviti yang member buat [oh nk jejalan] terpaksa berkorban untuk perkara lain. Tertarik dengan wanita [oh..si polan binti polan kwang3] terpaksa berkorban sebab memang tak terrer main ayat dengan si dia..hihi..
Pendek kata, kalau kita bersyukur, semuanya menjadi bermakna. Benda sekecil mouse komputer kalau disyukuri memang akan jadi berharga.
Mari berterima kasih kepada Pemberi dan Pencipta kita. Alhamdulillah:)
The End:)