Sudi Jadi Teman?

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, May 19, 2013

Fobia: Ketakutan kepada Perkara Samar

"Tok moh...apakah penyakit saya ini"

"Ooo..ini sakit buatan orang...dia tak jauh ne,kira saudara dekat juga ne. Rasanya kamu ada buat orang sakit hati sebelum ini?

Ini adalah senario biasa yang melanda jiwa masyarakat. Bila berdepan dengan situasi yang tidak diketahui, kita (masyarakat nusantara) selalu merujuk kepada kaedah alternatif- bomoh dan sebagainya. Bomoh atau yang sama waktu dengannya pula akan menjawab segala pertanyaan secara general-jawapan yang menduga pelbagai kemungkinan daripada pesakitnya.

Rasulullah s.a.w juga mengamalkan perubatan dan doa. Tetapi setakat yang saya ketahui, bahan yang digunakan boleh menyembuhkan penyakit dan doa kepada Allah s.w.t. contohnya madu, susu dan sebagainya. Berbeza dengan bomoh yang menggulingkan telur,air jampi (kecuali air bacaan doa-yaasin dsb. Bagi masyarakat Islam), bahkan ada kaedah yang tak masuk akal langsung pun ada.

Ini adalah situasi fobia. Fobia ini mendorong kepada perkara di luar logik akal pun boleh jadi. Masyarakat yang dari kecil sudah diasuh dengan kepercayaan karut menjadikan ianya sukar dikikis. Berbeza dengan kaedah barat, jarang istilah bomoh digunakan (walaupun adanya voodoo dari pengaruh afrika).

Saya tidak menolak wujudnya makhluk ghaib. Kerana itu juga menjadi dasar dalam keimanan Islam. Tetapi masyarakat harus bijak menilai. Dahulu bayi demam dikatakan disampuk syaitan, sekarang adanya panadol, nampaknya syaitan itu tak mampu melawan antibiotik lagaknya. See what I see there?

Seeloknya, bagi orang Islam, lebih baik minta doa daripada seorang ustaz yang kita tahu akan kekuatan syariatnya. Terzahir dari perbuatan amalannya dan pekertinya. Dengan harapan doa kita makbul. Jika air dibacakan doa sekalipun, hendak diingat bukan air itu menjadi penyebab, tetapi atas izin-Nya juga.

Wallahualam. Rujuk dengan pendapat ulama lebih baik. Banyak sumber dalam talian.

Pendekatan Tazkirah

Terdapat macam-macam usaha orang untuk menjayakan satu-satu perkara. Dalam soal keagamaan, tazkirah adalah salah satu cara. Tazkirah berbeza dari ceramah. Maknanya, ianya lebih pendek dan ringkas.

Al-kisah di kampung yang tercinta ini, syukur tazkirah telah menjadi sebahagian dari kelaziman. Dalam majlis kenduri dan tahlil. Pendek kata hampir dalam apa juga majlis yang memerlukan jemaah daripada masjid, tok imam dan tok bilal. Saya sendiri kadang-kadang join.

Malangnya apabila tazkirah itu berlarutan hingga ke 1 jam setengah hingga 2 jam, maka saya mula berfikir. Jika saya yang umur 20+ ini sudah mulai sakit pinggang dan kaki,cramp,semut-semut dan sebagainya melanda, apakah pula rasanya pakcik-pakcik yang dah berumur tu. Dalam beberapa kali terakhir saya ikut, memang fix 2 jam. Kalau macam ini, saya tidak join lagi.

Begitulah keadaanya apabila tazkirah dilakukan dalam keadaan yang tidak bijak. Orang bukannya tertarik, tetapi asyik berfikir bila agaknya habis ceramah. Fokus hilang. Dalam kajian, manusia secara umum mampu ingat fakta yang diterima dalam masa 45 minit yang pertama. Selebihnya melayan kaki cramp la jawabnya.

Jangan samakan tazkirah dengan sure heboh,wayang,bola dan sebagainya. Sebab aktivitinya pun sudah berbeza. Ianya sama seperti lecture bersyarah depan anda selama 2 jam.

Bukan tidak tegur, sudah pun tetapi pengurusan masjid tidak rasa penting kot. Yang penting agama (walhal, kita disaran menyampaikan secara berhikmah) dan berkaedah dengan betul. Program ini juga mingguan. Saya tak salahkan jemaah makin kurang bila keadaan berterusan seperti itu.

Program hari sabtu. Lepas jemaah maghrib isya, saya layan liga super then tido. Ada kemampuan saya join la.

Tuesday, November 22, 2011

Indonesia Bukan Seburuk Itu

Puas Hati tengok bola semalam? Tapi tak cuti kan hehe. Masih membara lagi kemenangan Harimau Muda khususnya di hati rakyat Malaysia. Apatah lagi ianya merupakan kemenangan kedua selepas team senior meraih kemenangan sebelum Ini. Pasukan Garuda serba merah tumpas di gelanggang sendiri. Atas dasar semangat kesukanan, 1 Malaysia [27 juta secara kasar] menunggu, menonton dan menghabiskan masa 140 minit depan kaca TV. Usaha yang sangat berbaloi.

Tak perlu rasanya provokasi penyokong Indonesia berlebihan. Jika kita juga melakukan perkara yang sama, maknanya kita juga tak ubah seperti penyokong yang fanatik tersebut. Eh??jap...semua penyokong fanatik ke??

Cuba p Indonesia, tanya tentang Malaysia, akan dijawab err...Manohara..Amah err..bubarkan pasukan RELA..that kind of stuff. Tapi kita rakyat Malaysia disini tahu perkara itu hanya dilakukan oleh sebilangan kecil dan bukan mewakili keseluruhan penduduk Malaysia..

Biasa la tu..Media nak cari cerita..media tak akan publish benda yang tak HOTT gitu..hanya dibesarkan sehingga menggambarkan keseluruhan rakyatnya...alaa..senang citer cuba tengok akhbar kerajaan dan pembangkang..ala-ala gitu..

Fair and Square la Broo..
Tahniah Malaysia dan Indonesia kerana membuatkan ramai orang habiskan masa 140 minit semalam. Permainan terbaik dari kedua-dua pasukan.!

part best tengok student pompuan kumpul n jerit reramai...hehe

Friday, September 9, 2011

Siapa Kenal Iwan Dangdut Tahun 90-an Dulu?

Salam. Update blog dulu naa. Sekarang tengah dengar lagu dari seorang penyanyi dangdut popular era 90-an dulu. Dah ulang banyak kali ne hehe. Eh..tak boring la. Sedap dan bermakna lagu iwan dangdut ne. Dengar guna speaker besar pun best hehe. Siapa yang sempat merasai era dangdut negara kita memang kenal beliau ne. Tapi sekarang kan, dia dah hilang..Eh hilang mana ek?..Saya dengar lagu beliau paling latest ne...tak caya dengar lagu-lagu dia kat bawah..saya embedkan ea..



Haa...kan dah kata. Memang Iwan Dangdut. Tapi sekarang dah bertukar genre lagunya. Lebih ke arah Islamik. Alhamdulillah saya mendapat maklumat dari internet beliau sekarang berdakwah. Syukur seorang artis yang dahulunya ada segalanya meninggalkan segalanya kerana mendapat Cinta Ilahi. Siapa tak cemburu. Kekuatannya untuk berubah itu yang perlu kita cemburui..Insyaallah...

~baru perasan layout baru blogger ne kui3~

Friday, August 26, 2011

Sikap Sukar Kikis: Jangan Jadi Pak Turut Sahaja

Salam Jumaat...Readers and Bloggers..

Syawal tinggal 4 hari sahaja lagi huhu. Suasana raya makin terasa. Ramadhan pula semakin menjauh pergi. Persiapan amacam? Ne gembira syawal menjelang ke sedih ramadhan dah nak habis? Harapnya semua mendapat manfaat ramadhan kali ini la hendaknya kankan...

btw, bukan itu yang nak mention hari ini. Nak berkata tentang pak turut yang menjadi penyakit berjangkit. Bahkan di kalangan blogger. Apatah lagi blogger punya kuasa untuk menulis dan menyebarkan maklumat.

Nak je rasanya p bubuh komen bertanya tentang kesahihan maklumat yang disebarkan. Apatah lagi soal agama. Astaghfirullahalazim. Jumpa maklumat yang berdasarkan sebar-menyebar. Alaa..macam surat berantai gitu. Pastu kat ending dia.."SILA SEBARKAN JIKA ANDA SAYANGKAN AGAMA ANDA"....tertanggungkah dosa orang-orang yang anda sebarkan itu nanti? Sendiri pun tak pasti lagi dari dalil mana, hadis mana, surah mana yang menyatakan tentang sesuatu? Selepas itu bersungguh-sungguh pula dalam mempertahan dan menyebarkannya???

Bukan apa, sendiri pun kurang pengetahuan agama. Tapi, kalau kita sebar benda yang tak pasti..agak-agak membantu tak dalam kemajuan agama dan bangsa? Perbalahan sesama sendiri dan lebih teruk lagi melibatkan agama lain. Hanya kerana ada pihak meyakini perkara yang dia sendiri tak ketahui dan menyebarkan kepada orang lain...

Maaflah kalau entri ini mengganggu. Tapi hanya sekadar mengingatkan....Yang lain korang fikirkanlah sendiri..

Peringatan untuk diri sendiri juga...


Tuesday, August 23, 2011

Forgiveness: Does not Change Past; Its Brighten Future

Kadang-kadang sukar,
Untuk meminta maaf
Salah besar,
Salah kecil,

Kadang-kadang
Ego menguasai emosi
Ego perempuan
Ego lelaki,

Kalau kita bersalah dengan Manusia,
Dosa itu tertanggung selagi tiada kemaafan

Manusia,
adik,
abang,
akak,
kawan,
housemate,
emak,
abah,
jiran..

sangat tertarik dengan iklan digi..jom nontonnya boleh ya..


~"Maaf" tidak ekslusif di hari tertentu sahaja~

Sunday, August 7, 2011

Hidayah: Mencemburui Cinta Hakiki

Alhamdulillah. Dapat selesaikan puasa dengan Izin Nya hari ini. Bosan tak ada kerja, langsung mencari cerita untuk dibaca. Terjumpa artikel yang bercerita tentang hidayah Allah. Bila seorang manusia akan tinggalkan semuanya demi cinta hakiki. Artis Malaysia Shahir dikatakan bersara dari dunia seni kerana mahu bergiat dalam dakwah.

Ramai dah artis yang berubah. Dari penyanyi rock sehingga ke penyanyi dangdut. Bila tuhan campakkan hidayah, mereka langsung berubah dan meninggalkan amalam yang terdahulu walaupun ianya bidang glamour dan dipenuhi ruang untuk menjadi hartawan.



Kekuatan itu lah yang hendak dicari sebenarnya. Hidup secara sederhana dan bersyariat. Mencari jaminan di akhirat sana. Beruntung la mereka yang mendapat hidayah, kekuatan untuk mendekatkan diri kepada Pencipta. Beruntung sungguh hati mereka yang merasakan nikmat hubungannya dengan yang Esa. Teringat lirik lagu nasyid "Manusia akan sibuk dengan dirinya, sungguhpun dunia dalam genggamannya". Rasa kecintaan terhadap Allah...subhanallah [berdoa agar dikurnia].

Mari bersama mencari redha Nya. Semoga saya sendiri dapat perbaiki hubungan dengan tuhan. Insyaallah.

koreksi diri

Monday, August 1, 2011

Hikmah Berpuasa Itu...

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda :

"Berpuasalah maka kamu akan sehat"
(HR. Ibnu Suny dan Abu Nu’aim)

Juga dalam hadits yang lain dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda :

"Bagi tiap-tiap sesuatu itu ada pembersihnya dan pembersih badan kasar (jasad) ialah puasa"
(HR. Ibnu Majah)

 **Al-Quran itu terpelihara sifatnya sejak 1500 tahun yang lepas. Penemuan sains perubatan bertepatan dengan segala isi kandungannya. Bahkan dijadikan rujukan. Lihat contoh pembentukan bayi dan kejadian alam semesta. Maha suci Allah yang Maha Mengetahui. Semoga semuanya mendapat manfaat Ramadhan. Selamat berpuasa.**

Perbaiki yang wajib, hiasi dengan ibadah sunat. InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...