Alhamdulillah. Dapat selesaikan puasa dengan Izin Nya hari ini. Bosan tak ada kerja, langsung mencari cerita untuk dibaca. Terjumpa artikel yang bercerita tentang hidayah Allah. Bila seorang manusia akan tinggalkan semuanya demi cinta hakiki. Artis Malaysia Shahir dikatakan bersara dari dunia seni kerana mahu bergiat dalam dakwah.
Ramai dah artis yang berubah. Dari penyanyi rock sehingga ke penyanyi dangdut. Bila tuhan campakkan hidayah, mereka langsung berubah dan meninggalkan amalam yang terdahulu walaupun ianya bidang glamour dan dipenuhi ruang untuk menjadi hartawan.
Kekuatan itu lah yang hendak dicari sebenarnya. Hidup secara sederhana dan bersyariat. Mencari jaminan di akhirat sana. Beruntung la mereka yang mendapat hidayah, kekuatan untuk mendekatkan diri kepada Pencipta. Beruntung sungguh hati mereka yang merasakan nikmat hubungannya dengan yang Esa. Teringat lirik lagu nasyid "Manusia akan sibuk dengan dirinya, sungguhpun dunia dalam genggamannya". Rasa kecintaan terhadap Allah...subhanallah [berdoa agar dikurnia].
Mari bersama mencari redha Nya. Semoga saya sendiri dapat perbaiki hubungan dengan tuhan. Insyaallah.

koreksi diri